Anda di halaman 1dari 2

Ada beberapa teknik menjawab soalan SPM bagi mencapai markah tertinggi;

A) FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN SPM EKONOMI ASAS (3757) KERTAS 1 40 SOALAN (MASA: 1 JAM 15 MINIT) KERTAS 2 BAHAGIAN A : ESEI (5 SOALAN PILIH 3) BAHAGIAN B : KAJIAN KES (1 SOALAN WAJIB JAWAB) MASA 2 JAM B) KERTAS 1 Setiap soalan diberikan 4 pilihan; jawapan hampir sama dan mengelirukan. - Jawab soalan yang anda tahu dahulu - Baca keempat-empat pilihan jawapan dengan teliti kemudian pilih yang paling tepat. - Tinggalkan mana-mana soalan yang tidak dapat dijawab, kemudian baru kembali semula. - Jangan terlalu tertumpu banyak masa kepada satu-satu soalan. - Satu soalan hanya perlu 53 saat sahaja. - Tumpukan perhatian atau gariskan perkataan seperti tidak benar, kecuali dan bukan. - Habiskan 40 soalan dalam masa 1 jam 15 minit! - Untuk soalan yang susah, gunakan teknik meneka dan pastikan tekaan BIJAK! C) PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN MARKAH YANG TINGGI UNTUK KERTAS 2 (BAHAGIAN A) - Penyampaian isi/fakta hendaklah teratur - Jelas serta memahami konsep soalan yang ditulis - Huraian fakta mesti sesuai dengan peruntukan markah - Jangan mengulang isi/fakta yang telah ditulis - Jawapan hendaklah tepat mengiku kehendak soalan - Graf/keluk dilukis dengan menggunakan pensel 2B - Jangan menggunakan tulisan yang ringkas - Tulisan hendaklah kemas dan mudah dibaca.

D) CADANGAN LANGKAH MENJAWAB - Pemilihan soalan 2 minit - Rangka jawapan 5 minit - Menjawab 1 soalan 20 minit - Membuat semakan 3 minit

* Setiap soalan hendaklah dijawab dalam masa 30 minit sahaja * Sekiranya masa 30 minit berlalu maka BERHENTI menulis dan jawab soalan yang berikutnya.

E) JENIS-JENIS KATA TUGAS 1- TERANGKAN 2- KENALPASTI 3- JELASKAN/TAKSIRKAN/BAGAIMAN/BINCANGKAN 4- HURAIKAN 5- BERAPAKAH/HITUNGKAN/TUNJUKKAN/KIRAKAN 6- PERBEZAAN 7- LUKISKAN

1- KATA TUGAS TERANGKAN - Setiap fakta hendaklah diikuti dengan huraian bagi setiap satunya. Tanpa pendahuluan dan penutup - Seboleh-bolehnya cuba adakan contoh untuk menguatkan huraian kepada setiap fakta. - Jawapan terus, ringkas dan padat. - Banyaknya fakta bergantung kepad markah yang diperuntukan. BIASANYA MARKAH GENAP.

2- KATA TUGAS KENALPASTI - Pelajar hanya mengenalpasti - Tidak perlu menghuraikan - Berpasangan

3- KATA TUGAS JELASKAN/TAKSIRKAN/NYATAKAN/BAGAIMANA/MENGAPAKAH - Tidak perlu fakta - Hanya perlu huraian sahaja - Penandaan lebih kepada FREE MARKING

4- KATA TUGAS HURAIKAN - Perlu ada fakta - Huraian lebih daripada 2 - Markah huraian akan diambil jumlah maksimum

5- KATA TUGAS PENGIRAAN/TUNJUKKAN/HITUNGKAN/KIRAKAN - Tulis formula samada dalam bentuk ayat atau rumus jika tidak diberi - Boleh dibuat secara jadual menegak atau mendatar. - Langkah demi langkah perlu dilakukan supaya pembahagian boleh dilakukan oleh pemeriksa dengan sistematik. - Tulis unit atau nilai pengiraan RM/juta/bilion

6- KATA TUGAS PERBEZAAN - Perlu menunjukkan perbezaan/perbandingan yang sejajar. - Ayat tidak boleh tergantung - Jangan tidak menulis ya/tidak atau ada/tidak ada berulang-ulang - Setiap ciri-ciri perbezaan perlu berpasangan

7- KATA TUGAS LUKISKAN KELUK/GRAF - Perlu ada origin, label dan skala tepat - Skala ikut arahan soalan/bersesuain dengan saiz kertas graf - Huraian mestilah menerangkan keluk/jadual yang dilukis. F) BAHAGIAN B KAJIAN KES - Berbentuk kes - Bilangan patah perkataan 100 150 - Konstruk ( Aplikasi/analisis perkaitan/membuat keputusan dan membanding beza) - Konteks merentasi sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5 - Setiap perenggan terbina satu item.

Anda mungkin juga menyukai