Anda di halaman 1dari 8

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Sarawak

Aliran Pemikiran
ELM 3103

Intuitionis

Rasionalis
Pensyarah : Encik Mustafar
Pembentang : Allan Bacelon anak Gunben

Aliran Pemikiran Intuitionis


Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru pertama kali menemui orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka tahu perkaraperkara seperti ini. Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi. Perkataan intuisi berasal daripada perkataan Latin intueor yang bermakna saya memandang tepat kepada sesuatu. Ia merupakan satu proses melihat atau memahami secara intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung. boleh

Aliran Pemikiran Intuitionis


Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu.

Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan spontan celik akal. Kemunculan idea yang secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran ini.

pemikiran meledak terhadap pemikiran

Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya bentara.

Aliran Pemikiran Intuitionis


Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah: Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia. Sekiranya Ali, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, Cis! Pensyarah itu memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.

Aliran Pemikiran Rasionalis


Rasionalis berasal daripada perkataan bermakna reason atau sebab. ratio yang
Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik. Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat.

Aliran Pemikiran Rasionalis


Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai pendangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri. Mengikut pandangan ini, pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan idea-idea lain.

Aliran Pemikiran Rasionalis


Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:
Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui, maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui. Dua tambah dua bersamaan dengan empat. Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180 atau dua sudut tepat.

Sekian

Anda mungkin juga menyukai