Anda di halaman 1dari 3

TAN MAY BAO 2 PISMP PC/PJ/RBT REFLEKSI Setiap guru pelatih 2 PISMP telah diwajibkan untuk menyertai satu

kokurikulum permainan sebanyak 1 kredit yang bersamaan dengan 30 jam pada semester berkenaan. Tanpa pertimbangan, saya terus memilih untuk menyertai dalam kokurikulum permainan bola lisut kerana saya sangat berminat terhadap permainan ini sejak saya kecil lagi. Pilihan ini juga dibuat disebabkan saya tidak pernah menyertai permainan bola lisut sebelum ini kerana permainan ini tidak disediakan di sekolah rendah dan menengah. Pada mulanya saya menyertai permainan bola lisut ini, saya telah menghadapi kesusahan untuk membaling dan menyambut bola. Namun demikian, kesusahan ini dapat diselesaikan dengan adanya pensyarah pembimbing kokurikulum permainan bola lisut, En. Abdul Rahman Bin Moidu. Beliau sangat sabar dalam menerangkan dan menunjukkan cara untuk membaling dan menyambut bola terhadap kami. Kaedah berlatih secara berpasangan yang telah beliau gunakan dalam melatih kemahiran bola lisut kami amat berkesan di mana kami dapat belajar dua kemahiran iaitu kemahiran membaling dan menyambut bola pada satu masa dan kaedah ini dapat meningkatkan kerjasama antara kumpulan kami. Kemahiran membaling dan menyambut bola saya telah bertingkat selepas berlatih secara beransur ansur. Namun demikian, saya tetap berasa kabur terhadap peraturan bola lisut seperti larian bes, memicing dan memukul bola. Untuk membolehkan kami lebih memahami tentang peraturan bola lisut, En. Abdul Rahman Bin Moidu telah mengadakan latihan seperti dalam pertandingan sebenar. Semasa berlatih, kami telah diberi peluang untuk bermain sebagai pemukul bola, picer dan catcher. Kami juga didedahkan dengan pengadilan bola lisut dengan menjadi pengadil bagi pertandingan bola lisut kecil itu. Semasa bermain sebagai pemukul bola, kami juga berpeluang untuk belajar cara berlari bes yang betul. Secara tidak langsung, kaedah latihan secara pertandingan ini telah mendedahkan situasi pertandingan bola lisut yang sebenar kepada kami dan meningkatkan semangat belajar kami untuk menjuarai pertandingan tersebut.

TAN MAY BAO 2 PISMP PC/PJ/RBT Kokurikulum permainan bola lisut telah mendatangkan banyak manfaat kepada saya. Saya telah mendapat banyak pengalaman dan kemahiran melalui gerko bola lisut ini seperti belajar kemahiran membaling bola, menyambut bola dan sebagainya. Secara tidak langsung, pengetahuan saya mengenai bola lisut juga bertambah di mana saya boleh mengetahui secara lebih mendalam mengenai sejarah, peraturan dan kemahiran bola lisut. Pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat semasa menyertai gerko bola lisut di IPGKTB ini amat membantu saya apabila saya mengajar di sekolah rendah nanti. Tidak dapat dinafikan bahawa kokurikulum permainan bola lisut juga meningkatkan sikap kerjasama dalam kalangan pemain bola lisut. Semasa kokurikulum permainan bola lisut dijalankan, saya sedar bahawa setiap ahli pasukan perlu bekerjasama untuk mendapat kemenangan dalam

pertandingan. Tanpa kerjasama daripada setiap ahli pasukan, kemenangan adalah sangat susah untuk dicapai. Melalui gerko bola lisut, saya juga sedar bahawa kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang tidak kira di mana kita berada termasuklah dalam sukan bola lisut. Seseorang pemain perlu mematuhi peraturan dan undang-undang bola lisut dalam pertandingan bola lisut. Secara langsungnya, disiplin kami telah ditingkatkan dengan mematuhi peraturan peraturan ini. Sebagai seorang guru pelatih, saya juga sedar bahawa saya perlu melengkapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan di mana-mana bidang seperti bidang sukan bola lisut sebelum saya melangkah ke alam persekolahan. Setiap guru pelatih perlu dibekalkan dengan ilmu sukan dan permainan agar dapat disalurkan kepada murid-murid di sekolah rendah nanti terutamanya guru pelatih yang mata pelajaran major atau minornya ialah Pendidikan Jasmani seperti saya. Saya perlu menyalurkan informasi tentang kepentingan menjaga kesihatan dengan bersukan seperti bermain permainan bola lisut kepada murid-murid sekolah rendah. Dengan itu, generasi sihat dan cerdas dari segi jasmani, intelek, emosi, sosial dan rohani dapat dilahirkan untuk menjamin masa depan negara kita.

TAN MAY BAO 2 PISMP PC/PJ/RBT Melalui kokurikulum permainan bola lisut, saya juga belajar cara melatih murid murid untuk menguasai kemahiran dalam sesuatu permainan. Cara yang digunakan oleh pensyarah pembimbing En. Abdul Rahman Bin Moidu untuk melatih kemahiran bola lisut amat berguna untuk kami mengajar murid murid di sekolah nanti. Saya telah belajar untuk mengajar kemahiran sesuatu permainan secara ansur maju. Saya telah mendapati bahawa ansur maju adalah sangat penting terutamanya bagi murid murid sekolah rendah di mana mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan sepenuhnya sekiranya diajar dari senang ke susah. Untuk mengukuhkan kemahiran murid murid dalam bermain sesuatu permainan, latih tubi yang En. Abdul Rahman Bin Moidu juga dapat diaplikasikan dengan sepenuhnya. Secara keseluruhan, kokurikulum permainan bola lisut telah

membolehkan saya menjadi lebih mahir dan berpengetahuan dalam sukan bola lisut. Saya juga mahu mengaplikasikan ilmu yang saya dapat dalam gerko bola lisut secara pratikal dan teorinya di sekolah yang akan saya ditempatkan nanti di samping membantu memartabatkan sukan dan permainan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah serta menguatkan stamina mereka supaya mereka dapat menjamin kesihatan mereka. Pengetahuan ini juga dapat membantu saya untuk mencapai matlamat Badan Cergas, Otak Cerdas dalam kalangan murid murid di samping dalam usaha membentuk modal insan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai