Anda di halaman 1dari 2

Teori : Tindak balas redoks ialah suatu tindak balas yang terdiri daripada tindak balas pengoksidaan dan

tindak balas penurunan yang berlaku secara serentak. Tindak balas redoks ini dapat dikaji dengan tiga cara iaitu kehilangan dan penambahan oksigen atau hidrogen, pemindahan electron dan perubahan nombor pengoksidaan. Pengoksidaan menerangkan tentang kehilangan elektron oleh suatu molekul, atom atau ion. Penurunan pula menerangkan tentang penerimaan elektron oleh suatu molekul, atom atau ion. Bahan yang mampu mengoksida bahan-bahan lain dikenali sebagai agen pengoksidaan. Bahan pengoksida ini mengeluarkan elektron daripada bahan-bahan lain, lalu menurunkan diri sendiri. Agen penurunan pula bahan yang mampu menurunkan bahan-bahan lain. Bahan penurunan ini ini memindahkan elektronnya pada bahan lain. Dari segi konsep penambahan dan kehilangan oksigen, pengoksidaan bermaksud proses penambahan oksigen kepada suatu bahan dan penurunan pula membawa maksud iaitu proses kehilangan oksigen daripada suatu bahan. Rajah bawah menerangkan tindak balas penambahan dan kehilangan oksigen.

Rajah 1 : Penambahan dan kehilangan oksigen

Proses pengoksidaan dan penurunan ini juga dapat dikenali dengan kehilangan dan penerimaan elektron. Dalam aspek ini, pengoksidaan membawa maksud proses kehilangan elektron oleh suatu bahan. Penurunan pula dikenali sebagai proses penerimaan elektron oleh suatu bahan. Rajah bawah menjelaskan konsep ini dengan

jelas. Atom plumbum melepaskan elektron untuk membentuk ion plumbum, Pb 2+. Hal ini bermakna apabila plumbum dioksidakan, atom plumbum akan kehilangan elektron. Elekton yang dilepaskan ini akan diterima oleh molekul bromine, Br 2, untuk membentuk ion bromide, Br-.

Rajah 2 : Penambahan dan kehilangan elektron

Nombor pengoksidaan ialah bilangan cas yang akan diperoleh suatu atom dalam molekul jika elektron dipindahkan sepenuhnya. Nombor pengoksidaan membantu untuk mengikuti pergerakan elektron dalam suatu tindak balas. Dengan membandingkan nombor pengoksidaan sesuatu unsure sebelum dan selepas tindak balas dapat menentukan sama ada unsur itu telah menerima atau melepaskan elektron dalam tindak balas tersebut. dalam proses ini agen pengoksidaan mengalami penurunan dalam tindak balas redoks dan agen penurunan pula mengalami pengoksidaan dalam tindak balas redoks. Contoh bagi aspek nombor pengoksidaan ini telah dijelaskan di bawah rajah 3.

Rajah 3 : Penambahan dan pengurangkan nombor pengoksidaan

Anda mungkin juga menyukai