Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU (PPG) PENDIDIKAN MATEMATIK RENDAH

SEMESTER 6
AMBILAN : JUN 2011

TUTORIAL 1 MTE 3112 ALGEBRA LINEAR


NAMA : WAN HAMIDAH BINTI WAN JUSOH @ WAN NOR (830309-11-5512) / g611ttmtee5512 SURIA BT. MAMAT (830715-11-5032) / g611ttmtee5032 WAN RUSLAWATI BT. TON RONIM (830326-11-5022) / g611ttmtee5022 RAHIMAH BT. JAMIL (830626-11-6172) / g611ttmtee6172 KUMPULAN / UNIT : NAMA PENSYARAH : TARIKH SERAHAN : TARIKH HANTAR JABATAN : : MTE E ENCIK MAZLAN BIN IBRAHIM 11 JANUARI 2014 15 FEBRUARI 2014 MATEMATIK

Soalan 1 :

Dapatkan satu kertas ujian bagi mata pelajaran Matematik Tahun 5. Berdasarkan item-item ujian tersebut, senaraikan beberapa objektif pengajaran yang dapat anda kenal pasti.

Soalan 2 :

Dalam pembinaan sesuatu kertas ujian, anda perlu merujuk kepada Jadual Penentuan Ujian (JPU). Senaraikan langkah-langkah dalam pembinaan JPU seterusnya pilih satu kertas ujian Matematik sekolah rendah dan sediakan JPU berdasarkan kertas ujian tersebut.

Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian


Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan murid diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Di dalam setiap domain pula terdapat beberapa aras atau peringkat yang disusun daripada yang mudah kepada yang susah. Aras-aras ini juga dikenali taksonomi pengajaran dan pembelajaran. Aras aras domain kognitif merangkumi peringkat-peringkat yang terdapat dalam bidang ilmu pengetahuan. Mengikut buku Taxonomy of Education Objektives yang disunting oleh Benjamin Samuel Bloom pada tahun 1956, aras-aras domain kognitif disusun dalam 6 peringkat utama iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Jadual di bawah menunjukkan keenam-enam peringkat dan kategori yang terkandung dalam setiap peringkatnya.

Aras-aras Domain Kognitif 1. Pengetahuan

Kategori Mengikut Urutan Pengetahuan khusus. Pengetahuan cara atau kaedah perkara-perkara

mengurus perkara khusus. Pengetahuan tentang perkara

universal dan abstrak dalam sesuatu bidang. 2. Kefahaman 3. Aplikasi Penterjemahan Interpretasi Ekstrapolasi Penggunaan kefahaman. 4. Analisis Analisis unsur. Analisis hubungan. Analisis prinsip organisasi. pengetahuan dan

5. Sintesis

Penghasilan komunikasi unik. Penghasilan sesuatu rancangan

atau cadangan sesuatu set operasi. Pembentukan hubungan abstrak. Pertimbangan dari segi bukti dalam. Pertimbangan dari segi criteria luar.

6. Penilaian

Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbir, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan dan seterusnya pengukuran yang ada. Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai murid. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.

LANGKAH-LANGKAH DALAM PEMBINAAN JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)

Dalam pembinaan JPU, guru perlu membuat empat langkah iaitu : mengkaji sukatan pelajaran menganalisis objektif pengajaran menentukan jenis soalan menentukan bilangan soalan.

Dalam langkah pertama iaitu mengkaji sukatan pelajaran, guru perlu melakukannya untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang perlu dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk, pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk, kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk yang lain, kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk. Bagi langkah menganalisis objektif pengajaran, ia adalah untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran yang mana ia perlu diuji. Lazimnya, aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya seperti yang tercatat dalam jadual di atas. Ia adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan Pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, guru perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Bagi menentukan bilangan soalan, jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan keesahan sesuatu ujian. Penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira jangka masa ujian, jenis ujian dan kesukaran soalan yang bergantung kepada peringkat objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.

JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)

Topik

Jumlah Soalan

Aras Kesukaran Mengikut Taksonomi Bloom


Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Nombor Bulat Pecahan

10

Soalan No. 1,16,18 Soalan No. 6

Soalan No. 2,7,8,13,17 Soalan No. 14,37 Soalan No. 24

Soalan No. 33,38 Soalan No. 27 Soalan No. 35

Perpuluhan Peratus Wang Masa dan Waktu Ukuran Panjang Jisim Isipadu Cecair Ruang dan Bentuk Perwakilan Data

6 3 2 4 4 3

Soalan No. 12

Soalan No. 4,22,29,31 Soalan No. 9,23 Soalan No. 15 Soalan No. 10 Soalan No. 25 Soalan No.5,26 ,32 Soalan No. 19,28

Soalan No. 39

Soalan No. 11 Soalan No. 3 Soalan No. 21,36 Soalan No. 20

Soalan No. 34 Soalan No. 40 Soalan No. 30

Asas Kognitif

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Jumlah

18

10

Peratus (%)

23

45

25

Nisbah

Soalan aras rendah Soalan aras sederhana Soalan aras tinggi Nisbah aras kesukaran

: : : :

Pengetahuan + Kefahaman = 8 soalan Aplikasi + Analisis = 5 soalan Sintesis + penilaian = 7 soalan 8:7:9

Anda mungkin juga menyukai