Anda di halaman 1dari 1

PUNCA 1.

Sebagai memperkukuh penyataan tersebut lagi, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. 2. Kita harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh di muara pasti bermula dari hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya. 3. Benarlah kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. 4. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata / kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. LANGKAH 1. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. 2. Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. 3. Yang lebih afdal lagi adalah dengan mencari perencah yang terbaik bagi mengekang gejala ini. 4. Usaha-usaha yang istiqamah, proaktif, pragmatik, dan jitu memerlukan obligasi dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak dan mestilah digerakkan dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah dari langkah yang pertama.

Anda mungkin juga menyukai