Anda di halaman 1dari 5

1.

IMPLIKASI

ASPEK-ASPEK TERHADAP

BERKENAAN PROSES

DAN

SARANAN DAN

PENAMBAHBAIKAN PEMBELAJARAN

PENGAJARAN

ASPEK PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK Murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa perlu bersosial dalam kelompok mereka terutamanya dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Proses sosialisasi anara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Semua murid tanpa mengira etnik dan jantina dapat belajar dan menjalankan aktiviti bersama. Setiap murid diberi peluang yang sama rata untuk meneroka aktiviti pembelajaran tanpa mengira bangsa dan agama. Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid.

ASPEK SOSIOLINGUISTIK DAN KOMUNIKASI Interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang di kenali sebagai komunikasi sehala, interaksi guru dengan murid yang di kenali sebagai komunikasi dua hala, serta interaksi guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid, yang di kenali sebagai komunikasi pelbagai hala. Bilik darjah yang mesra budaya yang baik akan merangsang semangat murid menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa proses pelajaran dan

pembelajaran dijalankan. Di samping itu, ia juga memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

ASPEK PERSEKITARAN FIZIKAL Membentuk suasana pembelajaran yang kondusif Tugasan atau aktiviti yang diberikan kepada murid-murid ini memenuhi tahap perkembangan dan pemikiran mereka supaya dapat mewujudkan iklim yang kondusif serta murid tidak berasa tertekan semasa menghadiri kelas tersebut. Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka. Guru perlulah cekap dalam menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat ditransformasikan sebagai sebuah rumah yang menepati slogan rumahku, syurgaku. Murid pasti akn lebih seronok belajar dalam suasana yang kondusif.

Menarik minat murid belajar Murid-murid akan lebih memberi perhatian dan menumpukan perhatian tentang apa yang diajar oleh guru. Ini adalah kerana guru mengetahui serta memahami latar belakang dan sosio-budaya murid. Dengan itu, murid tidak akan rasa tersisir dan kesamarataan dapat dirasai antara semua murid. Guru juga dicadangkan supaya menggunakan pendekatan yang menarik seperti aktiviti P&P dimulakan dengan set induksi yang menarik, ini bertujuan bagi menarik minat murid untuk mengetahui isi pelajaran yang selanjutnya.

ASPEK PENGURUSAN PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru akan lebih memberi perhatian semasa menyediakan aktiviti dan p&p yang hendak dijalankan di dalam kelas. Ini adalah kerana pelbagai etnik murid yang terdapat di dalam kelas, oleh itu, perkara ini harus

dipertimbangkan oleh guru untuk memastikan isi dan aktiviti yang dijalankan sesuai dengan semua murid. Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus

mengambil objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan. Dengan itu, di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran.Ini penting supaya objektif pengajaran yang hendak

disampaikan tercapai dan aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan mampu di lakukan oleh pelajar

ASPEK KELAS BERCANTUM Murid-murid yang mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza digabungkan ke dalam kelas yang sama. Dengan itu, murid-murid dapat berkomunikasi dan bekerjasama dengan rakan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, murid-murid juga akan menghormati rakan yang lain. Contohnya, murid lain tidak berbuat bising semasa doa dibaca oleh murid Melayu. Di samping itu, pergaulan bebas antara murid berlaku. Sebagai contoh, murid-murid yang berlain bangsa dapat bergaul dengan rapat. Dalam konteks kepelbagaian ini, di mana pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri

arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, dan sosioekonomi.

1.3.2 Cadangan Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu.

Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid Kepelbagaian sosio-budaya murid memberi kesan secara langsung terhadap kaedah yang harus diguna oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang sama rata dalam penerimaan pembelajaran. Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid.

REFLEKSI Beberapa minggu yang lepas, kami diarahkan untuk menyiapkan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek Budaya dan Pembelajaran (EDU3106) mengenai pengurusan bilik darjah mesra budaya. Pertama sekali, saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Tauhit kerana sebelum kami memulakan kerja kursus ini, pensyarah kami telah memberi sedikit informasi tentang tajuk ini. Maka, kami tidaklah menghadapi masalah yang terlalu besar semasa menyiapkan tajuk ini. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, kami bekerjasama memikirkan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Kami menyiapkan draf dan hantar kepada pensyarah untuk diperiksa. Selepas beberapa kali mengubah, akhirnya kami dapat menghantar hasilan yang memuaskan. Melalui kertas kursus ini, saya mengetahui bahawa dari segi pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang tersendiri dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua pelajar-pelajarnya tanpa mengira budaya. Malaysia mempunyai budaya masyarakat yang pelbagai dan majmuk. Oleh itu guru harus memahami pelajar-pelajarnya. Melayu, cina mahupun india mempunyai tahap kefahaman dan cara pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain. Secara kesimpulannya, sosiobudaya merupakan salah satu aspek penting serta secara tidak lansung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan aspek ini kerana ia akan berubah dari zaman ke zaman mengikur peredaran masa. Guru yang berjaya merealisasikan perkara-perkara ini merupakan guru yang berkesan dan cemerlang. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang datang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam

menyatukankepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya.

Anda mungkin juga menyukai