Anda di halaman 1dari 5

2.1.

2 Definisi Mendengar

Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran.

Menurut Yahya Othman dalam buku Pedagogi Bahasa pula menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.

Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar yang berkesan perlu ditekankan supaya pelajar dapat menguasai semua mata pelajaran ketika di dalam kelas.

Pendengaran (listening) merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama dalam proses komunikasi. Tetapi, aktiviti ini diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang serius oleh kebanyakan orang.

Menurut seorang pakar komunikasi, Paul Rankin (1929), 70% daripada waktu tidak tidur kita dalam sehari digunakan untuk berkomunikasi dan 45% pula digunakan

untuk mendengar sesuatu. Manakala 30% lagi digunakan untuk percakapan atau perbualan, sebanyak 16% daripada masa komunikasi anda digunakan untuk bacaan dan hanya 9 % masa anda dihabiskan untuk penulisan. Kajian yang telah dibuat oleh kebanyakan pakar menunjukkan bahawa kira-kira 85% daripada pengetahuan kita diperolehi melalui pendengaran.

Menurut Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya iaitu Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia menyatakan , kajian terhadap murid-murid sekolah tinggi pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah menggunakan 46% daripada masa mereka di sekolah untuk mendengar sahaja dan 60% daripada aktiviti pendengaran itu adalah untuk mendengar percakapan guru. Seterusnya, terdapat beberapa kaji selidik yang dijalankan yang berkaitan tentang kepentingan kemahiran mendengar yang diajar di luar dan dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, kemahiran mendengar ini merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.

2.4.1 Definisi Menulis Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang. Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, Menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini. Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi

ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.

Perbandingan dan perbezaan kemahiran berbahasa dalam bahasa Melayu

Konsep Lisan i. Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengari, difahami dan diingati. ii. Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Bacaan Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses pemikiran yang membina. Maksud beliau, dengan membaca, seseorang itu harus dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.

Tulisan

Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.

Jenis-jenis Lisan i. Mendengar ii. bertutur Bacaan i. Bacaan Mekanis (Bersuara) ii. Bacaan Mentalis (Senyap) iii. Bacaan Intensif (Pantas dan Imbasan) iv. Bacaan Ekstensif v. Bacaan Rekreasi vi. Bacaan Kritis Tulisan i. Kemahiran Menulis Secara Mekanis ii. Kemahiran Menulis Secara Mentalis (Pelahiran).

Tujuan Lisan Tujuan mendengar : i. Mendengar bunyi alamiah ii. Kefahaman mendengar (percakapan) Tujuan bertutur : i. Bercakap untuk tujuan memaklumkan ii. Bercakap untuk keseronokkan iii. Bercakap untuk tujuan mempengaruhi iv. Bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah v. Bertutur untuk menzahirkan emosi dan idea Bacaan i. Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari

segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tandatanda bacaan dengan baik (Bacaan Intensif). ii. Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan (membaca senyap). iii. Membolehkan murid-murid membaca dengan cepat dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas (membaca mekanis) Tulisan i. Memberi Respons ii. Komunikasi iii. Ekspresi Kendiri iv. Sifat Sejagat v. Mengikut Peraturan vi. Mengikut Peraturan vii. Proses Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai