Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

: 8/12 : 17 21 Mac 2014 : Kawalan Kelas

Minggu Praktikum : Ketujuh Tarikh Peristiwa Tajuk Jurnal

1. Masalah/ peristiwa Pada sesi pengajaran yang telah dijalankan oleh saya, saya menghadapi masalah dalam kawalan kelas pelajar. Semasa sesi pengajaran yang saya jalankan saya tidak dapat mengawal kelas dengan baik dan sempurna dan akibatnya hasil pembelajarna ayng perlu dicapai tidak mencapai matlamatnya.

2.Analisis Masalah ini timbul kerana saya kurang berinterkasi dengan pelajar kelas ini. Semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia tahun 4 saya tidak dapat menagawal kelas tersebut dari segi suara dan perlakuan mereka. hal ini mugkin berlaku kerana saya terlalu berlembut dengan pelajar kelas tersebut dan menyebabkan mereka hilang rasa hormat terhadap saya. Segala arahan yang saya berikan tidak

diendahkan dan saya perlu berckapa berulang kali. Mungkin bahasa yang saya guna pakai tidak difahami oleh mereka dan menyebabkana saya sukar berinteraksi dengan mereka. semasa saja menjalankan aktiviti kumpulan, pelajar lebih mahu menumpukan perhatian berbanding saya menggunakan pengajarna yang biasa dna tradisional.

3.Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih berkaitan dengan masalah-masalah lain yang dihadapi. Saya perlu bertanyakan kepada guru kelas mengenai cara mengawal kelas ddengan lebh baik. b) Saya perlu kreatif dalam melaksanakan aktiviti yang dapat melibatkan pelajar yang yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan. Pastikan aktivti itu mudah difahami dan senang untuj dilaksanakan untuk memudahkan proses kawalan kelas.

c) Saya perlu peka dengan reaksi pelajar dengan aktivti yang diberikan, agar guru mengawal kelas dengan baik dan terkawal.

d) Menggunakan sistem peneguhan negetif untuk memastikan pelajr mengikut arahan yang diberikan. Cara ini akan berkesan jika kita menarik kelebihan yang dimiliki oleh seseroang sebagai denda.

4.Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran yang akan datang..Sekiranya masalah-masalah ini tidak dapat diatasi,saya pasti akan mengalami masalah dari segi pencapaian objektif pembelajaran dan masa akan banyak terbuang Disemak oleh Guru Pembimbing, Tandatangan : Nama Tarikh : : Disahkan oleh Pensyarah Penyelia, Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai