Anda di halaman 1dari 1

Saya berasa amat berbesar hati kerana dapat menulis sepatahdua kata untuk buku tulisan bakal ibu

mertua saya puan xxx .saya dapati beliau merupakan seprang yang luas pengalamannya mengenai selok-belok rumah tangga .beliau mencurahkan ilmu pengetahuan serta pengalaman mengenai asas jahitan.kaum-kuam ibu ,para wanita dan tidak ketinggalan juga kaum lelaki yang berminat ,dapat memperolehi panduan-panduan penting di dalam bentuk yang serba ringkas dan padat .Adalah amat membanggakan bagi kaum2 ibu mahupun anak2 gadis jika mereka belajar menjahit ,sekurang-kurangnya hasil jahitan mereka itu boleh dijadikan buah tangan untuk suami ataupun orang yang disayangi. Menjahit merupakan satu aktiviti yang menyeronokan .Ia boleh dijadikan sebagai hobi mahupun sebagai sumber mata pencarian .ia dapat membantu anak-anak gadis mengisi masa lapang mereka dan membantu ibu mencari mata pencarian tambahan .Menjahit juga boleh membentuk personality yang unik.Ia dapat membentuk jiwa seseorang itu supaya cermat dalam apa jua kerja yang dilakukannya .Ini dapat dilihat apabila kita melakukan sembatan pada kainkain baju .Menyembat kain tidak boleh dilakukan seara tergopoh-gapah.

Anda mungkin juga menyukai