Anda di halaman 1dari 5

Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,


kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Qur'an dan al- Sunnah
bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup
sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai
kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
Pedagogi
Pedagogi adalah ilmu yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah, seperti pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaranpembelajaran, organisasi sekolah dan pengurusan bilik darjah, kurikulum dan
sukatan pelajaran, pengujian dan penilaian, pemulihan dan pengayaan.
Peranan Guru Agama Terhadap Murid
1. Menyedari bahawa mereka bagai role model
2. Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah
3. Mendedahkan dan memahamkan murid kepada pelbagai bentuk
ibadah wajib, kelebihan, ancaman, cara melaksanakan serta kaitan
dengan kehidupan di dunia dan akhirat
4. Memotivasikan murid untuk melaksanakan amalan agama dalam
kehidupan seharian
Peranan Guru Agama Dalam Pengajaran & Pembelajaran (P & P)
1. Guru bukan sekadar pengajar tetapi dia juga pendidik
2. Guru perlu menguasai dasar pendidikan dan cara-cara mengajar yang
berkesan
3. Mementingkan konsep di dalam pengajaran
4. Sentiasa mengunakan pendekatan motivasi
5. Mengusai pengurusan bilik darjah

Peranan Guru Menanamkan Kecintaan terhadap Agama


1. Menanamkan asas agama yang kukuh
1. Menanam minit beragama dan sensitif kepadanya
2. Menggerak dan menaikkan emosi murid supaya cintakan agama

3.
4.
5.
6.
7.
8.

Membasmi kejahilan beragama berasaskan pendidikan Islam


Melahirkan Jailul Qur'an di kalangan murid
Meningkatkan cara hidup Islam dikalangan murid
Mewujudkan nafsu mutmainnah dikalangan murid
Mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di sekolah dan luar sekolah
Membanteras kemungkaran dan kesesatan dikalangan dengan cara
yang baik
9. Membentuk iklim sekolah dengan nilai agama
Keterampilan yang perlu dimiliki oleh Guru Agama
1. Lebih berdidikasi
2. Cemerlang melaksanakan tugas
3. Membantu murid untuk menjadi seorang muslim yang berakhlak,
berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa
4. Memahami falsafah, matlamat dan hasrat pendidikan Islam
5. Meningkatkan ilmu yang sedia ada
6. Pendekatan pengajaran yang boleh menimbulkan minat pelajar
7. Menguatkan ukhuwwah dan gerakan sesama guru pendidikan Islam
8. Kepimpinan dan sahsiah yang mempunyai pemikiran yang mantap,
rasional, bijaksana dan matlamat yang jelas
9. Menjadi seorang murabbi, muaddib, dai'e dan qaid
Peranan Guru dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan
1.
2.

Guru adalah agen perubahan dalam mencapai matlamat pendidikan


Guru berperanan sebagai pengajar, pendidik dalam membentuk
sikap, nilai dan akhlak
3. Sentiasa memikirkan cara-cara memperbaiki kualiti pendidikan
4. Memperbanyakkan latihan, tunjuk ajar, kelas tambahan dan
sebagainya untuk memastikan murid dapat menguasai ilmu
5. Sentiasa melengkap dan mempertingkatkan ilmunya
6. Sentiasa inovatif dalam menyampaikan pengajarannya
7. Menampilkan karisma kepimpinannya
8. Bijak memberi pertimbangan kepada kepelbagaian sikap murid
9. Bertindak sebagai pemberi galakan dan bimbingan
10. Melaksanakan amanah pendidikan dengan penuh berkualiti
Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu Bapa
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak- anak
mereka dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama
yang erat anatara intitusi pendidikan dengan rumah tangga
2. Menganggap semua maklumat yang diberi oleh ibu bapa tentang
keadaan rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan

membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada merka yang berhak


mengetahuinya
3. Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak- anak
mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa
secara teliti dan bijaksana
4. Mengelakan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa murid
5. Mengelakkan diri daripada mengelurkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu
bapa atau penjaga mereka
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat & Negara
1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan murid, masyarakat, negara ataupun yang
bertentangan dengan rukun negara
2. Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara
yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna serta menghormati
adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama
3. Menghormati masyarakat tempat beliau berkhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai seorang warga negara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu
bapa dan institusi pendidikan dengan masyarakat
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat
6. Berpegang kepada tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat
dan menjalani kehidupan seharian dengan baik
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat & Profesion Perguruan
1.

2.
3.

4.

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan


yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru di hadapan murid
atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seorang guru
Tidak melibatkan diri dengan kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapannya sebagai guru
Berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan tanggungjawab
dengan rajin dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas
dan sosial
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka
yang baru dalam profesion perguruan

5.
6.

Sentiasa mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik


profesion perguruan
Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru

Sifat-Sifat Guru Pendidikan Islam


1. Sifat zuhud (mendidik kerana mencari keredhaan Allah S.W.T)
2. Kebersihan diri luaran dan dalaman
3. Menjaga kehebatan dan kehormatan diri
4. Sebagai bapa atau ibu dalam menghadapi muridnya
5. Memahami tabiat muridnya
6. Memiliki ilmu dan kaedah pengajaran
7. Ketokohan dan keperibadian guru
8. Memberi ilmu kerana Allah
9. Kebijaksanaan dan kematangan
10.
Bersifat kasih sayang
11.
Perwatakkan guru
12.
Ikhlas
13.
Bertaqwa
14.
Berilmu pengetahuan
15.
Pemaaf
16.
Bertanggungjawab
Sifat-Sifat Guru yang Disukai Murid
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat


Mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik
Mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi dari kebanyakkan orang
Mempunyai sifat yang kreatif, imiginasi dan ikhtiar
Mempunyai suara dan tingkah laku yang beradab
Bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana
dalam menghadapi masalah
7. Sabar
8. Jujur
9. Tegas
10.
Menepati masa dan berkebolehan mengurus
11.
Mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan 12. Memberi
bimbingan yang demokratik
12.
Menjaga status ikhtisas perguruan
Sifat Guru Yang Tidak Baik
1. Garang, membebel, tidak pernah senyum, suka memerli dan mudah
hilang sabar
2. Tidak membantu kerja-kerja di sekolah, tidak menerangkan pelajaran
dan tugasan secara jelas serta bekerja tanpa perancangan

3. Berat sebelah, pilih kasih dan menyukai pelajar tertentu


4. Besar diri, sombong. Angkuh, susah menerima pandangan dan tidak
menyedari muridnya keluar kelas
5. Tiada pendirian, keras kepala, tidak bertimbang rasa, terlalu tegas dan
membuat huru hara
6. Tidak adil dalam peperiksaan dan pemberian markah ujian dan
peperiksaan
7. Tidak memberikan perhatian terhadap perasaan murid, memalukan
murid di hadapan teman sekelas dan memanjangkan masa
pembelajaran
8. Tidak berminat untuk mengenali murid dan latar belakang mereka
9. Pemberian tugasan dan kerja rumah tanpa sewajarnya

Anda mungkin juga menyukai