Anda di halaman 1dari 3

JURNAL Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Tajuk Jurnal Masalah Pada minggu yang kedua ini, saya

memulakan sesi pengajaran pada hari Selasa selepas mengambil cuti selama 2 hari atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Saya memulakan sesi pengajaran dalam kelas 2 Amanah pada hari Selasa, 3 Amanah pada hari rabu dan 4 Bersih pada hari Khamis. Sepanjang sesi pengajaran, pelbagai ragam murid yang terpaksa saya hadapi. Murid agak sukar untuk mendengar dan mematuhi arahan daripada saya. Kadang kala, mereka tidak mengendahkan arahan daripada saya. Tambahan itu, murid juga suka merayau-rayau, bermain, dan mengacau murid lain pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Muridjuga tidak menumpukan sepenuh perhatian pada sesi pengajaran. Analisis Masalah tingkahlaku murid ini berlaku mungkin disebabkan sikap saya yang tidak begitu tegas kepada murid-murid pada sesi berkenalan di minggu yang pertama. Pada sesi berkenalan bersama murid, saya lebih menunjukkan sikap lembut dan ramah mesra terhadap murid dan tidak menunjukkan ketegasan yang perlu ada pada seseorang guru.hal ini telah menyebabbkan mereka hilang hormat kepada saya dan berani untuk tidak mematuhi arahan daripada saya. : Ke-2 : Kedua : 8 April 2014 hingga 10 April 2014 : Masalah Tingkahlaku Murid

Cadangan Untuk Memperbaiki Saya patut membaca dan mengkaji buku-buku yang berkaitan dengan tingkahlaku murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menghadapi murid-murid yang mempunyai pelbagai tingkahlaku semsa sesi pengajaran di dalam kelas. Saya sepatutnya bersikap lebih tegas semsa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Hal ini bagi memastikan murid menghormati guru dan menumpukan perhatian pada pengajaran dalam kelas. Selain itu, saya juga perlu mengadakan aktiviti hands on agar murid dapat memgambil bahagian dalam sesi pengajaran dan dapat mengurangkan kelekaan murid untuk bermain. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing atau pensyarah pembimbing untuk mengatasi masalah tingkahlaku murid. Tempoh Masa Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini dalam masa seminggu yang akan datang. Pengurusan tingkahlaku murid adalah penting bagi memastikan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta guru-guru yang mengajar dalam kelas tersebut untuk memberi penilaian terhadap kejayaan saya. Saya juga akan meminta pandangan daripada guru pembimbing saya. Tindakan Susulan Saya akan bersikap tegas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juka akan menyediakan token agar murid akan menunjukkan sikap positif kerana takut akan kehilangan token mereka.

Disemak oleh Guru Pembimbing, Penyelia

Disahkan oleh Pensyarah

Tandatangan : ............................ ................................ Nama Tarikh : ............................ : ............................ Nama

Tandatangan :

: ............................... Tarikh :

................................

Anda mungkin juga menyukai