Anda di halaman 1dari 5

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 801218025033002 HASROLAFFENDI BIN JOHARI

1.0 PENGENALAN

Dalam konteks pendidikan, kita sering kali berhadapan dengan satu sistem atau proses pengujian, pengukuran dan penilaian dalam keadaan yang mana ianya memerlukan kita membuat satu keputusan atau pertimbangan. Proses ini merangkumi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berikutnya dengan cara yang lebih berkesan. Penilaian juga merupakan proses mendapatkan maklumat dan menggunakannya untuk membuat pertimbangan yang seterusnya membantu seseorang membuat keputusan yang terbaik (Hanna, 1993). Keputusan yang bijak dalam pendidikan memerlukan seseorang guru itu mengukur dan menilai. Bagi seorang guru, penilaian dapat memberi maklumat tentang prestasi pencapaian murid sama ada dari aspek kognitif, psikomotor atau pun afektif. Berdasarkan hasil penilaian, guru dapat memantau keberkesanan kurikulum (Frechtling, 1993). Sebarang kelemahan yang dikesan perlu diatasi sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi pencapaian murid. Hasil penilaian tadi digunakan untuk memberikan gred kepada murid-murid supaya dapat dikategorikan murid kepada kumpulan berkebolehan tinggi, sederhana atau rendah. Penggubalan sesuatu kertas ujian untuk tujuan penilaian perlu mengikut spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Hal yang demikian adalah untuk memastikan murid diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran. Penggubalan kertas ujian juga perlu mengikuti pelbagai proses seperti penyediaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), pembinaan item ujian, mentadbir ujian serta membuat

pengubahsuaian terhadap item-item tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan dan seterusnya pengukuran yang adil. Seterusnya, hasil ujian dapat memberikan maklumat berkaitan jumlah skor yang diperolehi oleh seseorang murid bagi keseluruhan ujian.

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 801218025033002 HASROLAFFENDI BIN JOHARI

2.0 JADUAL ANALISA INSTRUMEN RINTIS

JADUAL ANALISIS INSTUMEN RINTIS SARINGAN KHAS NO ITEM


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 0 1 1 1 2 1 3 1 4 1 5 1 6 1 7 1 8 1 9 2 0 JUM

SAFIAH AISYAH SYAFIAH BAZLIN MUHD. FARHAN HAZRIQ IKMAL M HAFIZ CHE NOR ATIKAH M HAFIZUDDIN NOR SYAMIRA NURUL ASYIQIN AZRUL HAFIZ NUR SAIDATUL AIN NURUL SYAZWINA M NOOR HAFIZIE MUNIEY ALIESA NUR HANAN NURUL NUR ALIESA ABD. MUHAIMIN ANI NATASA M HAKIMI MUHD. EIMAN AZEEM PETUNJUK MENGUASAI ITEM SOALAN TIDAK MENGUASAI ITEM SOALAN

17 14 15 12 2 10 10 10 14 14 16 20 7 1 20 16 18 19 2 19

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 801218025033002 HASROLAFFENDI BIN JOHARI

3.0 LAPORAN PENILAIAN Menerusi analisa instrumen yang telah dijalankan terhadap pelajar tahun 2 di sekolah saya, dapatan yang diperolehi agak memuaskan. Calon calon yang dipilih ini adalah

berdasarkan cadangan guru matapelajaran bahasa melayu yang mengajar pelajar tersebut sewaktu berada di tahun 1. Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti murid-murid kelas normal yang mempunyai masalah

pembelajaran.. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam pelaksanaan ujian rintis di sekolah Saringan kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi beberapa peringkat iaitu Peringkat Pertama, Peringkat Kedua dan Peringkat Ketiga. Pentadbiran ujian perlu dijelaskan mengeani instrumen-instrumen yang berkaitan iaitu sebelum program, semasa program dan selepas program inklusif dilaksanakan. Saringan kanak-kanak berkeperluan khas (A) Peringkat Pertama (i) Semua murid LINUS akan memulakan sesi persekolahan mengikut pengajaran dan pembelajaran di Program LINUS bermula pada bulan Januari (ii) Ujian Pengesanan 1 akan diadakan bagi tujuan penempatan murid LINUS ke pendidikan khas , PPKI atau Program Pendidikan Inklusif (PPI). (iii) Senarai pendek murid pendidikan khas yang lulus dalam UPI akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Bagi murid pendidikan khas yang gagal dalam UPI akan ditempatkan ke PPKI. (B) Peringkat Kedua (i) Semua murid pendidikan khas yang lulus ini dalam UPI mengikuti pengajaran dan pembelajaran di PPI bermula pada minggu pertama bulan Februari sehingga ke akhir tahun. (ii) Semua murid pendidikan khas ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 801218025033002 HASROLAFFENDI BIN JOHARI

(C) Peringkat Ketiga (i) (ii) Murid pendidikan khas yang gagal dalam UPI akan ditempatkan di PPKI Murid pendidikan khas akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama bulan Februari di PPKI (iii) Semua murid pendidikan khas ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. (iv) Bagi murid pendidikan khas yang lulus bagi setiap Ujian Pengesanan 2, atau Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan akhir tahun akan di senarai pendekkan ke Mesyuarat Jawatankuasa untuk tujuan penempatan semula ke PPI. (v) Bagi murid pendidikan khas yang belum layak ke PPI, akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di PPKI.

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 801218025033002 HASROLAFFENDI BIN JOHARI

4.0 RUMUSAN. Berdasarkan daripada pemerhatian, ujian rintis dan temubual bersama ahli keluarga pelajar, maka dapat saya simpulkan bahawa, pelbagai faktor mempengaruhi permasalahan didalam pendidikan inklusif ini. Rekod profil ialah rekod yang member maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid pada setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian daalm rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat, bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan. Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan. Perbincangan dengan guru darjah dapat member maklumat tentang seseorang murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaran, kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Makluamt-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalh pembelajaran murid. Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberikan maklumat tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dapat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah.

Anda mungkin juga menyukai