Anda di halaman 1dari 3

TENAGA ANGIN Istilah tenaga angin atau kuasa angin memerihalkan proses di mana angin digunakan untuk menjana

kuasa mekanik dan elektrik. Turbin angin menukarkan tenaga kinetik dari angin kepada tenaga mekanik. Tenaga mekanik ini dapat digunakan untuk keperluan tertentu (misalnya untuk pengisaran bijirin atau untuk

mengepam air) atau dengan menggunakan penjana, tenaga mekanik ini ditukarkan menjadi tenaga elektrik yang boleh digunakan untuk keperluan rumah tangga, premis perniagaan, sekolah dan sebagainya. Barat Daya bertiup dari bulan Mei hingga bulan September. Oleh sebab kedudukan negara, laju angin di kawasan ini dikategorikan rendah. Kelajuan angin tertinggi hanya berlaku di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia semasa monsun Timur Laut. Kelajuan maksimum ini berlaku pada saat sebelum matahari terbit. Fenomena ini berlaku kerana olakan lapisan sempadan permukaan apabila permukaan bumi dipanaskan oleh matahari pada waktu siang dan didinginkan secara sinaran pada waktu malam. Dalam mempertimbangkan pengunaan sumber-

sumber tenaga yang dapat diperbaharu di negara-negara membangun dan kawasan luar bandar di negara maju, tenaga angin dapat dianggap sebagai alternatif kepada enjin disel. Dari aspek ekonomi, tenaga angin lebih menguntungkan negara bagi penukaran tenaga terutama di kawasan luar bandar.

KEGUNAAN TENAGA ANGIN

KESAN KEPADA ALAM SEKITAR

- mengepam air dan untuk menghasilkan udara termampat. - menjana elektrik -Menyediakan tenaga untuk peranti mekanik

Hanya kesan negatif yang kecil kepada alam sekitar. Loji penjanaan idak menghasilkan gas rumah hijau. Menghasilkan suasana bising burung-burung yang terbang akan terbunuh apabila terlanggar bilahbilah yang sedang berpusing akan berlaku

KEKURANGAN

Angin tidak selalu dapat diramalkan dengan tepat (kadang-kadang ada hari yang tidak berangin) Kawasan yang sesuai untuk loji angin adalah di kawasan pantai yang harga tanah biasanya mahal.

KELEBIHAN

Angin tersedia dengan percuma dan tidak memerlukan bahan bakar. Tidak menghasilkan sisa buangan gas rumah hijau. Tanah yang digunakan untuk mendirikan menara masih dapat digunakan untuk keperluan lain.

Orang biasanya beranggapan mendirikan menara angin mengganggu pemandangan. Boleh mengganggu penerimaan siaran TV jika tinggal berdekatan dengan menara.

Penjana angin menimbulkan bunyi bising yang berterusan siang dan malam.

Anda mungkin juga menyukai