Anda di halaman 1dari 3

Bil.

www.lead.my

Februari 2014

CADANGAN DASAR: TINGKATKAN KEBEBASAN MEDIA DI MALAYSIA


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1.0 Pengenalan

Media mempunyai pengaruh besar dalam mencorakkan dasar kerajaan dan juga pemikiran masyarakat. Ia membolehkan sesiapa yang memegang kuasa dan jawatan awam dinilai dan dipertanggungjawabkan. Ia menyediakan maklumat untuk orang ramai membuat keputusan serta menjadi medium perhubungan pelbagai pihak untuk pelbagai tujuan. Oleh kerana itu, media sering dipuji dan dikeji dalam banyak aspek kehidupan bernegara. Media seringkali dituduh 'membahayakan keselamatan negara', 'terlalu memberi fokus kepada perkara negatif', 'memberitakan sesuatu secara tidak adil atau memihak kepada pihak tertentu' dan sebagainya. Pada masa yang sama, ahli politik dan orang ramai juga mahu media memberitakan sudut pandang mereka, atau mengawal media. Segala tuduhan serta cubaan mempengaruhi ini jelas menunjukkan kepentingan kebebasan dan tanggungjawab media. Antara jenis ancaman kepada kebebasan wartawan dan media ialah: 1) Undang-undang dan peraturan, 2) ancaman, 3) saman, 4) pemilikan media dan 5) penapisan. Media di Malaysia dikategorikan sebagai tidak bebas. Terbaru, pada lewat tahun lalu kerajaan menggantung penerbitan akhbar berbahasa Inggeris, The Heat. Kemudian, permit penerbitan akhbar kepada FZ Daily ditarik balik. LEAD percaya beberapa perubahan perlu dibuat untuk membolehkan dasar mentransformasi kerajaan dan liberalisasi ekonomi dapat dilaksanakan dengan lebih berjaya. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------2.0 Kepentingan Kebebasan Media

Kaitan intim dengan hak kebebasan asasi - untuk tahu, percaya dan bersuara. Kawalan media dan maklumat menguntungkan sekumpulan kecil pihak. Kebebasan media memberi peluang kebaikan kepada semua. Tanpa kebebasan media, ketinggian dan kedaulatan undang-undang akan dipengaruhi secara negatif. Kebebasan media boleh meningkatkan ketelusan. Tanpa kebebasan media, peluang untuk melakukan jenayah dan rasuah lebih terbuka. Meningkatkan kecekapan dan kebertanggungjawaban kerajaan serta masyarakat. Jika orang ramai mempunyai maklumat, mereka akan dapat membuat banyak keputusan dengan lebih baik dan kerajaan boleh mengetahui apakah keutamaan yang perlu ditangani. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3.0 Kebebasan media di Malaysia

3.1 Laporan Indeks Kebebasan Media Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Without Borders) 2013 menunjukkan kemerosotan Malaysia dalam aspek kebebasan media. Indeks ini mengukur kebebasan media berdasarkan ciri-ciri berikut: 1) 2) 3) 4) 5) 6) Pluralisme: Tahap kepelbagaian pandangan dalam; Kebebasan: Tahap di mana media bebas beroperasi di luar pengaruh pihak berkuasa; Persekitaran Kerja Wartawan: Tahap tapisan kendiri laporan yang dibuat; Kerangka Perundangan: Sejauh mana ia menjamin kebebasan dan berkesan; Ketelusan: Tahap ketelusan institusi dan prosedur dalam penerbitan berita; Infrastruktur: Kualiti infrastruktur yang menyokong penerbitan berita.

3.2 Freedom House menempatkan Malaysia dalam kategori media 'tidak bebas'. Indeks ini mengukur kebebasan media berdasarkan ciri-ciri berikut: 1) Persekitaran Perundangan: Pengaruh undang-undang terhadap kandungan media dan kecenderungan ahli politik menggunakannya untuk menyekat operasi media. 2) Persekitaran Politik: Tahap kawalan politik terhadap kandungan media seperti pemilikan, tapisan, kepelbagaian maklumat, akses kepada maklumat dan kebebasan wartawan melapor. 3) Persekitaran Ekonomi: Struktur pemilikan media, kos mengadakan media, impak rasuah kepada kandungan media dan sumbangan kewangan oleh pihak tertentu.
Indeks Kebebasan Media Malaysia 2002-2013
(Berdasarkan laporan Wartawan Tanpa Sempadan (www.rsf.org))

Indeks Kebebasan Media Malaysia 2002-2013


Berdasarkan laporan Freedom House (www.freedomhouse.org) 160 155 150 145 140

160 140 120 100 80 60 40 20 0 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2012 2013 Kedudukan

135 130

Kedudukan

2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013

Indeks Kebebasan Media Malaysia 2002-2013 berdasarkan laporan Wartawan Tanpa Sempadan dan Freedom House

3.3

Beberapa peruntukan Perlembagaan dan Undang-Undang berkaitan kebebasan media: Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 dan Akta Penyiaran 1988. Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) (No 2) 2012. Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Kefitnahan 1957. Penghinaan mahkamah: Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 13 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4.0 Keperluan penambahbaikan

LEAD berpendapat ciri-ciri yang diukur dalam pembentukan Indeks Kebebasan Media oleh Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Without Borders) dan Freedom House adalah sesuai dan munasabah. Daripadanya, beberapa petunjuk penambahbaikan boleh dilihat. Umumnya, cabaran utama kebebasan media ialah persekitaran perundangan yang memberi pengaruh besar kepada persekitaran politik dan ekonomi berkaitan media. Ini menjelaskan bahawa terdapat beberapa penambahbaikan boleh dilakukan. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5.0 Cadangan penambahbaikan

Perlembagaan dan undang-undang tidak sepatutnya menghadkan kandungan media kerana faktor sensitiviti atau keistimewaan kedudukan. Semua pihak sepatutnya tidak boleh mengatasi perlembagaan dan undang-undang. Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) yang membenarkan akses kepada maklumat rasmi perlu digubal. Ia dapat mengurangkan fitnah di samping memberi peluang untuk orang ramai membetulkan sebarang salah faham. Pemberi maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa mesti dilindungi daripada sebarang bentuk tekanan atau ancaman. Ini tidak termasuk salah laku fitnah (selepas Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) digubal). Kawalan terhadap media tidak boleh dibuat secara arbitrari. Syarat permohonan permit penerbitan media perlu dihapuskan. Setiap media hanya perlu dikenakan syarat minima iaitu menyatakan nama penerbit dan pihak yang bertanggungjawab bagi sesuatu tulisan atau gambar yang diterbitkan. Penaja atau pemberi sumbangan kepada media mesti dilindungi daripada sebarang bentuk tekanan atau ancaman. Kerajaan, mahkamah, peguam negara dan ahli politik perlu menggalakkan kebebasan media secara bertanggungjawab dalam penerbitan dan kenyataan mereka dan bukan lebih banyak bercakap mengenai salah guna kebebasan media. Komitmen ini mestilah ditunjukkan dalam kebenaran untuk wartawan menjalankan tugas untuk melapor. Media mesti memberi hak untuk menjawab atau menjelaskan kepada pihak-pihak yang terdakwa atau didakwa dalam laporannya. Media mesti membetulkan dengan segera kesilapan selepas diakui atau/dan terbukti laporan sebelumnya salah. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Rujukan 1) Indeks Kebebasan Media : Semua keterangan terperinci berkaitan Laporan Indeks Kebebasan Media boleh didapatkan di laman web rasmi Wartawan Tanpa Sempadan (www.rsf.org) dan Freedom House (www.freedomhouse.org). 2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia 3) Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2012 4) Mohd Safar Hashim, "Kebebasan Akhbar dan Kebebasan Bersuara: Satu Tinjauan Dari Sudut Perlembagaan dan Undang-Undang Malaysia", Jurnal Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jilid 17 (2001), muka surat 57-65. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai