Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 2 Kit sumber Pengajaran = Fasa Bulan Beroda Tahun Tema Tajuk Sub-tajuk : Tahun 5 : Menyiasat Bumi dan

Alam semesta : Bumi, Bulan dan Matahari : Fasa-fasa bulan

Objektif Pembelajaran : Memahami fasa-fasa Bulan Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Menyatakan sekurang-kurangnya empat jenis fenomena fasa bulan iaitu anak bulan, bulan sabit, bulan separa dan bulan purnama dengan betul dan tepat selepas pembelajaran dengan menggunakan kit sumber pengajaran. 2. Menyusun atur setiap peringkat-peringkat fasa bulan dengan betul selepas perbincangan dalam kelas melalui kit sumber pengajaran. 3. Menamakan gambar rajah fasa bulan yang dibagi dengan maklumat yang betul selepas pembelajaran yang menggunakan kit sumber pengajaran. Prosedur untuk menggunakan kit sumber pengajaran : 1. Kit sumber pengajaran ini iaitu Fasa Bulan Beroda boleh digunakan dan fasa pencetusan idea dan penstrukturan semula idea. 2. Dalam fasa pencetusan idea, guru boleh memberikan murid-murid melihat hanya satu jenis fasa bulan sahaja dan memberikan masa kepada muridmurid untuk memberi pandangan atau tekaan terhadap jenis fasa bulan yang seterusnya 3. Hal ini dapat mencetuskan idea dan pemikiran mereka untuk berfikir. 4. Pada fasa penstrukturan semula idea pula, Fasa Bulan Beroda ini boleh digunakan untuk mengukuhkan lagi ilmu tentang urutan dan susunan serta setiap nama fasa yang berlainan dengan menggunakan kit sumber tersebut. 5. Selain itu, kit ini juga boleh diletakkan di sudut bacaan dalam bilik darjah atau science corner yang terada dalam bilik darjah supaya murid-murid dapat rujuk dan mendapatkan pengetahuan.

Kebaikan kit sumber pengajaran Fasa Bulan Beroda 1. Sumber ini mesra alam dan lestari kerana tidak memerlukan banyak bahan 2. Sumber ini besar dan cukup jelas dan senang difahami. 3. Sumber ini mudah dibawa dan disimpan 4. Sumber ini dapat menarik minat dan perhatian murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai