Anda di halaman 1dari 7

8.

0 RUMUSAN

Topik ini mengandungi huraian tentang rumusan dapatan dan refleksi selepas kajian
dalam penyelidik tindakan.

8.1 Rumusan Dapatan

Persoalan 1 : Dapatkah murid Tahun 5 meningkatkan ketepatan pic nyanyian


dengan menggunakan nyanyian Solfa?

Murid-murid Tahun 5 memang dapat meningkatkan ketepatan pic semasa menyanyi


dengan menggunakan nyanyian Solfa. Jadual dan graf yang ditunjukkan telah
memaparkan peningkatan ketepatan pic semasa menyanyi dengan menggunakan
nyanyian solfa selepas intervensi dan sebelum intervensi. Perbezaan antara fasa-
fasa sangat ketara apabila jarak perbezaan orang tidak dapat menyanyi dengan pic
yang tepat sebelum dan selepas intervensi semakin meningkatkan (rujuk Jadual 7.2
dan Graf 7.2).

Sebelum tindakan intervensi dijalankan, seramai 10.5% murid-murid 5K dapat gred


A dalam ujian pra. Murid yang dapat gred A telah menunjukkan mereka dapat
menyanyi dengan pic yang tepat. Seramai 89.5% murid gagal mendapat gred A
dalam ujian pra. Keputusan didapati selepas penyelidik menjalankan ujian pra
terhadap 38 murid 5K. Murid dihendaki mengajuk balik pic yang dimainkan pada
piano.

Pengajaran dan pembelajaran nyanyian solfa dalam kaedah Kodly telah dirancang
dan dilaksanakan untuk membantu murid meningkatkan ketepatan pic nyanyian.
Melalui pemerhatian, penyelidik mendapati seramai 26.32% murid dapat mengajuk
pic dengan nyanyian dengan tepat dan seramai 21.05% murid dapat menggunakan
nyanyian solfa dengan betul pada intervensi 1. Walaupun 73.68% murid tidak dapat
menyanyi pic so, mi dan la dengan pic yang tepat dengan menggunakan nyanyian
solfa pada intervensi 1 namun ketepatan pic nyanyian mereka telah dipertingkatkan
selepas tindakan intervensi seterusnya dijalankan.

Ujian yang sama telah dijalankan pada kitaran kedua. Keputusan ujian pos
menunjukkan peningkatan bilangan murid yang dapat menyanyi dengan pic yang
lebih tepat sebanyak 31.6%. Berdasarkan keputusan pemerhatian intervensi yang
terakhir, iaitu intervensi keempat, seramai 100% murid dapat menggunakan
nyanyian solfa dengan betul. Mengikut tema temu bual, Peningkatan Kemahiran,
M2, M3, M4, M5 dan M6 juga bersetuju penggunaan nyanyian solfa dapat
membantu mereka dalam kemahiran nyanyian, terutamanya dapat meningkatkan
ketepatan pic nyanyian. Walaupun M1 tidak bersetuju nyanyian solfa dapat
membantukannya dalam meningkatkan ketepatan pic nyanyian dia, tetapi menurut
keputusan ujian pra dan pos serta keputusan pemerhatian, penyelidik mendapati
M1 masih menunjukkan peningkatan dalam ketepatan nyanyian pic dan tidak
bermasalah untuk menguasai kemahiran nyanyian solfa pada intervensi keempat.
Hal ini menunjukkan nyanyian solfa dapat membantu murid Tahun Lima
meningkatkan ketepatan pic nyanyian secara langsung atau secara tidak langsung.

Lantaran itu, dapatan kajian dalam kitaran pertama dan kedua kelas menunjukkan
bahawa nyanyian solfa memang dapat membantu murid dalam meningkatkan
ketepatan pic nyanyian.
Persoalan 2 : Dapatkah murid Tahun 5 meningkatkan ketepatan pic nyanyian
dengan menggunakan tangan isyarat Curwen?

Sebelum intervensi, murid Tahun 5 sememangnya tidak pernah menggunakan


isyarat tangan Curwen untuk menyanyi solfa. Namun begitu, murid mula
menggunakan isyarat tangan Curwen semasa menyanyi sesuatu melodi semasa
intervensi dilakukan oleh penyelidik. Menurut Jadual 8.1, bilangan murid yang dapat
menggunakan isyarat tangan Curwen dengan betul meningkat dari 28.95%
sehingga 100%.

Jadual 8.1 : Keputusan Pemerhatian Terhadap Penguasaan Isyarat Tangan Curwen

Gelungan
Gelungan Kitaran 1
Kitaran 2

Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Intervensi 4

Bil. Murid yang


11 17 29 38
berjaya

Peratusan Murid
28.95 44.74 76.32 100
yang berjaya (%)

Penyelidik mendapati hanya 28.95% murid yang berjaya menggunakan isyarat


tangan Curwen dengan betul pada intervensi pertama. Namun, 100% murid dapat
menggunakan isyarat tangan Curwen dengan betul pada intervensi keempat.
Menurut keputusan ujian pra, hanya 10.5% murid dapat menyanyi keratan melodi
dengan pic yang tepat, namun peratusan ini ditingkatkan sebanyak 31.6% pada
keputusan ujian pos selepas intervensi keempat. Mengikut tema temu bual,
Peningkatan Kemahiran, M2, M4, M3, M5 dan M6 juga bersetuju penggunaan
isyarat tangan Curwen dapat membantu mereka dalam kemahiran nyanyian,
terutamanya dapat meningkatkan ketepatan pic nyanyian. Walaupun M1 tidak
bersetuju isyarat tangan Curwen dapat membantukannya dalam meningkatkan
ketepatan pic nyanyian dia, tetapi menurut keputusan ujian pra dan pos serta
keputusan pemerhatian, penyelidik mendapati M1 masih menunjukkan peningkatan
dalam ketepatan nyanyian pic dan tidak bermasalah untuk menguasai kemahiran
isyarat tangan Curwen pada intervensi keempat. Mengikut tema temu bual, Motivasi,
penyelidik mendapati keyakinan M1 agak rendah, oleh itu, M1 selalu curiga
terhadap kebolehannya. M1 dapat meningkatan ketepatan pic nyanyiannya dengan
lebih baik jika penyelidik bermotivasikan M1 dengan lebih kerap. Walau
bagaimanapun, analisis keputusan pemerhatian, ujian pra dan pos dan temu bual
menunjukkan pendengaran dalaman juga dapat membantu murid Tahun Lima
meningkatkan ketepatan pic nyanyian secara langsung atau secara tidak langsung.
Lantaran itu, penggunaan isyarat tangan Curwen dapat meningkatan ketepatan pic
nyanyian Tahun 5.
Persoalan 3 : Dapatkah murid Tahun 5 meningkatkan ketepatan pic nyanyian
dengan menggunakan pendengaran dalaman?

Sebelum intervensi dijalankan, murid tidak pernah menjalankan latihan


pendengaran dalaman. Latihan ini diberikan pada intervensi kedua, oleh itu, latihan
ini dijalankan dalam tiga intervensi sahaja. Namun begitu, peratusan murid yang
dapat menggunakan pendengaran dalaman untuk mendengar pic dan menyanyi
solfa mengikut isyarat tangan Curwen yang ditunjukkan meningkat dari 36.84%
sehingga 100%. Hal ini menunjukkan murid tiada masalah dalam menguasai
kemahiran tersebut.

Jadual 8.2 : Keputusan Pemerhatian Terhadap Penguasaan Pendengaran Dalaman

Gelungan
Gelungan Kitaran 1
Kitaran 2

Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Intervensi 4

Bil. Murid yang


14 38 38
berjaya

Peratusan Murid
36.84 100 100
yang berjaya (%)

Menurut Jadual 8.2, hanya seramai 36.83% murid yang dapat menunjukkan mereka
dapat menggunakan pendengaran dalaman untuk mendengar pic dan menyanyi
solfa mengikut isyarat tangan Curwen yang ditunjukkan oleh penyelidik pada
intervensi kedua. Mengikut keputusan ujian pra, hanya seramai 26.4% dapat
menyanyi dengan pic yang tepat pada masa itu. Melalui keputusan pemerhatian,
penyelidik mendapati 100% murid dapat menggunakan pendengaran dalaman
untuk mendengar pic dan menyanyi solfa mengikut isyarat tangan Curwen yang
ditunjukkan oleh penyelidik pada intervensi keempat dijalankan. Selepas murid
menjalankan ujian pos, penyelidik mendapati peratusan murid yang dapat menyanyi
dengan pic yang tepat telah meningkatkan sehingga 52.6%.

Mengikut tema temu bual, Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran, M1, M2 dan M6
suka aktiviti Find the Secret Code yang dijalankan pada intervensi terakhir. Aktiviti
memerlukan murid menggunakan pendengaran dalaman untuk mendengar pic
dalam minda mereka dan menyanyi solfa mengikut isyarat tangan Curwen yang
ditunjukkan dalam bentuk rajah. Melalui pemerhatian, semua murid dapat menyanyi
solfa mengikut isyarat tangan Curwen yang ditunjukkan dengan betul. Hal ini
menunjukkan murid dapat menggunakan pendengaran dalaman untuk mendengar
pic atau melodi sebelum mula menyanyi. Mengikut tema temu bual, Peningkatan
Kemahiran, M2, M4, M3, M5 dan M6 juga bersetuju penggunaan pendengaran
dalaman dapat membantu mereka dalam kemahiran nyanyian, terutamanya dapat
meningkatkan ketepatan pic nyanyian. Walaupun M1 tidak bersetuju pendengaran
dalaman dapat membantukannya dalam meningkatkan ketepatan pic nyanyian dia,
tetapi menurut keputusan ujian pra dan pos serta keputusan pemerhatian,
penyelidik mendapati M1 masih menunjukkan peningkatan dalam ketepatan
nyanyian pic dan tidak bermasalah untuk menguasai kemahiran pendengaran
dalaman pada intervensi keempat. Hal ini menunjukkan pendengaran dalaman
dapat membantu murid Tahun Lima meningkatkan ketepatan pic nyanyian secara
langsung atau secara tidak langsung.

Lantaran itu, peningkatan ini merupakan satu peningkatan yang amat


menggembirakan kerana keputusan ujian pra dan pos serta keputusan pemerhatian
menunjukkan bahawa pendengaran dalaman dalam kaedah Kodly dapat
meningkatkan ketepatan pic nyanyian.
8.2 Refleksi Selepas Kajian

Kajian ini menunjukkan penggunaan nyanyian solfa, isyarat tangan Curwen dan
pendengaran dalaman dalam kaedah Kodly dapat meningkatkan ketepatan pic
nyanyian. Penyelidik berpendapat masalah murid seperti tidak dapat menyanyi
dengan pic yang tepat harus diatasi dengan secepat mungkin kerana ketepatan pic
merupakan salah satu komponen yang sangat penting dalam nyanyian. Jika
seseorang murid tidak dapat menguasai aspek tersebut, maka dia akan
menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti nyanyian ataupun mengaplikasi
pengetahuan pendidikan muzik melalui aktiviti nyanyian.

Penyelidik menganggapkan pencapaian ketiga-tiga objektif tersebut merupakan


satu kejayaan yang agak besar kepada penyelidik kerana penyelidik menghadapi
sekumpulan murid yang kekurangan pengetahuan pendidikan muzik, kekurangan
konsep tentang pic dan mengalami masalah untuk mengajukkan pic yang
diperdengar. Selain itu, disebabkan suara baritone penyelidik yang lebih berpic
rendah juga menyebabkan murid tidak mengajuk pic yang diperdengar dengan tepat
pada permulaan intervensi. Penyelidik terpaksa mengambilkan masa yang lebih
panjang untuk membantu murid menyesuaikan diri dengan suara penyelidik yang
berpic rendah semasa menyanyi.

Penyelidik mendapati penggunaan nyanyian solfa, isyarat tangan Curwen dan


pendengaran dalaman bukan sahaja dapat meningkatkan ketepatan pic nyanyian
murid, malahan dapat mengurangkan masa murid untuk belajar sesebuah lagu yang
baru. Penyelidik hanya perlu menunjukkan isyarat tangan Curwen mengikut melodi
yang dikehendaki dinyanyi oleh murid dan murid dapat terus menyanyi solfa melodi
tersebut selepas kemahiran pendengaran dalaman murid dipertingkatkan.
Penyelidik berharap hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh guru, individu serta diri
sendiri kelak untuk memperbaiki mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai