Anda di halaman 1dari 3

a.

Membuat penilaian berkaitan projek yang telah dipilin dalam membangunkan diri individu sebagai seoarang guru yang berwibawa. Kebolehan menganalisis pengalaman yang dilalui semasa Projek Pembelajaran Berkhidmat dilaksanakan amat ditekankan. Secara keseluruhannya, projek yang telah dipilih dalam membangunkan diri individu sebagai seorang guru yang berwibawa dapat membentukkan diri guru yang bertanggungjawab. Hal ini kerana seorang guru tersebut akan bertanggungjawab untuk melaksanakan projek yang dipilih dengan baik semungkin. Selain itu, guru tersebut juga akan mendidik anak muridnya dengan lebih bertanggungjawab. Hal ini kerana guru tersebut telah menerima ilmu pendidikan yang sempurna. Maka, guru tersebut akan mendidik anak muridnya dengan baik semungkin. Melalui ilmu pendidikan yang diterimakan oleh guru tersebut, guru tersebut akan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni yang berguna kepada para pelajar supaya setiap pelajar dapat mengamalkan nilai murni dengan baiknya. Sehubungan itu, melalui projek yang diamalkan oleh guru tersebut, dipercayai guru juga akan sedar betapa pentingnya Pembelajaran Berkhidmat perlu dilaksanakan oleh setiap individu. Hal ini kerana melalui pelaksanaan Pembelajaran Berkhidmat, guru tersebut akan memberi tahu kepada anak muridnya supaya Pembelajaran Berkhidmat yang diamalkan oleh mereka semasa berada di sekolah rendah lagi dapat membentukkan jati diri para murid. Dengan itu, dapat melahirkan mereka yang memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan masyarakat tempatan. Di samping itu, melalui projek yang telah dipilih ini akan dapat menyedarkan guru bahawa pembahagian tugas untuk melaksanakan tugas adalah sangat penting. Hal ini kerana pembahagian tugas amat diperlukan. Sekirannya hanya bergantung dengan satu tenaga guru, dipercayai bahawa tugas tersebut tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Oleh pembahagian tugas amat penting terutamanya dalam melakukan sesuatu tugas.

Selain itu, melalui projek yang telah dipilih ini dapat membangunkan diri individu sebagai seoarang guru yang berwibawa. Hal ini kerana Pembelajaran Berkhidmat merupakan komponen amali Pendidikan Sivik Kewarganegara yang memerlukan penglibat guru atau murid-murid dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini dalam projek tersebut boleh membantu dan meningkatkan imej diri sekolah dan komuniti. Melalui projek ini, guru dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai Sivik dan Kewarganegaraan yang dipelajari semasa mereka berada dalam kuliah. Guru juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini, guru dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Sekian, terima kasih.

b. Pengetahuan baharu yang dicapai. Pengetahuan baharu yang dicapai iaitu melalui Pembelajaran Berkhidmat ini, misalnya melukis mural yang bertema 1Malaysia ini dapat menyedarkan kami bahawa tanggungjawab untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Selain itu, melalui projek ini, saya juga sedar bahawa nilai bekerjasama amat perlu diamalkan oleh setiap individu yang melakukan sesuatu projek tersebut. Tanpa nilai bekerjasama, sesuatu projek yang dirancangkan tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan kerana mereka enggan bekerjasama dan masing-masing hanya pentingkan diri sahaja. Sehubungan itu, melalui projek ini, saya juga mengetahui bahawa perlantikan jawatankuasa amat perlu. Ini kerana dengan perlantikan

jawatankuasa, setiap individu mempunyai tugasnya masing-masing. Dengan itu, tugas yang dibahagikan dapat dilaksanakan dengan saksama dengan mereka tidak berasa tugasan yang dipilih seolah-olah pilih kasih. Melalui tugasan yang diagihkan, maka mereka akan melakukan tugas tersebut dengan hati yang terbuka dan tanpa sebarang bantahan. Akhir kali, pengetahuan baharu yang dicapai iaitu setiap projek yang dikendalikan akan mendidikkan kita menjadi lebih pengalaman. Hal ini kerana kita yang pernah melakukan projek ini semasa berada di sekolah. Ini secara langsungnya, apabila kita sebagai seorang guru yang mengajar di sekolah nanti, kita juga memberikan projek ini kepada anak murid dan mengajar mereka cara untuk melaksanakan projek tersebut yang pernah dilaksanakan oleh kita semasa berada di sekolah. Ini dapat melahirkan mereka memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dan masyarakat tempatan pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai