Anda di halaman 1dari 7

AMALI dan PIK

SCE 3110
BUMI dan ANGKASA LEPAS

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)


Ambilan Jan 2012

IPGM Kampus Pendidikan Teknik

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS


Aktiviti melibatkan kerja amali dan Pedagogi Isi Kandungan Kandungan

Topik PIK

Halaman 2

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Kitar Air Kejadian Siang dan Malam Sistem Solar Fasa Bulan Gerhana Bulan Musim Buruj dan Bintang

Amali 1 Amali 2 Amali 3 Amali 4

Awan dan Hujan Mengenal batuan Pergerakan Matahari Pergerakan Bulan

3 4 5 6

SCE 3110 Bumi dan Angkasa Lepas


1

SCE3109 BUMI dan ANGKASA LEPAS Aktiviti Pedagogi Isi Kandungan 1. Cari satu miskonsepsi yang sering dihadapi oleh murid dalam satu topik dalam sukatan pelajaran sains rendah. 2. Tuliskan satu laporan menerangkan miskonsepsi, konsepsi yang betul, kemungkinan mengapa miskonsepsi wujud and satu alat bantu mengajar yang akan menolong murid membentuk konsepsi yang betul tanpa memberi tahu murid secara terus. 3. Sediakan alat bantu mengajar itu. 4. Dapatkan konsepsi lima orang murid sebelum pengajaran. Gunakan alat bantu mengajar itu untuk mengajar. Dapatkan konsepsi murid selepas pengajaran. 5. Buat analisis data yang diperolehi. Tuliskan satu laporan hasil penggunaan alat bantu mengajar anda dengan menyatakan kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dibuat.

Pilih salah satu daripada tajuk-tajuk di bawah:


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kitar Air Kejadian Siang dan Malam Sistem Solar Fasa Bulan Gerhana Bulan Musim Buruj dan Bintang

Keperluan Pentaksiran 1. 2. 3. 4. Penerangkan miskonsepsi Penerangan kemungkinan mengapa miskonsepsi berlaku Penerangan konsepsi yang betul Alat bantu mengajar Penilaian penggunaan alat bantu mengajar

5.

SCE 3110 Bumi dan Angkasa Lepas


2

Amali 1 Awan dan Hujan Awan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis yang berbeza; ia termasuklah cumulus, stratus dan cirrus. Perhati dan kenalpasti bentuk-bentuk awan (di atas kepala) untuk tempoh dua minggu secara berterusan pada masa dan tempat yang sama. Ukur suhu, arah dan halaju angin dan kelembapan pada masa itu. Rekodkan pemerhatian anda. Ramalkan keadaan cuaca dalam masa 3 jam selepas pemerhatian pertama dibuat. Nyatakan asas ramalan anda. Anda boleh menggunakan maklumat yang diperolehi daripada alat-alat cuaca seperti termometer, tala angin dan seumpamanya untuk membantu anda membuat ramalan. Rekodkan pemerhatian anda dalam 3 jam selepas pemerhatian pertama dilakukan untuk menentukan sama ada ramalan anda tepat. Bincangkan tentang pemerhatian dan ramalan anda. Keperluan Pentaksiran 1. 2. 3. Maklumat tentang prosedur pemerhatian; tarikh, masa, tempat, peralatan dan bagaimana data dikumpulkan. Data pemerhatian (jadual, gambar, lakaran) jenis awan, suhu, arah dan kelajuan angin dan kelembapan. Perbincangan mengenai analisis data dengan teori.

Amali 2 Mengenal Batu (Rock Indentification) Satu ujian amali pengkelasan batuan akan dibuat pada bulan Mac semester ini. Markah akan diberi berdasarkan ujian ini. Maklumat berikut boleh membantu anda membuat persediaan untuk ujian amali pengkelasan batuan: Batuan secara umumnya dikelaskan menurut proses yang membentuknya, dan dengan itu dipecahkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: batuan igneus, batuan enapan, batuan metamorfosis. Pengkelasan sesuatu batu boleh dibuat berdasarkan 1. kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini. 2. tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan; 3. struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. 4. tindakbalas batu dengan asid Anda boleh mengenalpasti batuan yang terdapat di sekeliling tempat anda dengan mengumpulkan batuan yang berbeza dan lakukan proses pengecaman berdasarkan kriteria di atas. Anda boleh mendapatkan sampel batuan di tepi jalan, bukit yang ditarah atau di sungai. Jika anda perhatikan dengan teliti, anda akan dapat lihat perbezaan antara batuan ini dari segi warna, tekstur dan struktur batu. Anda boleh gunakan berus lembut untuk membersihkan batuan yang dikumpul untuk memudahkan proses pengecaman. Gunakan kanta pembesar dan mikroskop untuk membuat pemerhatian tekstur dan warna. Nyatakan jenis batu yang anda kumpul berdasarkan data pemerhatian dan maklumat yang anda perolehi daripada pembacaan. Anda juga digalakkan mempelajari cara mengenalpasti batuan dengan membuat carian di internet.

Keperluan Pentaksiran 1. 2. Pengetahuan tentang cara mengenalpasti sesuatu sampel batu. Mengenal pasti jenis dan nama 10 sampel batu dengan bantuan jadual klasifikasi.

Amali 3 Pergerakan Matahari Benarkah kedudukan Matahari di langit berubah setiap hari? Ke arah manakah matahari berubah? Berapa darjahkah perubahan itu? Apa hubungan di antara arah perubahan tersebut dengan tarikh pemerhatian itu dilakukan? Apakah kaitannya dengan tempat pemerhatian dilakukan? Untuk menjawab soalan-soalan di atas, anda dikehendaki mendapatkan data altitud dan azimuth Matahari dari aplikasi komputer Stellarium untuk dua tempat; satu di hemisfera utara dan satu di hemisfera selatan. Prosedur 1. Muat turun aplikasi Stellarium daripada laman web http://www.stellarium.org/ 2. Pelajari selok belok menggunakan aplikasi Stellarium di http://www.stellarium.org/wiki/index.php/Stellarium_User_Guide 3. Pilih dua tempat, satu di hemisfera utara dan satu di hemisfera selatan. Nyatakan mengapa anda pilih kedua-dua tempat ini. 4. Bagi kedua-dua tempat yang dipilih, dapatkan masa, altitud dan azimut matahari setiap satu jam dari matahari terbit ke matahari terbenam untuk 7 hari (mana-mana tujuh hari) 5. Lukis graf pola untuk data yang diperolehi. 6. Analisis dan tafsirkan graf anda. 7. Tuliskan satu laporan untuk amali ini dengan mengaitkan analisis data dengan teori pergerakan matahari dan musim. Keperluan Pentaksiran 1. 2. 3. Maklumat tentang pemerolehan data dari Stellarium: tarikh, masa, tempat Jadual data, graf pola, analisis dan tafsiran data Perbincangan mengenai analisis data dengan teori.

Amali 4 Pergerakan Bulan Bulan adalah satelit semulajadi Bumi. Bulan mengorbit Bumi dan Matahari serta berputar pada paksinya. Bulan biasanya dilihat pada waktu malam, tetapi kadangkala kita dapat melihat Bulan di waktu siang. Mengapa? Adakah Bulan juga terbit dan terbenam seperti Matahari? Bagaimanakah kedudukan Bulan berubah dalam satu hari? Bagaimana masa Bulan terbit dan Bulan terbenam dikaitkan dengan fasa-fasa Bulan? Untuk menjawab semua persoalan di atas, anda dikehendaki melakukan pemerhatian terhadap Bulan untuk tempoh 14 hari di tempat yang sama dan masa yang sama. Prosedur Semak hari dalamTakwim Qamari yang sesuai untuk mulakan pemerhatian anda. Cari tempat yang sesuai untuk memerhati Bulan (gunakan tempat dan masa yang sama sepanjang tempoh 14 hari pemerhatian itu). Catatkan pemerhatian mata kasar anda (azimuth, altitud, bentuk, orientasi dan permukaan bulan yang diperhatikan) dalam bentuk jadual. Dapatkan sekurangkurangnya 6 bacaan untuk setiap hari, selang 20 atau 30 minit) Analisis dan tafsirkan pemerhatian anda. Gunakan graf untuk membantu analisis anda. Tuliskan satu laporan untuk amali ini dengan mengaitkan analisis data dengan teori pergerakan dan fasa-fasa Bulan. Keperluan Pentaksiran 2. 3. 4. Maklumat tentang prosedur pemerhatian; tarikh, masa, tempat, peralatan dan bagaimana data dikumpulkan Data pemerhatian (jadual, gambar/lakaran, jadual) pemerhatian azimuth, altitud, bentuk, orientasi dan permukaan bulan, dan saiz bulan Perbincangan mengenai analisis data dengan teori.

Anda mungkin juga menyukai