Anda di halaman 1dari 4

Sekadar Renungan bersama Ahli Jemaah Surau Al Falah Kajang Perdana

Umat Islam kurang berdakwah


Oleh : Ustaz Zainudin Hashim

Umat Islam hari ini tanpa disedari ataupun tidak, banyak terlibat dalam melakukan dosa,
sama ada besar ataupun kecil, sengaja ataupun tidak sengaja, sedar ataupun tidak, tetapi
mereka tetap melakukannya, antara dosa atau kesalahan yang dilakukan ialah tidak
menyampaikan apa-apa yang mereka tahu kepada mereka yang tidak tahu atau yang
kurang arif mengenai Islam.

Sebagai contoh, kadang-kadang kita melihat ada seorang muslim yang melakukan solat
fardu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), masjid atau surau dalam keadaan cara
pelaksanaan solatnya tidak mengikut peraturan kaedah solat yang diajarkan oleh baginda
Rasulullah s.a.w. dengan betul lagi tepat, tetapi bagi kita yang melihat, tidak sanggup
untuk menegur, tidak menegur kerana takut, atau tidak ada ilmu, atau kerana malas,
apapun tindakan kita itu menyebabkan orang yang salah dalam beribadat akan terus
merasakan bahawa ibadat solatnya itu betul dan tepat, kerana ia salah sudah tentu ada
muslim yang menegur.

Bayangkan jika 20 tahun dia melakukan solat sedemikian, iaitu solat yang tidak diterima
Allah, maka dia dianggap serupa seperti orang yang tidak bersolat, maka orang yang tidak
menunaikan solat akan ditempatkan dalam api neraka, apakah kita sanggup melihat ada di
kalangan orang Islam yang bertahun-tahun melakukan ibadat-ibadat fardu selain solat
dengan tidak diberi pahala dan seterusnya menjadi penghuni neraka.

Justeru, amal ibadat yang dikerjakan oleh seseorang muslim itu mesti disandarkan kepada
ilmu dan kefahaman yang betul, kerana ia telah disebut dalam disiplin ilmu Usul Fiqh
maksudnya : Semua amal ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu, jika ia tidak
disandarkan kepada ilmu dan makrifat yang betul, maka sesungguhnya amal
ibadatnya adalah tertolak (sia-sia tidak diterima Allah SWT).

1
Begitulah juga dalam persoalan ibadat-ibadat lain yang menitik-beratkan kepentingan dosa
dan pahala, seperti membiarkan muslimat tidak memakai hijab (tudung kepala) atau
menutup aurat dengan sempurna, kita sebenarnya berdosa dan mungkin sahaja dihitung
dalam himpunan golongan orang-orang yang tidak ada iman di sisi Allah SWT, ia
berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : Sesiapa (di kalangan orang
Islam) yang melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia mencegahnya
dengan tangan (kuasa yang ada), jika dia tidak mampu melakukannya dengan
tangan, maka dia merubahnya dengan lidah, jika tidak mampu juga maka dengan
hati (berdoa), itulah selemah-lemah iman.

Apa yang dapat kita fahami daripada keterangan hadis Nabi di atas, bagi yang merubah
mungkar dengan berdoa dianggap sebagai golongan yang lemah imannya, apatah lagi kalu
kita tidak menegur, mencegah atau merubah mungkar, sudah tentu ia boleh disifatkan
sebagai golongan yang tidak ada iman dalam hati mereka, mahukah kita dilabelkan
demikian oleh Allah nanti di akhirat, justeru itu, perhatikan tindakan ketika kita masih
berpeluang untuk melakukannya.

Kewajipan menyampaikan informasi agama kepada ummah

Hal ini telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi sebuah hadis Sohih
riwayat Ibnu Omar r.a. daripada Rasulullah yang bermaksud : Sampaikan daripada aku
walaupun satu ayat, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan
tempat baginya daripada api neraka. Hadis riwayat Imam al-Bukahri dan at-Tirmizi.

Jelas daripada keterangan hadis di atas, bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengarahkan
umatnya agar sentiasa menjalankan kewajipan menyampaikan ajaran Islam sesama
mereka tanpa perasaan prejudis, ia bertujuan untuk menyelamatkan saudara-saudara
seagama daripada terus dirundung malang seperti tidak mampu untuk menguasai ilmu-ilmu
agama yang semestinya mereka wajib pelajari.

Kita cuba sama-sama bertanya pada diri sendiri, mengapa masih tidak mampu untuk
bercakap pada perkara atau urusan agama? Sedangkan kita sudah lama menjadi orang
Islam, sedangkan pada masa yang sama saudara-saudara baru kita bersungguh-sungguh

2
menarik orang lain kepada Islam, mereka mempersiapkan diri dengan informasi agama
dalam pelbagai pendekatan, sedangkan kita yang sudah bergelar saudara lamapun masih di
takuk lama, tidak mahu berubah, kita kata mahu masuk syurga, belajar pun tak mahu,
menguasai ilmu agama pun tidak mahu, apatah lagi untuk menyampaikan maklumat Islam
kepada orang lain, apakah kita rasa kita sudah berbakti kepada agama?.

Apa yang dapat kita saksikan menerusi program-program di kaca TV, ramai orang Islam
petah bercakap mengenai filem, drama, hiburan, sukan tetapi pada masa sama idak berapa
petah atau fasih tentang Islam, rasa janggal dan kekok untuk memperkatakannya, bila
bercakap tidak mampu untuk berlapik dengan ayat-ayat al-Quran walaupun satu ayat
daripadanya, begitu juga dengan hadis-hadis Nabi s.a.w. Sedangkan kita bukan sehari dua
menganut Islam, sudah mencecah puluhan tahun dan diberi banyak peluang untuk
menguasainya, tetapi tidak mahu melakukannya.

Nabi s.a.w. menyarankan kepada kita apa yang termampu kita sampaikan, kalau tahu satu
informasi, sampaikanlah juga kepada orang lain agar mereka juga dapat diingatkan dengan
keindahan Islam, kalau tahu dua sampaikan dua, begitulah seterusnya, apa yang menduka-
citakan banyak pihak di kalangan orang awam, membiarkan maksiat terus berleluasa tanpa
dicegah dan tidak juga menyuruh kepada perkara yang baik-baik yang dijanjikan dengan
pahala yang besar daripada Allah SWT, akhirnya umat terus hanyut dalam lautan
kegelapan dan merasakan tindakan yang mereka selama ini betul belaka.

Hadis di atas juga mengingatkan kepada kita bahawa tidak menjadi masalah dalam agama
Islam jika kita menceritakan perkara-perkara jahat yang dicetuskan oleh orang-orang
Yahudi yang sering merancang untuk melakukan kerosakan dalam alam maya ini, sama
ada kerosakan dari sudut akhlak manusia atau dalam sistem ekonomi agar manusia
tenggelam dalam kancah yang dihina oleh Allah SWT.

Bani Israel (Yahudi) merupakan makhlak perosak yang mencipta segenap perancangan
jahat untuk memusnahkan bangsa manusia seluruhnya, perkara ini telah dibongkar oleh al-
Quran yang menjadi pedoman umat Islam hingga hari kiamat, siapa yang berjaya
menguasainya pasti akan selamat sebaliknya siapa yang mendustakannya pasti tidak akan

3
selamat di akhirat.

Seperkara lagi yang diingatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadis berkenaan,
larangan kepada umat Islam dari melakukan tindakan berani dengan membohongi ajaran
baginda, mendustai Nabi bermaksud, kita bercakap dan menyandarkan kata-kata itu
kepada Rasulullah, sedangkan apa yang kita cakap tidak pernah dinyatakan oleh baginda,
begitulah tindakan sebaliknya, menafikan sunnah baginda juga boleh dianggap sebagai
tindakan membohongi baginda s.a.w. Akibatnya seseorang itu layak dimasukkan dalam api
neraka dengan bangkunya yang disediakan daripada api neraka juga.

Anda mungkin juga menyukai