Anda di halaman 1dari 3

Nama: Wong Vun Sen Opsyen: PC (1) Sem 3 Tema cerita: Sesal kemudian tidak berguna Alex merupakan

anak bongsu kepada Encik Peter . Encik Peter sangat sibuk dalam pengurusan hotel. Pada sesuatu hari, Encik Peter ada urusan hendak pergi berjumpa dengan pelanggan di Hotel Beverly. Wang saku RM 100 ada di dalam laci meja Alex. Begitulah kehidupan harian Alex. Setiap hari dia disuakan dengan kemewahan materialistik. Walaupun begitu, hidupnya tidak pernah berasa bahagia. Rasa kecewa dan kesunyiannya dilampiaskan kepada jalan yang salah seperti berlumba motor haram lantaran kesibukan bapanya yang mengejar habuan duniawi tanpa mengambil berat terhadapnya. Pada sesuatu hari, ketika Alex merayau-rayau di kawasan Suria, dia terlanggar seorang gadis yang sedang berlalu di hadapan Alex. Pada mulanya, Alex mahu marah gadis itu. Tetapi setelah mendengar gadis itu yang telah memohom maaf daripada Alex dengan suara yang lembut, Alex berkata Eh, tak peh la. Lagipun saya yang bersalah. Nama saya Alex,siapa nama awak? Kata Alex yang sambil menghulurkan tangan.: Nama saya Joan, balas gadis itu sambil tersenyum. Sejak hari itu, mereka semakin rapat bagai merpati dua sejoli. Bibit-bibit cinta mula mekar di hati mereka. Oleh kerana Joan terlalu menyayangi Alex, dia selalu menasihati Alex supaya menghentikan tabiat suka berlumba itu tetapi Alex tidak mengendahkannya. Nasihat Joan bagai mencurahkan air ke daun keladi. Suatu hari, Alex merancang untuk memberi kejutan kepada Joan

semasa menyambut hari lahirnya yang ke-23 tahun. Pada fikiran Alex, Joan perlu dibawa ke tempat perlumbaan haram untuk merasai pengalaman berlumba, bah kata pepatah tak kenal maka tak cintai. Hati Joan berdegup kencang apabila Alex membawanya berjumpa dengan rakan-rakan Alex yang terlibat dengan kegiatan haram itu. Joan memarahi Alex yang tidak mahu mendengar

nasihatnya. Malangnya Alex hanya memekakkan telinga dan terus membawa Joan berlumba di jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Adat perlumbaan, siapa cepat dan terpantas dialah juara. Bagai helang menyongsong angin, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi oleh Alex meninggalkan rakan-rakannya jauh di belakangnya. Sebelum pun sempat kegembiraan bertamu di hati Alex, tiba-tiba sebuah lori datang tepat menghala ke arah motosikalnya. Dum!. Lori itu terlanggar mereka berdua. Tubuh Joan terpelanting ke udara dan terhempus di atas jalan raya. Alex pula sempat terjun dari motosikalnya sebelum dilanggar lari itu. Darah merah membasahi jalan raya. Joan hanya tinggal nyawa-nyawa ikan ketika Alex memangkunya. Alex , awak janganlah terlibat lagi dengan kegiatan haram ini. Saya menyayangi awak. Kata Joan terputus-putus. Itulah ayat terakhir yang dilafazkan oleh Joan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Sejak hari itu, Alex telah meninggalkan dunia lumba motor haram.

Nasihat Joan masih terngiang di telinganya. Namun dia menyesal kerana tindakannya ini tidak dapat menebus kembali kehilangan orang yang amat disayanginya itu. Tetaplah kata sesal kemudian tidak berguna yang selalu

diucapkan oleh Joan kepadanya. Kini, bagi menebus kesilapnya itu, Alex bergiat aktif memberi ceramah kepada cara remaja seusia dengannya supaya menjauhi aktiviti haram ini.

Anda mungkin juga menyukai