Anda di halaman 1dari 10

SAIDINA ALI BIN ABU TALIB PEMUDA YANG BERANI

Ku wasiatkan kepada kamu supaya tetap bertaqwa kepada Allah. Janganlah kamu mengejarngejar dunia walau dunia mengejar kamu dan janganlah menyesal jika ada sebahagian dunia itu terlepas darimu. Hendaklah kamu mengatur baik-baik urusan kamu dan jagalah hubungan persaudaraan antara kalian. Ketahuilah, pertengkaran itu merosakkan agama dan ingatlah

bahawa tidak ada kekuatan apa pun selain atas perkenan Allah. Perhatikan anak-anak yatim agar
jangan sampai mereka kelaparan dan jangan sampai kehilangan hak. Perhatikan Al Quran, jangan sampai kamu mendahulukan orang lain dalam mengamalkannya. Perhatikan tetangga kamu sebab mereka adalah wasiat Nabi kamu.

BIODATA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB


Nama : Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib

Keturunan

: Bani Hasyim

Tarikh Lahir : 10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 masihi Tempat lahir : Dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah

Jawatan
Hubungan

: Khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin


: Sepupu Nabi sebelah bapa

Tarikh Menjadi Khalifah : Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi Tempoh Pemerintahan : 4 tahun Tarikh Wafat Sebab Kewafatan Gelaran : 17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam di Bandar Kufah : Abu Hasan / Abu Turab (Bapa Pasir/ Debu/ Tanah)

SIFAT PERIBADI
Bersikap adil Bijaksana Berwawasan Pintar Berfikiran luas Berusaha mencari ilmu Berani menegakkan kebenaran Terbuka Taat mengerjakan suruhan ALLAH SWT Kreatif dan sanggup berkorban kerana ALLAH SWT

KELUARGA RASULULLAH SAW


Mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW Adalah sepupu dan menantu Rasulullah Sejak kecil tinggal bersama Rasulullah dan dididik oleh Baginda Banyak mewarisi keperbadian dan akhlak Rasulullah Sangat mencintai dan menyayangi Rasulullah

KANAK-KANAK PERTAMA MEMELUK ISLAM


Memeluk Islam ketika berumur 10 tahun Kanak-kanak pertama memeluk Islam Terkenal dengan panggilan Karramallahu Wajhah bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala Tidk pernah dikotori keburukan jahiliah Mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk syurga

SEORANG CENDIKIAWAN TERULUNG


Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti bidang sastera, ilmu hisab dan kehakiman Sehingga digelar gedung ilmu

PEMUDA YANG BERANI


Terkenal dengan sifat gagah berani di medan perang Menggunakan pedangnya bernama Zulfakar dan menyertai hampir semua peperangan menentang musyrikin kecuali peperangan Tabuk. Semasa peperangan khandak telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama Amru bin Wahid. Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman.

PEMERINTAH YANG ADIL DAN KREATIF


Dilantik oleh Rasulullsh menjadi hakim di Yaman. Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah. Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam. Menubuhkan pasukan polis diberi nama Assyurtah Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya.

PENGORBANAN DAN JASA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB


Jurutulis Perjanjian Hudaibiah. Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq). Mengembangkan ilmu Islam. Pensihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga khalifah Ar-Rasyidin. Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huru-hara Menjadi hakim di Yaman. Penulis wahyu. Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah.

SEBAB BERLAKUNYA PEPERANGAN DI ZAMAN PEMERINTAHAN


Berpunca daripada perancangan jahat kaum munafikin yang diketuai oleh Abdullah bin Saba Mereka berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diketuai oleh Saidina Ali Contoh: dalam perang Jamal, tentera Saidina Ali mencapai kata sepakat dengan kumpulan Saidina Talhah dan Saidina Zubair untuk berdamai. Pada malamnya kaum munafikin membuat perancangan jahat untuk mencetuskan peperangan antara kedua belah pihak

Anda mungkin juga menyukai