Anda di halaman 1dari 2

0.1 2.

0 Islam
menganjurkan umatnya supaya berperilaku dengan akhlak yang mulia. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri amat menekan dan menegaskan tentang kepentingan akhlak dalam diri seseorang. Baginda bersabda,

3.0

4.0 Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak (budi pekerti) yang mulia.
5.0 (Hadis Riwayat Ahmad) 6.0 Ahmad
Shauqi, 1932 telah berkata, Sesuatu bangsa hanya boleh bertahan selama mereka masih memiliki akhlak. Bila akhlak telah lenyap dari mereka, maka mereka pun akan lenyap jua. Agama rasmi bagi negara Malaysia ialah Islam. Agama ini telah meletakkan asas yang kukuh dalam usaha melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmaninya. Selain itu, ia juga menganjurkan kepada manusia supaya bersikap tolong-menolong, toleransi dan berbaik sangka. Hal ini kerana segala akhlak yang dianjurkan oleh Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia sejagat. Akhlak Islam telah menonjolkan nilainilai murni bagi memartabatkan kehidupan manusia sesuai dengan fitrah manusia dan kejadiannya. Pada hari ini, kita bukan sahaja dapat melihat golongan yang buta pendidikan serta buta akhlaknya tetapi kita juga berhadapan dengan golongan yang cerdik pandai tetapi sifar akhlaknya. Bagi mereka, akhlak Islam ini hanyalah sebagai salah satu disiplin bukanlah untuk dihayati atau dipraktikkan.

7.0 Justeru, pembinaan akhlak itu sangat penting dan merupakan salah satu sebab
mengapa Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW ke dunia ini. Akhlak sesuatu bangsa akan menjadi baik sekiranya pembinaan akhlak tersebut bermula dari rumah tangga, masyarakat lingkungan (tetangga) dan masyarakat yang lebih luas. Oleh itu, apabila warganegaranya terdiri daripada orang yang berakhlak luhur, maka sesuatu bangsa atau negara itu akan berjaya. Namun, jika berlaku sebaliknya di mana warganegaranya mengamalkan akhlak yang bercanggah, maka rosaklah bangsa dan negara itu.

Pada masa kini, guru memainkan peranan yang sangat penting bagi mendidik murid-murid supaya berakhlak mulia. Justeru, guru perlulah terlebih dahulu menjadi

contoh teladan kepada murid-murid dengan menunjukkan akhlak yang baik untuk dijadikan teladan.

Anda mungkin juga menyukai