Anda di halaman 1dari 1

Apakah itu Batu Karang?

Author: azmi-smp oum

Malaysia adalah sebuah negara yang dikelilingi laut dan mempunyai kawasan pantai yang luas dan
panjang. Di kawasan tersebut terdapat pulau pulau dan terumbu karang yang mengelilinginya. Di sana
terdapat berbagai jenis batu karang dan hidupan terumbu. Dalam artikel ini kita cuba menghuraikan
tentang haiwan batu karang yang seni itu.

Batu karang adalah haiwan walaupun ianya kelihatan seolah-olah batu batan tidak bernyawa yang
kerap kali dilihat memutih di atas pantai disepak ombak. Namun pada hakikatnya batu karang adalah
sebahagiannya batu kerana hanya sebahagian luarnya yang nipis sahaja yang didiami oleh haiwan
hidup selebihnya adalah rangka batu. Boleh juga kita andaikan batu karang sebagai satu pokok besar
yang mana bahagian dalamnya yang keras itu menjadi penyokong dan bahagian luarnya adalah haiwan
yang hidup dan membesar. Seperti mana juga pokok, kebanyakan batu karang menetap secara kekal
pada sesuatu tempat dalam terumbu.

Serpihan batu karang mati yang memutih di atas pantai adalah batu karang mati yang telah sekian lama
dihempas ombak dan dibawa arus terutama sewaktu musim tengkujuh. Sebab itu lah kadangkala kita
lihat pasir dipantai surut dan kadang kala pula bertimbun penuh, cth; Jeti Taman Laut Pulau Redang.
Ianya tertakluk kepada edaran pasir mengikut arus dan musim.

Batu karang umumnya hidup di dataran terumbu luar dan di air yang lebih dalam. Walaupun struktur
atau bentuk batu karang adalah berbeda-beda, namun haiwan batu karang yang hidup di permukaannya
adalah hampir sama. Kesemuanya kelihatan seperti buran buran kecil, atau obor-obor terbalik. Mereka
mempunyai sesungut yang menampakkan batu karang kelihatan pudar sewaktu sesungut dijulurkan
keluar. Setiap haiwan batu karang ini dipanggil polip, tetapi satu cabang batu karang atau satu bungkah
batu karang yang hidup di terumbu itu sebenarnya terdiri dari koloni ribuan polip polip halus yang
hidup berhimpit2 diantara satu sama lain lantas kelihatan kepada kita seolah-olah ianya satu haiwan.

Anda mungkin juga menyukai