Anda di halaman 1dari 2

TARIKH : 9 MAC 2013 TEMPAT : DEWAN SKPBU HARI : SABTU JAM : 8.

30 PAGI Tanggal 9 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 telah berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Besar (Utara). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Yip Sun Onn (ADUN Titi Tinggi). Mesyuarat Agung PIBG ini telah berlangsung selama lebih kurang 5 jam bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran dan tamat pada jam 1.30 petang dengan sesi cabutan bertuah bagi semua jemputan. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 telah dikelolakan oleh Puan Syarifah bt Haris selaku pengerusi majlis. Di antara pengisian program termasuklah taklimat berkaitan Sarana Ibu Bapa yang telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Besar (Utara), iaitu En. Shahril Ridzwan Wan b. Abdullah. Sarana Ibu Bapa ini adalah bertujuan supaya ibu bapa lebih peka dan memberi perhatian khusus kepada setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah terutama yang melibatkan murid. Sarana Ibu Bapa ini mensasarkan penglibatan ibu bapa secara aktif dalam setiap program yang dirancang oleh pihak sekolah seperti aktiviti gotong-royong, kem motivasi pelajar dan perbincangan mengenai permasalahan disiplin dan tingkahlaku murid. Acara pada hari tersebut berehat sebentar pada jam 10.00 pagi bagi memberi laluan kepada para jemputan untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan. Mesyuarat diteruskan pada jam 10.30 pagi dengan ucapan Yang Dipertua PIBG, ucapan Penasihat PIBG diikuti dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat PIBG yang lepas, laporan kewangan dan pembentangan usul-usul berkaitan. Acara dilanjutkan dengan pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2012-2013. Aturcara pada hari tersebut diteruskan dengan acara pemilihan dan perlantikan AJK PIBG yang baharu bagi sesi 2013-2015 yang telah dipengerusikan oleh Guru Besar dan setiausaha PIBG. Kesemua jawatan lain yang melibatkan para guru telah dipersetujui dipilih dan dilantik oleh pihak sekolah bagi tujuan melancarkan segala aktiviti yang telah dan bakal dijalankan. (Seperti lampiran) Acara Mesyuarat Agung PIBG sesi 2013-2014 ditangguhkan pada jam 1.30 petang selepas acara cabutan bertuah selesai dijalankan. Para tetamu dibekalkan dengan makanan tengah hari dan mula beredar selepas jam 1.30 petang. Pihak PIBG dan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan aktiviti tersebut. Berikut merupakan gambar-gambar yang telah dirakam sepanjang Mesyuarat Agung PIBG kali ke-14 berlangsung;

Laporan disediakan oleh;

Muhamad Firdaus bin Hassan Jurugambar; Suraya bt Sabu

Anda mungkin juga menyukai