Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN HARI PERTAMA 6/4/2014 (AHAD)

Pada hari ini, saya dan rakan praktikum yang lain tiba di sekolah pada pukul 7.15 pagi. Seperti biasa setelah tiba di sekolah, kami terlebih dahulu merekod kehadiran kami di pejabat. Perhimpunan pada hari ini terpaksa dibatalkan ekoran cuaca yang tidak mengizinkan, hujan yang turun sejak subuh lagi. Kami kemudiannya berjumpa dengan guru pembimbing masing-masing untuk mengemas kini dan menyemak buku persediaan mengajar dan portfolio praktikum utk minggu pertama. Ada beberapa perkara yang ditegur oleh guru pembimbing saya seperti kandungan buku yang kurang lengkap, kekemasan dan juga pembahagi buku. Teguran dan nasihat yang diberikan ini kami terima dan akan melakukan yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Pada hari ini, sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) tidak dapat dijalankan oleh kerana terdapatnya Majlis Perujian Tilawah, Hafazan Al-Quran, Bercerita dan Nasyid Zon Hulu Besut 2014. Sekolah kami menjadi tuan rumah pertandingan pada tahun ini. Saya telah ditugaskan untuk menjadi penjaga masa bagi kategori nasyid. Setelah selesai majlis penutup, kami semua dijemput untuk makan tengahari dan kemudiannya semua bersurai. Sesi PNP yang telah ditangguhkan pada hari ini akan saya adakan pada sesi yang seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai