Anda di halaman 1dari 3

TAJUK

: PERISTIWA NABI ISMAIL a.s DIKORBANKAN.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian, Assalamualaikum pembuka bicara berdirinya hamba ingin bercerita, satu kisah bukan direka, Dalam Al-Quran jelas dan nyata. Kisah yang saya maksudkan ialahPeristiwa Nabi Ismail a.s Dikorbankan. Rakan-rakan, siapakah Nabi Ismail a.s? Ya, Nabi Ismail a.s ialah putera kepada pasangan Nabi Ibrahim a.s dan Siti Hajar.Pada suatu hari ketika Nabi Ibrahim a.s sedang tidur , dia telah bermimpi menyembelih anaknya Ismail. Nabi Ibrahim terkejut dan terjaga dari tidurnya lalu memohon keampunan dan perlidungan dari Allah. Akhirnya Nabi Ibrahim sedar bahawa mimpi tersebut adalah perintah dari Allah s.w.t dan bersedia untuk melaksanakannya. Rela berkorban apa saja.... Harta benda ataupun nyawa Itulah tanda keimanan Hamba pada pencipta-Nya (lagu sepohon kayu)

Kawan-kawan , lihatlah betapa taatnya Nabi Ibrahim dengan suruhan Allah hinggakan rela mengorbankan nyawa anaknya. Oleh itu, kita juga seharusnya sentiasa bersiap sedia untuk menunaikan kewajipan kita terhadap Allah s.w.t. selagi hayat dikandung badan. Contohnya, solat , puasa, dan lain-lain. Pada hari Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya , beliau telah berkata pada isterinya, pakaikan Ismail dengan pakaian yang cantik ,kerana aku hendak pergi berziarah dengannya., Siti Hajar pun memakaikan anaknya Ismail dengan pakaian yang paling cantik. Kemudian menyisir rambut anaknya yang telah diletakkan minyak. Isteri cerdik dan solehah, Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran, Dirumah dia isteri, dijalanan kawan Diwaktu kita buntu, dia penunjuk jalan. (nasyid)

Ya...kawan-kawan, itulah Siti Hajar Isteri Nabi Ibrahim a.s. Beliau seorang ibu mithali dan juga isteri yang solehah malah patuh dalam menjalankan tanggungjawabnya . Inilah yang patut kita semua contohi. Setelah bersiap, Nabi Ibrahim pun membawa anaknya menuju ke Mina. Nabi Ibrahim turut membawa tali dan pisau yang tajam. Dalam perjalanan tersebut, mereka telah diganggu oleh Iblis yang hendak menghasutnya. Namun, Nabi Ismail
NAA/SKRR/MTQ/2012 1

telah mencampakkan batu dan tanah menyebabkan mata kiri iblis pecah dan menjadi buta. Setelah itu barulah Iblis laknatullah itu beredar. Tiba di Mina, Nabi Ibrahim menyampaikan maksud mimpinya pada anaknya Ismail sebagaimana maksud surah As-Sofat ayat .....ayat 103. Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Fikirkanlah apa pendapatmu? Jawab Ismail : Wahai bapaku, kerjkanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu, InsyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. Kawan-kawan, sebagai seorang anak kita harus menghormati dan mentaati kedua ibu bapa kita selagi tidak melanggar perintah Allah. Sesungguhnya redha Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa kita. Mendengar jawapan dari anakknya,Nabi Ibrahim sedar bahawa doa`nya telah di makbulkan. Robbi hablii minassoolihin... Maksudnya :Ya Allah, kurniakanlah aku anak yg soleh, (Surah al-Soffat : 100)

Sebagai seorang hamba, kita mesti sentiasa berdoa pada Allah dengan penuh yakin kerana Allah maha pengasihlagi maha penyayang. Contohnya amalan membaca doa sebelum dan selepas belajar. Kemudian Ismail berkata , wahai ayah, sebelum ayah laksanakan perintah Allah saya ada beberapa pesanan: 1. tanganku mesti diikat untuk elakkan saya bergerak dan menyakiti ayah. 2. hadapkan wajah saya ke tanah supaya ayah tidak berasa kasihan padaku. 3. ayah mesti angkatkan sedikit kain supaya tidak terkena darah walaupun sedikit hingga mengurangkan pahalaku. 4. tajamkan pisau ayah supaya dapat percepatkan sembelihan pada leherku agar tidak rasa terlalu sakit kerana mati itu sangat sakit sekali. 5. serahkan bajuku pada ibu sebagai kenang-kenagan dan sampaikan salam hormatku padanya. 6. jangan melihat atau membawa masuk anak seusiaku ke rumah supaya ayah dan ibu tidak menyesal dan bersedih. Selepas itu, Nabi Ibrahimpun menelentangkan kedua-dua tangan dan kakinya tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun, pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

NAA/SKRR/MTQ/2012

Kemudian, Nabi Ibrahim a.s menghentakkan pisaunya itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua. Lalu berkata Nabi Ibrahim Hai pisau, jikalau engkau mampu membelah batu itu menjadi dua, kenapa engkau tak mampu memotong leher anakku! Dengan izin Allah, pisau itu dapat berkata-kata. wahai Nabi Ibrahim, kamu memang mengatakan potonglah kepadaku, tetapi Allah juga telah berkata padaku, Jangan kamu potong!. Bagaimana aku hendak menuruti mu? Lalu dengan izin Allah, korban yang sepatutnya Nabi Ismail telah digantikan dengan seekor kibas. Sepertimana surah Al-Soffat ayat 108,

Dan kami tebus anaknya itu dengan sembelihan seekor kibas yang besar. Ya, kawan-kawan, apabila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, sudah pasti akan mendapat ganjaran setimpal dari Allah. Merasa takjub dengan perbuatan Nabi Ibrahim itu, Malaikat Jibril telah berseru, Allahu Akbar (3x) Lalu Ibrahim membalas ucapan Jibril dengan : Lailahaillallahuwallahuakbar. Dan disambut pula Ismail dengan Allah hu akbar walillah hilhamd. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaimum w.b.t

NAA/SKRR/MTQ/2012

Anda mungkin juga menyukai