Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PENGENALAN. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru harus meyediakan rancangan pengajaran harian.

Rancangan pengajaran harian (RPH) harus disediakan sehari sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Tanpa rancangan pengajaran harian, seseorang guru itu mengajar ibarat " si buta tanpa tongkatnya". Rancangan pengajaran yang dirancang juga seharusnya mampu menarik minat dan perhatian murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Selesai sesi pengajaran, seorang guru perlu membuat refleksi bagi menilai keberkesanan dan kelemahan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Refleksi membolehkan guru mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran sendiri serta pengajaran muridnya. Seterusnya, hasil refleksi tersebut akan dijadikan panduan untuk guru memikirkan cara untuk memperbaiki sekiranya terdapat kelemahan dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif yang disasarkan. Bagaimanapun, rancangan pengajaran harian bagi prasekolah amat berlainan dengan rancangan pengajaran harian bagi kelas biasa (Tahap 1 dan Tahap 2). Persediaan mengajar disediakan secara menyeluruh dan mengandungi 2 hingga tiga subjek yang diajar dalam 1 hari. Ini kerana, guru pasekolah mengajar semua subjek bagi kelas prasekola melainkan subjek Pendidikan Islam. Berikut merupakan beberapa contoh persediaan mengajar prasekolah yang saya sediakan bagi tahun 2011 mengikut format dan sukatan pelajaran prasekolah yang standard.

Anda mungkin juga menyukai