Anda di halaman 1dari 32

Bakir bin Mahadi

012 725 4129 bakirmahadi@yahoo.co.nz bakir@iptho.edu.my

Konsep Asas Moral


konsep moral konsep akhlak konsep etika konsep baik; benar; patut aliran pemikiran naturalis aliran pemikiran emotivis aliran pemikiran intuisionis aliran pemikiran rasionalis

Konsep Moral
moral berasal dari bahasa Yunani morales = tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.

seseorang individu dikatakan bermoral jika ia mengamalkan nilai-nilai murni seperti baik hati, belas kasihan, merendah diri, dsb
perbincangan:

Ketika berjalan seorang diri menuju ke pasar raya, Emy terjumpa satu dompet orang lain yang tercicir di tepi jalan. Tiada sesiapa melihatnya, dia boleh menyimpannya kalau dia mahu, tetapi, Emy segera menyerahkannya kepada pegawai polis.

Beri pendapat anda tentang moral yang di tunjukkan oleh Emy

Khamis 3 Disember, 2010

Polis Rampas Satu Kilogram Ganja, Tahan Dua Warga Thailand


LANGKAWI: Polis Langkawi menahan dua lelaki warga negara Thailand serta merampas satu kilogram ganja di Sungai Kilim di sini hari ini. Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 30an diberkas ketika sepasukan polis dari Bahagian Narkotik Langkawi menyerbu sebuah bot kecil pada 2 petang tadi, kata Ketua Polis Langkawi Supt Ishak Hassan. Beliau berkata ketika pemeriksaan dilakukan, dua lelaki itu didapati tidak memiliki dokumen perjalanan. BERNAMA

Konsep Akhlak
Akhlak ialah perilaku, pekerti yang ditunjukkan melalui tingkahlaku, tutur kata, pemikiran, sikap dan tindakan seseorang individu. Seseorang individu tidak dilahirkan terus berakhlak mulia. Akhlak mulia dibentuk melalui pendidikan, asuhan dan ajaran agama. Di sesetengah tempat, minum arak dalam majlis bukan suatu kesalahan, tetapi agama Islam mengharamkan arak kerana boleh menyebabkan mabuk dan merosakkan akhlak. Apakah perbezaan antara moral dan akhlak?

Konsep Etika
berasal dari perkataan Yunani ethos = adat atau cara hidup. Etika adalah satu bidang kajian mengenai tingkah laku manusia. Kajian tentang falsafah moral, bagaimana berkelakuan baik, tanggung jawab individu, dsb. Etika memberi panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan untuk semua orang. Contoh: etika keguruan, etika wartawan, etika keguruan, etika perniagaan, dsb

contoh: etika perniagaan

seorang peniaga beras telah mencampurkan beras yang berkualiti dengan beras bermutu rendah dan menjualnya dengan harga beras berkualiti tinggi untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Perbuatan menipu pengguna ini adalah salah menurut etika perniagaan.

RUMUSAN
moral ialah tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat akhlak ialah perilaku, pekerti yang ditunjukkan melalui tingkahlaku, tutur kata, pemikiran, sikap dan tindakan seseorang individu etika ialah satu bidang kajian mengenai tingkah laku manusia suatu peraturan untuk kesejahteraan semua pihak

Anda mungkin juga menyukai