Anda di halaman 1dari 2

Soalan 2 Seni bina rumah Melayu Tradisional sering dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan

mereka yang sangat erat dengan alam sekitar. Antara faktor yang mempengaruhi senibina rumah Melayu ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar. Seni bina dan persekitaran amat berkaitan dan mempunyai hubungan dengan masyarakat Melayu tradisi khususnya pembinaan sebuah kediaman. Masyarakat Melayu tradisi membina kediaman melalui pemilihan penempatan yang dapat menyalurkan sumber-sumber untuk menyiap dan melengkapkan rumah yang dibina. Rumah-rumah Melayu tradisi mempunyai keunikan ragam hias seperti ukiran dan struktur pemasangan yang teratur dan mempunyai fungsi tertentu melalui komponen dan elemen rumah. Sama ada ruang dalaman, fasad luar mahu pun persekitaran rumah, kediaman masyarakat Melayu tradisi terbangun sebagai satu kompleks yang lengkap dan harmoni dengan persekitaran dan keseluruhan ciri-ciri penempatan yang dipilih. Landskap penempatan Melayu tradisi atau lebih dikenali sebagai kampung Melayu boleh dilihat di seluruh Malaysia khususnya di kawasan perkampungan atau kawasan luar bandar. Ciri-ciri seni bina rumah Melayu tradisi berkait dengan bumbung dan tebar layar, tiang tinggi beralas, serambi dan tingkap terbuka serta keunikan ukiran pada dinding rumah. Setiap komposisi rumah Melayu adalah amat harmoni dengan suasana persekitaran dan lokasi penempatan. Bahagian ke 2 penyelidikan ini akan membentangkan faktor-faktor yang mempengaruhi seni bina rumah Melayu tradisi. Perbincangan ini seterusnya akan menjurus pula kepada corak kampung Melayu tradisi dan aspek struktur ruang (spatial) persekitaran rumah Melayu tradisi. Alam sekitar adalah salah satu unsur utama mempengaruhi gaya senibina rumah Melayu. Alam sekitar terdiri daripada sumber-sumber seperti hutan, sungai, gunung, bukit termasuk flora dan fauna yang terdapat dipersekitaran manusia. Melalui alam sekitar orang Melayu melihat tumbuh-tumbuhan dengan ciri-ciri dan sifatnya yang tersendiri; ini menimbulkan kepekaan yang tertib terhadap penggunaan sumber alam dalam pembinaan rumah. Sumber atau bahan yang utama untuk membina rumah masyarakat Melayu tradisi adalah dari kayu begitu juga penutup bumbung atau atap

dari daun nipah, ijuk dan rumbia. Bahan-bahan ini diambil dengan perkadaran yang sesuai dengan skala rumah yang dibina. Iklim merupakan satu lagi elemen yang mempengaruhi bentuk rumah orang melayu. Iklim Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun menjadi salah satu masalah yang perlu diatasi iaitu dengan membina rumah berlandaskan kepada pemilihan bentuk yang sesuai. Bumbung rumah Melayu tradisi adalah curam dan unjurannya lebar bagi melindungi rumah dari tempias hujan dan sinaran lansung matahari. Badan rumah pula di penuhi dengan bukaan jendela dan kekisi atau ukiran tebuk yang menggalakkan peredaran udara. Pembinaan rumah melayu yang agak tinggi memberikan satu ruang di bawah rumah. Kedudukan lantai yang tinggi dapat mengatasi kelembapan tanah disamping mencegah ruang ditenggelami air jika berlaku banjir. Ruang bawah atau kolong yang yang terbuka ini juga membolehkan peredaran udara dibawah lantai. Sensitiviti dan kemahiran masyarakat

mengadaptasi atau menjanakan idea rumah yang dibina berasaskan iklim atau musim menunjukkan tukang-tukang dahulu bukan sahaja perlu mahir dalam pertukangan rumah tetapi menguasai bidang berkaitan ilmu alam. Ruman bertiang tinggi secara ilmiahnya dapat memberi pengudaraan yang baik dan mencegah rumah tenggelam air ketika musim hujan atau banjir. Lebih menarik, ketika musim kering; ruang dibawah rumah ini boleh dijadikan tempat menyimpan barang. Tinggi ruang bawah ini sekurang-kurangnya paras bahu orang dewasa. Sebagai contoh, unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai matahari.Manakala ukiran

sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada

hambanya di alam semester. Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.

Anda mungkin juga menyukai