Anda di halaman 1dari 7

Situasi semasa sedang menaiki bas.

Murid 1 : kawan-kawan cikgu berpesan supaya kita beratur dan menaiki bas mengikut giliran masing-masing. Semua murid beratur dan menaiki bas mengikut giliran. Murid 2 : kita dilarang untuk berdiri di dalam bas. Murid 3 dan 4 : kita hendaklah duduk di kerusi masingmasing. Murid 5 dan 6 : selain itu, kita juga dilarang untuk menjenguk dan mengeluarkan tangan daripada tingkap.

Situasi semasa melintas jalan. Murid 1 : cikgu berpesan kita sebelum melintas jalan hendaklah melangkah 1 langkah kebelakang . Murid 2 : Kemudian, lihat kanan, kemudian lihat kiri, kemudian kanak semula. Murid 3: seterusnya , dengar bunyi kereta untuk memastikan tiada kenderaan. Murid 4,5,6 : dan lintaslah dengan selamat.

Situasi semasa hendak memulakan perjalanan menaiki kenderaan. Kereta. Ayah : baiklah semua, sebelum kita bertolak semua orang dikehendaki memakai tali pinggang keledar masing-masing. Ibu : selain itu, penumpang belakang juga perlu memakai tali pinggang keledar. Anak : baiklah ibu, ayah . saya akan memakai tali pinggang keledar.

Motosikal. Ayah : anak, kita hendaklah memakai topi keledar semasa hendak menunggang motosikal. Anak : baiklah ayah, saya akan memakai topi keledar saya.

Situasi semasa berlaku kemalangan jalan raya Murid 1 : seorang telah melanggar murid 2 Murid 2 : terjatuh ke lantai . aduh, sakitnya! Tolong saya! Murid 3 : abu, cepat telefon nombor 999 supaya ambulan dapat sampai. Murid 4 : baiklah saya telefon sekarang. Hello talian kecemasan? Saya hendak melaporkan rakan saya terlibat dengan kemalanga. Murid 5 dan 6 (ambulan ): baiklah, kami akan datang dengan segera.

Situasi semasa membeli makanan di kantin. Murid 1 : watak sebagai penjual di kantin Murid 2 : sebagai pengawas bertugas menjaga barisan di kantin. Murid 3 : cikgu berpesan supaya kita beratur dan tidak berebut-rebut semasa membeli makanan. Murid 4, 5,6 : baiklah.

Anda mungkin juga menyukai