Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN Apakah maksud disleksia?

Jika ditanya suatu ketika dahulu tentang disleksia, tidak ramai ahli pendidik atau ibu bapa yang mengetahui tentang disleksia. Ada sesetengah mereka yang pernah mendengar tentang disleksia tetapi tidah tahu apa dia disleksia. Ini disebabkan tiada banyak bahan bacaan yang berbentuk buku, majalah mahupun risalah di dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan buku yang diterbitkan di dalam bahasa Inggeris. Tetapi dengan adanya teknologi terkini seperti internet sekarang, istilah disleksia ini tidak asing lagi bagi mereka kerana mereka boleh mendapatkan maklumat tersebut di internet dan ini serba sedikit dapat membantu mereka mengetahui dengan lebih lanjut tentang disleksia. Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud kesukaran dalam lexis yang bermaksud bahasa. Secara literalnya, disleksia bermaksud, kesukaran dalam berbahasa (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006). Kanak- kanak disleksia bukan sahaja menghadapi masalah dalam

pembacaan , tetapi juga ejaan , penulisan serta beberapa aspek perkataan yang lain. Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006) Disleksia juga merupakan satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran

mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Punca-punca Disleksia Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan. Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial. Punca sebenar yang menyebabkan kanak- kanak mengalami disleksia tidak diketahui(Bradford, 2001). Namun, mengikut kajian- kajian yang telah dijalankan, secara teorinya disleksia

disebabkan oleh keturunan (genetik), biologi, dan kemtangan (Mercer, 1997;Hammond & Hughes, 1999).

a)Keturunan/Genetik Menurut Bradford (2001), dalam kebanyakkan kes murid disleksia, terdapat beberapa orang ahli keluarga; sama ada ibu bapa, adik-beradik atau saudara terdekat; yang mengalami masalah yang sama. Ini menunjukkan ada tanda-tanda berkemungkinan disleksia berpunca daripada pengaruh genetic, iaitu disleksia boleh diwarisi. Namun, darjah keterukan disleksia yang dialami mungkin berbeza. Kajian yang telah dijalankan telah dapat membuktikan bahawa disleksia disebabkan olehkromosom 15, 1 dan 16 diwarisi secara turun-temurun (British Psychological Society, 1991).

b)Biologi Secara umum ianya disebabkan oleh sejarah kesukaran semasa dilahirkan, seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat menyukarkan. Semua faktor ini adalah kemungkinan menjadi punca kelambatan atau ketidak sempur naan perkembangan sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut

menghadapi masalahbelajar disleksia (Hammond & Hughes, 1996) dan kerosakan ini adalah minima. Mercer, (1997), yang menjalankan kajian mendapati pembentukan otak mereka yang mengalami disleksia adalah tidak sama dengan mereka yang tidak mengalami disleksia.

c)Kematangan Biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia mengikut jantina. Kebiasaannya kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanak-kanak perempuan (Hammond & Hughes, 1996). Ciri-ciri kanak-kanak disleksia ialah:

a.Masalah dalam Pembelajaran Perkembanga pertuturan bahasa yang lambat Kemahiran mengeja dan membaca yang lemah Keliru dengan perkataan yang hampir serupa Sukar mengikut arahan Sukar menyalin Lemah dalam menyelesaikan matematik Suka menggigit jari, pen dan merenung buku seolah-oallh tidak faham Bahan lisan lebih baik daripada penulisan Tulisan (tidak suka menulis, buruk, menekan semasa menulis dan tidakmemulakan huruf besar di awal perkataan).

b.Kemahiran Motor Koordinasi yang lemah Pergerakan tangan yang luar biasa Lambat menulis Sukar memegang pensil dengan betul Sukar mengimbangkan diri Sukar menyepak dengan baik Sukar menggunting

c.Masalah Fizikal/Pengurusan Diri/Sosial Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor Butang baju salah butang Tali kasut tidak diikat rapi Kidal Perhatian singkat - keliru antara depan/belakang , kiri / kanan, bawah/atas Tidak berminat dalam pelajaran dan dilabel sebagai pemalas/bodoh

d.Pengamatan Tingkah Laku Keliru dengan konsep arah Keliru dengan konsep masa Kerap terasa tertekan Konsep kendiri yang lemah

KAEDAH MENGESAN KANAK KANAK DISLEKSIA Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengesan kanak - kanak disleksia ini. Antara salah satunya adalah melalui Instrumen Senarai Semak Disleksia ( ISD ). Selain daripada itu, ujian saringan seperti ujian pengamatan, ujian diagnostik dan ujian bertulis lain juga merupakan salah satu kaedah mengesan kanak-kanak disleksia. Untuk mencalonkan murid disleksia, guruguru yang dilantik khas dalam bidang disleksia, guru matapelajaran atau guru kelas akan mencalonkan murid disleksia. Murid-murid yang dicalonkan merupakan murid yang mempunyai kriteria murid disleksia seperti tulisan terbalik, kesalahan ejaan dan bacaan dan ia juga dipilih berdasarkan tingkah laku murid. Selain daripada itu, murid yang mengikuti program pemulihan selama enam bulan dan lulus ujian mode pemulihan juga boleh dicalonkan kepada murid disleksia. Guru pra sekolah juga boleh mencalonkan

nama murid ini jika kanak-kanak tersebut telah menunjukkan siptom-siptom awal semasa di pra sekolah Oleh itu, untuk tugasan ini saya telah meminta guru-guru kelas tahun 1 menyenaraikan nama-nama murid yang dijangkakan disleksia. Selepas itu, saya

memberi Instrumen Senarai Semak Disleksia ( ISD ) kepada guru-guru kelas . ISD ini bertujuan untuk menyaring muridmurid tahun satu yang berkemungkinan mengahadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia. Oleh itu, guru perlu melengkapkan maklumat yang terdapat di dalam borang ISD iaitu di bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A, guru perlu melengkapkan biodata murid seperti nama, keturunan, jantina, pencapaian akademik, lokasi dan nama pengisi maklumat. Manakala pada bahagian B pula, mereka perlu menanda senarai semak yang mengandungi tiga elemen penting di mana pada elemen 1 iaitu tahap penguasaan mengeja , membaca dan menulis , elemen 2 ialah kekuatan murid dan elemen 3 ialah mengenai kelemahan yang ditunjukkan oleh murid. Guru juga perlu menanda kesemua elemen-elemen ini . Selepas itu, borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan untuk dinilai. Penilaian dibuat adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. BIODATA MURID

Nama murid

Akmal Yusof Bin Akil

Jantina

Lelaki

Kelas sepatutnya

Program Pendidikan Khas

Ya

Kedatangan ke sekolah

Baik

Nama sekolah

SK Seri Makmur Pekan

Lokasi Sekolah

Luar Bandar

Nama Pemberi Maklumat

En Syahiran Bin Syafiai

Penguasaan mengeja, membaca dan menulis Akmal Yusof merupakan murid pemulihan yang sedang belajar di SK Seri Makmur. Selepas menjalankan ISD, saya dapati murid ini berkemungkinan mempunyai ciri-ciri murid Disleksia. Berdasarkan elemen 1 iaitu dari segi ejaan murid ini mempunyai masalah dalam mengeja. Dia sukar untuk mengeja perkataan yang mudah di mana apabila disuruh membaca, dia mengambil masa yang begitu lama untuk mengeja perkataan warna. Murid ini juga keliru dalam membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata. Contohnya sudu disebut cubu, nila disebut milo. Dari segi bacaan pula, dia selalu tidak menghiraukan tanda bacaan, dan selalu menggugurkan perkataan yang dibaca. Contohnya warna dibaca wana. Kadang kala dia akan menambah perkataan pada bacaannya . Dia juga mempunyai masalah dalam membaca perkataan yang mengandungi vokal beganding dan diftong. Seterusnya dari segi tulisan, tulisannya tidak kemas. Dia suka

mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil. Saya telah melihat beberapa buah buku latihan yang dibuat oleh Qistina untuk mengenalpasti tulisannya. Contohnya dia menulis ayat Emak seDang menggoRenG ikAn . Dia juga menulis terbalik

abjad-abjad tertentu. Murid ini juga menyiapkan aktiviti yang diberikan agak lambat. Ini dapat dilihat apabila sesuatu kerja diberikan, jika murid lain telah siap tetapi Akmal Yusof masih lagi tidak siap. Kadang kala nota yang yang diberikan tidak siap sehingga habis masa pembelajaran.

Kekuatan Murid Berdasarkan pemerhatian saya dan guru pemulihan sekolah SK Seri Makmur, dari segi kekuatan yang ada pada Akmal Yusof ialah dia dapat bertutur denga baik. Dia boleh menjawab soalan lisan dengan baik. Ini dapat dibuktikan apabila dia dapat

menjawab soalan dengan baik dan pantas apabila ditanya. Dia mempunyai keyakinan yang tinggi. Melalui pemerhatian dan tinjauan saya di dalam kelas, murid ini berpotensi dalam bidang-bidang tertentu seperti melukis dan bersukan. Ini dapat dibuktikan apabila dia tidak segan apabila disuruh berlari. Dia dapat berlari dengan baik dan pantas. Hasil lukisannya juga cantik apabila diwarna. Menurut gurunya, jika ada masa terluang, dia akan melukis gambar kenderaan yang digemari. Di dalam pergaulan pula, murid ini mudah mesra dengan kawan-kawannya. Ini dapat dilihat bahawa dia disenangi oleh rakan-rakannya. Apabila bermain semasa waktu Pendidikan Jamani, dia mudah menyesuaikan diri dengan kawan-kawannya. Dia akan bersapa sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengannya walaupun tidak dikenali olehnya. Selain itu, beliau sangat lemah dalam menghasilkan cerita yang

berpandukan gambar atau pun gambar bersiri. Dia tidak mempunyai banyak idea dan mempunyai pengetahuan am yang baik. Dia banyak berdiam diri jika ditanya soalan berbentuk pemahaman. Oleh sebab itu, dia tidak banyak idea jika ditanya. Untuk mengatasi masalah ini, guru perlu perbanyakkan latihan berbentuk cerita tunggal atau pun bersiri. Jika diberi latih tubi dari semasa ke semasa, saya pasti dia dapat menjawabnya dengan baik.

Kelemahan yang ditunjukkan Analisis elemen tiga ini menunjukkan beberapa kelemahan yang ditunjukkan oleh Akmal Yusof. Akmal Yusof seorang murid yang mempunyai masalah rendah diri. Ini dapat dilihat apabila dia tidak akan melakukan sesuatu perkara secara bersendirian atau apabila disuruh kerana merasakan dirinya tidak mampu lakukannya atau tidak standing rakan yang lain. Selain daripada itu, dia juga

mempunyai masalah tingkah laku iaitu selalu bertukar tempat duduk. Dia selalu tidak memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran berlangsung. Dia kerap dipanggil oleh guru kerana tidak memberi tumpuan. Dia tidak boleh duduk diam. Selain daripada itu, dia mempunyai masalah dalam daya tumpuan yang singkat. Dia selalu cepat lupa apa yang diajar oleh guru. Dia juga tidak dapat mengingat arahan yang panjang. Dia akan keliru jika menerima arahan yang terlalu

banyak dalam satu-satu masa.

Kadangkadang jika diberi arahan yang terlalu

panjang, dia akan bertanya kita beberapa kali sehingga dia faham. Secara kesimpulannya, dari segi pemarkahan ISD, Akmal Yusof

berkemungkinan mengalami keberangkalian Disleksia. Ini dapat dilihat apabila dia mendapat skor 1 bagi ketiga-tiga emelen di dalam ISD yang bermaksud murid ini berkeberangkalian murid disleksia.

Anda mungkin juga menyukai