Anda di halaman 1dari 31

Pendidikan Kekeluargaan

ISLAM
Oleh
Mej Suhaimi bin Sidek
1. PERKAHWINAN ADALAH SUNNATULLAH.
FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH YASIN: AYAT 36
YANG BERMAKSUD
‘MAHA SUCI TUHAN YANG MENJADIKAN SEGALA
SESUATU BERPASANG-PASANGAN DARI APA YANG
TUMBUH DARI PADA BUMI DAN DIRI KAMU SENDIRI’.
Sabda Rasulullah s.a.w , maksudnya :

“Apabila meninggal dunia seseorang itu,


terputuslah amalannya, kecuali 3 perkara:

Sedekah jariah yang diberikan kepada


orang lain,
Ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain
Anak yang soleh yang sentiasa mendoa-
kan kedua ibubapanya. “
Riwayat Muslim
Konsep Keluarga

• Pandangan umum mendefinisikan“keluarga”


• kumpulan sosial yang asas (perempuan
& lelaki) serta zuriat mereka.
• sekumpulan individu yang mempunyai
moyang yang sama.
• sekumpulan isi rumah yang tinggal di
bawah satu bumbung yang sama
• Pandangan Islam :
Keluarga adalah struktur istimewa di
mana ahli mempunyai hubungan darah
atau hubungan perkahwinan ,
merangkumi elemen saling mengharap
/membantu / bertoleransi seperti yang
digariskan dalam agama dan undang-
undang dan perlu dihayati oleh setiap
ahlinya.
• Firman allah yang bermaksud;

‘Wahai sekelian manusia, bertaqwalah kepada


TuhanMu yang telah menciptakan kamu dari Adam
dan daripadanya, Dia menciptakan isterinya dan
daripada keduanya, Dia memperkembang biakkan
lelaki dan wanita yang ramai. Dan bertaqwalah
kepadaNya dengan sentiasa menyebut namaNya
dan kepadaNya, kamu saling meminta dan
(peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya
Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.’

(Surah an-Nisa1’-1)
Prinsip Asas Keluarga
 Institusi Berasaskan Keagamaan

Berkonsepkan agama yang suci –sejajar


dengan penciptaan manusia (Nabi Adam
a.s dan isterinya)
Penciptaan manusia, lelaki dan wanita dan
hubungan perkahwinan dibekalkan dengan
cinta,kasih sayang dan rahmah sebagai
tanda kekuasaanNya
Firman Allah yang bermaksud :

‘Dan setengah dari tanda-tanda kekuasaan Allah


ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri
dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung
dan merasa tenteram terhadapnya dan dijadikan
di antara kamu rasa belas kasihan dan kasih
sayang. Pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.’
(Surah ar-Rum :21)
Sabda rasulullah saw
‘Yang paling sempurna dari kalangan mukmin
ialah yang paling baik akhlaknya dan orang yang
paling baik di kalangan kamu ialah yang paling
baik melayani isteri-isteri mereka’
(Tarmizi & Ibn Hibban)
Sabda rasulullah saw
“ Kahwinilah perempuan itu kerana 4 perkara :
Hartanya, pangkatnya,kecantikannya dan
agamanya, maka pilihlah yang beragama,
nescaya kamu beroleh keuntungan”
(Bukhari & Muslim)
 Konsep asas keluarga berkualiti

• Sebagai suami isteri


‘Komitmen ‘ yang tinggi,berdedikasi
terhadap perkembangan perkahwinan
sepanjang hayat
Berusaha mengubah diri sendiri sebelum
cuba mengubah diri pasangan.
Elemen cinta & kasih sayang,sokongan,
saling memahami perlu dipupuk lebih-
lebih lagi apabila ahli keluarga bertambah.
Firman tuhan bermaksud:
“Dan Allah menjadikan bagimu
rumah-rumahmu sebagai
tempat tinggal ( yang berisi
ketenangan)” An- Nahl : 80
• ’Pengiktirafan,saling menghormati dan jujur’

menerima diri pasangan dan keluarga seadanya


kejujuran antara pasangan menuntut keikhlasan
dan ketulusan
Kepercayaan yang musnah akan mengecewakan
pasangan serta amat payah untuk diperbaiki
semula
•Tidak mementingkan diri sendiri

 Pasangan perlu berkorban mengenepikan


kepentingan diri sendiri.
 Bekerjasama dengan saling memberi dan
menerima kelebihan dan kekurangan diri
masing-masing.
 Meletakkan kepentingan pasangan dan
ahli keluarga mendahului kepentingan diri
sendiri.
 Keikhlasan yang hakiki dapat mewujudkan
keharmonian dalam rumahtangga
•Empati dan kepekaan

 keupayaan untuk menghargai perasaan,


pemikiran dan sikap pasangan
 Empati diluahkan secara lisan ataupun tidak
supaya pasangan merasakan mereka dihargai,
tidak sendirian dalam mengharungi kehidupan.
 Kepekaan terhadap perubahan perasaan,
pemikiran dan sikap akan lebih mendekati
pasangan dan bersedia untuk berkongsi masalah
Keupayaan mengurus krisis, konflik dan
tekanan
apa yang mendatang dianggap peluang
dan cabaran yang diselesaikan melalui
komunikasi berkesan, saling menyokong,
boleh beradaptasi antara pasangan.

rintangan dilihat sebagai pemangkin


kemajuan dan bukan sebagai kelemahan
peribadi pasangan atau ahli keluarga.
Firman Tuhan yang bermaksud :
“ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka
akan dibiarkan dengan hanya berkata, ‘Kami
beriman’, sedangkan mereka tidak diuji (dengan
sesuatu cubaan)?” surah al-Ankabut : 2

Firman Tuhan yang bermaksud :


“………. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan”
surah al-Insyiraah : 5
 Nilai keagamaan teras utama

 Memulakan alam perkahwinan dengan doa agar diberi


keluarga yang beriman dan bertaqwa

Firman tuhan yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman, selamatkan- lah
diri kamu dan anggota keluargamu daripada api
neraka” at-Tahrim : 6

Firman tuhan , surah al-Furqan :4 bermaksud:


“Wahai tuhan kami, berilah kami dari isteri dan zuriat
keturunan kami, perkara yang menyuka- kan hati
melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang bertaqwa”
Ajaran Islam menuntut suami berbuat
baik kepada isteri dan ahli keluarganya.
-Sabda rasulullah saw :
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang
berbuat baik kepada isterinya.
Aku adalah orang yang paling baik di
antara kamu yang berbuat baik kepada
isteriku”
(riwayat Ibn Hibban)
“ Setiap orang daripada kamu adalah
bertanggungjawab terhadap orang-orang di
bawah jagaannya” (riwayat al-Bukhari)
Sabda Nabi saw:

“ Satu dinar yang engkau belanjakan fi sabilillah


dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk
memerdekakan hamba dan satu dinar yang
engkau sedekahkan kepada seorang miskin dan
satu dinar yang engkau belanjakan untuk
keluargamu, maka yang terakhir inilah yang
paling besar pahalanya.”
(riwayat Muslim)
 Pendidikan anak

Islam menegaskan akan kebersihan setiap


bayi dari dikesani dari karat-karat dosa.
Sabda nabi s.a.w:
“Setiap bayi dilahirkan di atas fitrah maka
ibubapalah yang mencorakkannya
Yahudi, Nasrani atau Majusi.
(riwayat bukhari& muslim)
Perkembangan diri anak-anak perlu dibelai
dengan kasih sayang disamping disiplin yang
tegas dalam pembentukan personaliti anak-anak
bagi bekalan dunia dan akhirat

Firman tuhan yang bermaksud:


“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di
antara isteri dan anak-anakmu, ada yang
menjadi musuhmu,maka berhati-hatilah
terhadapnya.” (at-Taghabun : 14)
 Mentarbiahkan anak

- Firman Tuhan bermaksud:


“Harta dan anak-anak adalah perhiasan
kehidupan dunia……”
surah al-Kahfi : 46

bermulanya dengan hubungan suami-isteri, diajar


oleh baginda dengan membaca doa ;

“Ya Allah, hindarkanlah kami dari syaitan dan


hindarkan syaitan itu daripada apa yang akan
engkau rezkikan kepada kami.”

 Pendekatan bijak mendidik anak-anak

• Memberi dan mendidik dengan ilmu pengetahuan


dunia & akhirat
Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya:
“jika inginkan dunia, perlukan ilmu, jika inginkan
akhirat, perlukan ilmu dan jika inginkan
kedua-
duanya, ia perlukan kepada ilmu.”
• Bina hubungan rapat antara ahli keluarga
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;
“Barangsiapa tidak merahmati, dia tidak
akan dirahmati.”
• Semai nilai-nilai murni dalam jiwa anak
• Tunjuk contoh teladan yang baik-
‘Kepimpinan melalui teladan’
• Beri tanggungjawab dan kepercayaan pada anak
setimpal usianya.
• Memberi anak pengajaran /hukuman/disiplin
dengan kasih sayang berkaitan tingkahlakunya
• Beri peluang untuk buat keputusan dengan
bimbingan
• Beri pengukuhan dan penghargaan kepada anak
Kesan pendekatan yang bijak
• Dapat memberi semangat kepada anak
• Merangsang perkembangan anak
• Menggalakkan kerjasama anak dalam keluarga
• Membina sikap saling hormat menghormati
• Memberi anak pengajaran berkaitan
tingkahlakunya
• Membantu anak berfikir secara positif
• Membina kawalan dalaman (self-control)
• Meningkatkan penghargaan kendiri anak
Kesan pendekatan yang tidak bijak

• Melahirkan anak yang tidak semangat


• Merendahkan penghargaan kendiri anak
• Menimbulkan kebencian anak
• Menanam perasaan dendam dalam diri anak
• Menyekat proses pembelajaran ( kerana takut )
• Mengajar anak menyelesaikan masalah secara
paksa dan kasar
• Menggalakkan tingkahlaku yang tidak diingini
(untuk mencari perhatian)
• Merenggangkan hubungan ibubapa-anak
KESIMPULAN
4 perkara yang perlu ditekankan:

1. Ada matlamat yang jelas

 Memelihara agama
 Memelihara aqal (jasmani/emosi/rohani &
intelek)
 Menjaga kehormatan
 Memelihara keturunan
 Memelihara harta
2. Matlamat pedidikan yang jelas

 Perseimbangan ilmu dunia & akhirat


 ‘Role model’ yang perlu diikuti/dicontohi

3. Kaedah/ Metodologi yang digunakan

 Ada kaedah yang betul & sistematik


serta matlamat yang jelas
4. Penilaian

 Kayu ukur yang digunakan untuk menentukan


kejayaan/kecemerlangan
 Penilaian secara sistematik dan berterusan

 Imam Hassan al-Bana berkata:


‘Jika kita ingin melihat generasi akan
datang, perhati, teliti dan didiklah
jenerasi hari ini.’
Penutup
 Carilah ilmu walaupun di antara dirimu dan ilmu
itu ada lautan api
 Jangan remehkan sesuatu yang baik walaupun
sekadar senyuman.
 Biar rendah hati tapi tinggi budi pekerti
 Biar miskin harta tapi kaya jiwa
 Biar miskin wang ringgit tapi kaya dengan ilmu
 Kita belajar banyak perkara dari anak
terutamanya kesabaran dan kesyukuran
 Bila telefon berbunyi, ia untuk anak remaja
anda, bila bil telefon sampai , ia untuk anda !!!
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai