Anda di halaman 1dari 17

KETANDUSAN DAN HAKISAN TANIH.

CAMERON HIGHLAND, 18 Ogos 2012 : Tragedi kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang telahpun meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah.

Adakah benar bahawa ia adalah bencana alam semula-jadi atau ianya bencana buatan manusia? Namun, itu adalah lumrah manusia terutamanya pihak berkuasa untuk mengaitkan bencana alam sedemikian dengan kuasa semulajadi, akan tetapi kita terlupa bahawa bencana sedemikian mungkin juga disebabkan kuasa manusia, yang tamakkan kekayaan tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Menurut kajian yang saya buat,saya mendapati bahawa sememangnya terdapat aktiviti-aktiviti mengondokan bukit dan pembalakan di sekitar satu lembah kecil di hujung penempatan orang Asli yang mengumpul air dan airnya melimpah ke rumah-rumah di bawah.Saya menjangkakan punca tanah runtuh disebabkan buatan manusia adalah tepat. Terdapat aktiviti di bahagian lembah kecil di hujung penempatan orang Asli yang mengumpul air dan airnya melimpah ke rumah-rumah di bawah.

Sekiranya pokok di kawasan tersebut ditebang untuk aktiviti perkebunan kecilkecilan, aktiviti itu sepatutnya dipantau dan langkah-langkah berjaga diambil untuk memastikan tanah tidak terlalu terdedah untuk larian air pada permukaannya.Tapak kejadian tanah runtuh itu kelihatan seperti laluan air semulajadi dan apa-apa halangan akan menyebabkan hakisan dan halangan kepada perembesan air. Secara keseluruhannya, lereng gunung yang tidak diteres dan disalirkan dengan baik.

Penebangan hutan semulajadi secara total sepatutnya tidak berlaku, namun sekiranya terpaksa ia harus dilakukan secara berperingkat dengan menggantikan dengan pokok buah atau pokok yang berakar umbi dalam. Tanah di Malaysia adalah mudah, belum matang dan mudah tercabut, tidak terikat dengan kuat kerana kebanyakkan kandungan adalah pasir penutup tanah atau akar adalah penyelesaian terbaik terhadap hakisan.

BANJIR

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut. Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati.

Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan. Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua penduduk kampung Menurut kes kejadian banjir ini yang saya dapati,punca kejadian banjir ini adalah Masalah sistem peparitan yang gagal menampung jumlah pengaliran air hujan dan penerokaan tanah bagi tujuan pertanian di kawasan tersebut antara beberapa punca berlakunya kejadian banjir kilat di sini.Kejadian banjir ini beransur baik pada jam sekitar 5 petang.

PENEROKAAN HUTAN BAGI TUJUAN PERTANIAN

MASLAH SISTEM PERPARITAN

PENCEMARAN SUNGAI

KANGAR, PERLIS. KAMPUNG GUNUNG MEDAN Alam sekitar kita ini saling terikat antara satu sama lain. Perkara yang sama juga berlaku dengan pencemaran air. Pencemaran ini berlaku akibat daripada perbuatan manusia memusnah alam yang semakin lama semakin menjadi. Pengendalian dan penggunaan tanah yang salah akhirnya mengakibatkan tanah terhakis dan tanah ini akan memasuki ke dalam sungai dan akan mengakibatkan sungai menjadi berlumpur. Ada juga tanah yang dihanyut ke sungai dan kemudian memasuki ke dalam laut. Pembuangan sampah sarap di merata-rata juga akan terus dihanyut ke dalam sungai oleh air hujan. Fenomena tersebut dikenali sebagai air larian.Menurut kajian yang saya dapati,terdapat dua penyebab yang mencemarkan sungai ini.

PERTANIAN Aktiviti pertanian ini dijalankan di kawasan luas berdekatan dengan sebuah kampung yang juga berhampiran dengan sungai.Aktiviti pertanian yang dijalankan oleh masyarakat di sini melibatkan penggunaan baja dan racun untuk memastikan kesuburan tanaman. Namun penggunaannya mencemarkan alam sekitar jika tidak dikawal selia dengan betul. Baja dan racun boleh memasuki badan air melalui pengaliran air di permukaan tanah dan juga air bawah tanah. Kemasukan bahan pencemaran tersebut akan menurunkan kualiti air dan seterusnya mengakibatkan pencemaran air. Kemasukan bahan pencemaran dari kawasan pertanian adalah melalui sistem saliran yang tidak nyata dan boleh dikelaskan sebagai sumber yang tidak berpunca.

PEMBALAKAN Aktiviti pembalakan ini juga dijalankan oleh segelintir masyarakat dari kampung ini.Mereka menjalankan aktiviti pembalakan ini untuk dikilangkan di kilang serta sebagai pendapatan hasil sampigan mereka untuk menyara kehidupan mereka dan keluarga.Aktiviti pembalakan tidak kurang pentingnya dewasa ini sama ada dalam proses penerokaan tanah baru atau pengeluaran hasil balak. Aktiviti ini sering mengakibatkan permukaan tanah terdedah kepada hujan yang menyebabkan berlakunya hakisan. Proses ini akan

memindahkan partikel tanah ke tempat lain termasuk badan air. Kemasukan badan partikel tersebut akan menyebabkan badan air menjadi keruh serta berlaku pemendapan. Selain daripada partikel tanah, aktiviti pembalakan juga menyumbang bahan pencemaran dari segi bahan organan dan nutrien ke badan air.

KESIMPULANNYA
Kesimpulannya,hargailah sumber alam yang dianugerahkan kepada kita supaya kita tidak akan merasa satu kerugian yang amat besar disuatu hari nanti.Kesedaran yang jitu juga penting dan harus ada dalam diri setiap individu untuk memastikan fenomena alam tidak akan terus berlaku.Kita juga haruslah menyedari bahawa setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya dan kadangkala berkorban kehendak juga menjadi faktor utama penentu kesejahteraan hidup.Tragedi-tragedi yang menimpa khasnya banjir yang berlaku di Kuala lumpur suatu ketika dahulu seharusnya sentiasa diingati terutama kesan yang ditinggalkan kepada kita.

KAJIAN KES PENEROKAAN HUTAN

INSTRUMEN: BAND 5 TEMA: TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR KOD EVIDENCE: B5D1E1 : (mempersembahkan maklumat geografi daripada pelbagai sumber yang diperolehi) B5D1E2 : (membuat keputusan yang rasional daripada maklumat geografi yang diperolehi)

NAMA:ASHWIN SUTHENTHIRAN KELAS: 1 RK 4 NAMA GURU: PUAN FARDILAH

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN TAJUK BESAR PENGHARGAAN BIODATA SAYA PENDAHULUAN KESAN 1-KETANDUSAN DAN HAKISAN TANIH KESAN 2-BANJIR KESAN 3- PENCEMARAN SUNGAI PENUTUP

MUKA SURAT 1 2 3 4 5-7

8-9 10-12 13

PEGHARGAAN
SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA SAYA YANG TELAH MEMBANTU SAYA DALAM BEBERAPA PERKARA DALAM TUGASAN INI.TIDAK LUPA JUGA AKAN CIKGU GEOGRAFI SAYA,CIKGU FARDILAH YANG JUGA TELAH MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA SAYA UNTUK MELAKSANAKAN TUGASAN INI DENGAN JAYANYA.

BIODATA SAYA
NAMA: ASHWIN SUTHENTHIRAN KELAS: 1 RK 4 SEKOLAH: SMK SULTAN ABU BAKAR HOBI: MELAYARI INTERNET, BERMAIN BADMINTON CITA-CITA: JURUTERBANG TARIKH LAHIR: 31.05.1999 TEMPAT LAHIR: KLANG,SELANGOR

PENDAHULUAN
APA ITU PENEROKAAN HUTAN?

PENEROKAAN HUTAN IALAH PERBUATAN YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG SESUATU JABATAN.PENEROKAAN HUTAN BOLEH BERLAKU DI HUTAN SIMPAN ATAUPUN TANAH KERAJAAN.PERBUATAN INI BIASANYA DILAKUKAN OLEH SINDIKET HARAM YANG TERDIRI DARIPADA PENDUDUK TEMPATAN ATAU PENDATANG ASING DENGAN NIAT SAMA ADA HENDAK MENCURI HASIL HUTAN ATAU UNTUK TUJUAN TANAMAN PERTANIAN SECARA HARAM.INI AKAN MENJEJASKAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN YANG DITEROKA SECARA HARAM.

LAPORAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN KESAN PERUBAHAN LANDSKAP

Landskap merupakan pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur-unsur seperti gunung-ganang, bukit-bukau, sungai, tasik, dan tumbuh-tumbuhan, terutama-nya pemandangan kawasan desa.Contohnya,kegiatanpembinaan jalan raya akan mendedahkan permukaan bumi kawasan cerun kepada agen hakisan,terutamanya air hujan serta menyebabkan kejadian hakisan tanih, tanah runtuh, dan, gelongsoran tanah.Penerokaan kawasan tanah tinggi untuk pembinaan jalan raya dan lebuh raya turut menyebabkan kepupusan flora dan fauna serta perubahan landskap. Oleh sebab itu,sebagai rakyat yang cinta akan alam sekitar,kita sewajarnya mengambil langkah-langkah yang betul untuk mengurangkan kesan perubahan landskap terhadap alam sekitar. Langkah pertama ialah penghutanan semula.Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula pokok-pokok di kawasan hutan yang telah ditebang dengan spesies yang bermutu tinggi dan cepat membesar.Antara spesies pokok yang dipilih dalam penghutanan ssemula ialah akasia,pain,batai,dan yemane.Jabatan Perhutanan Malaysia bertanggungjawab untuk menjalankan penghutanan semula.Kaedah ini dijalankan secara terancang dan sistematik.Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan secara berterusan.Penghutanan semula giat dijalankan di Bukit Tinggi,Pahang dan Sandakan,Sabah. Langkah seterusnya yang harus diambil ialah Tanaman Tutup Bumi.Tanaman Tutup Bumi seperti kekacang dan rumput ditanam di

lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit.Kaedah ini


bertujuan untuk menghalang hakisan tanah yang akan menghasilkan pandang darat landskap yang negatif dan mengekalkan zat-zat mineral dalam tanah. Langkah ketiga ialah Mewartakan Hutan Simpan dan Taman Negara.Kerajaan mewartakan hutan simpan dan taman ngara untuk melindungi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di negara kita.Kegiatan pembalakan,penerokaan hutan,dan pemburuan binatang tidak dibenarkan di kawasan tersebut.Kegiatan ini juga bertujuan untuk mengelakkan perubahan landskap terhadap alam sekitar. Langah yang terakhir yang harus diambil untuk membendung masalah perubahan landskap ialah melandaikan cerun dan membuat tarahan.Pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun kini dilakukan dengan lebih terancang untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.Kawasan cerun bukit yang curam akan dilandaikan untuk mengurangkaan haakisan anih dan kejadian tanah runtuh.Kawasan tebing curam kaki bukit pula akan ditarah bagi mengurangkankecerunan jalan raya yang dibina melalui kawasan tanah tinggi.Kaedah ini bertujuan untuk menghalang kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan. Akhir sekali,langkah-langkah yang dinyatakan di atas haruslah diamalkan oleh semus orang bagi mengelakkan perubahan landskap yang akan memberi kesan kepada alam sekitar.Sesuatu negara akan maju jika perubahan landskap ini memberi kesan yang positif terhadap alam sekitar.

Disediakan oleh, .. (ASHWIN SUTHENTHIRAN) Murid Tingkatan 1RK4, SMK SULTAN ABU BAKAR.

Anda mungkin juga menyukai