Anda di halaman 1dari 1

Peraturan Bilik Darjah.

Murid yang membersihkan kelas dan berkerja memungut sampah hendaklah datang ke sekolah lebih awal untuk menjalankan tugas masing-masing. Tugas membersihkan kelas, kawasan kelas dan kawasan-kawasan yang ditetapkan adalah wajib dijalankan sebelum kelas bermula pada tiap-tiap pagi. Ketua kelas diberi kuasa untuk mengarah murid lain menjalankan tugas mereka dan melaporkan nama mereka kepada Guru Besar atau Penolong Kanan sekiranya mereka tidak berbuat demikian. Ponteng kelas/sekolah: Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa kebenaran dan alasan yang munasabah dianggap ponteng. Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau ponteng sekolah. Murid yang ponteng kelas/sekolah akan dikenakan tindakan disiplin. Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-turut guru kelas, melalui Guru Besar akan menghantar surat pertama kepada ibubapanya. Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka surat kedua akan dihantar kepada ibubapanya. Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu berturut-turut, surat ketiga, iaitu surat tunjuk sebab kenapa dia tidak diberhentikan daripada sekolah akan dihantar kepada ibubapa. Ibubapa diberi masa 14 hari untuk menjawab surat tersebut dan sekiranya gagal berbuat demikian, guru kelas akan membatalkan nama murid tersebut daripada buku kedatangan murid dan pihak sekolah akan mencatatkan namanya dalam pulangan bulanan sekolah. Semua murid dikehendaki bangun dan memberi hormat serta salam apabila Guru Besar, guru, P.Kanan dan pelawat-pelawat memasuki kelas, dan mengucapkan terima kasih apabila mereka keluar dari kelas. Kebersihan dan ketenteraman kelas adalah tanggungjawab kelas itu sendiri. Sekiranya kedapatan murid tidak berkerjasama membersihkan kelas, merosakan harta benda dalam kelas atau melawan ketua/penolong ketua kelas, tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mereka. Sewaktu guru tidak ada dalam kelas, ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab untuk menjaga ketenteraman kelasnya. Sekiranya guru subjek lewat memasuki kelas, ketua kelas/penolong ketua kelas bertanggungjawab memberitahu pengetua/P. Kanan dan selepas itu mencari guru tersebut. Setiap bilik darjah harus dibersihkan dan dihias supaya suasana kelas lebih ceria dan kondusif untuk proses pembelajaran. Murid-murid dilarang melakukan perbuatan berikut: Menulis di papan hitam/tulis kelas tanpa kebenaran daripada guru Meninggalkan buku di atas meja selepas kelas. Membuang sampah merata-rata dalam atau di luar kelas atau simpan sampah dalam laci meja. Menggunakan meja dan kerusi guru. Memindahkan meja dan kerusi dari kelas tanpa kebenaran Pengetua. Menggunakan meja atau kerusi secara tidak cermat yang boleh merosakkannya. Merosakkan Kipas, lampu dan alat-alat eletronik lain dalam kelas. Menconteng dinding, meja, kerusi atau gambar-gambar yang dipamerkan. Menconteng atau menanda buku teks. Melawan percakapan, arahan atau ingkar guru. Murid hendaklah sentiasa menyalin dan mengemaskini nota serta membuat latihan, kerja rumah dan kerja kursus yang diberi oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai