Anda di halaman 1dari 2

TUK MAT.

Sudah hampir dua tahun Tuk Mat meninggalkan aku. Dia pergi buat
selama-lamanya. Waktu itu aku baru melangkah ke tahap dua sekolah rendah. Tuk
Mat amat istimewa bagiku. Aku tidak pernah melupakannya. Imbasan peristiwa
lalu masih segar dalam ingatanku.
Namanya selalu kusebut apabila kesunyian. Aku terasa seolah-olah Tuk
Mat berada di sisiku. Begitulah kasih sayang dan rapatnya aku dengan Tuk Mat.
Aku merenung gambarku bersama-sama Tuk Mat. Alangkah manjanya aku
memeluk bahu Tuk Mat. Tuk Mat kelihatan begitu ceria dengan senyumannya.
Hanya potret inilah yang tinggal untuk mengubat rinduku pada Tuk Mat.
Selama ini, pada Tuk Mat tempat aku bermanja. Tuk Matlah yang menyara
aku. Segala perbelanjaan persekolahanku ditanggungnya. Peristiwa sedih ini
berlaku kira-kira tujuh tahun yang silam. Ibu berkahwin lain setelah kematian
bapa.
Ibu melahirkan Khairul Nizam. Sesungguhnya kehadiran orang baru dalam
hidup ibu menyebabkan aku jauh hati. Aku melarikan diri dan meninggalkan ibu.
Mujur Tuk Mat faham. Beliau mengajak aku tinggal bersama-sama dengannya.
Selepas itu, ibu ada juga datang memujukku. Tetapi Tuk Mat berkeras untuk terus
menjagaku.
Tuk Mat benar-benar menyayangi aku. Setiap hari beliau menghantar dan
mengambil aku dari sekolah dengan motosikalnya. Sepanjang ingatanku, tidak
pernah Tuk Mat melukakan hatiku. Beliau sentiasa bersabar melayan segala
kerenahku. Walaupun kadangkala aku ini kepala angin, Tuk Mat tidak pernah
memarahiku apatah lagi memukulku. Sebaliknya, Tuk Mat banyak memberikan
nasihat kepadaku.
Hingga kini, kata-kata itu masih segar dalam ingatanku. Walaupun Tuk Mat
tiada di muka bumi ini, aku tetap akan menjadi insan yang baik. Aku akan belajar
bersungguh-sungguh dan berjaya dalam kehidupanku seperti yang diimpikan oleh
Tuk Mat. Walaupun Tuk Mat tiada di sisiku tetapi segala nasihat Tuk Mat akan ku
ingati buat selama-lamanya. Cucumu akan menjadi seorang doktor yang berjaya
pada masa yang akan datang. Ini janjiku Tuk Mat.

Anda mungkin juga menyukai