Anda di halaman 1dari 3

MINGGU KEDUA (2 FEBRUARI 2014 6 FEBRUARI 2014) Masalah Pada minggu kedua, Sekolah Kebangsaan Bandar Kuala Krai

i hanya meneruskan sesi persekolahan untuk dua hari sahaja (Rabu dan Khamis) berikutan cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bermula dari hari Khamis (31 Januari 2014) sehingga Selasa (4 Februari 2014). Jadi, saya hanya mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mata pelajaran Pendidikan Moral sahaja. Melalui pemerhatian dan pengalaman, saya telah mengenal pasti satu permasalahan yang sering menjadi punca kepada keberhasilan objektif PdP, iaitu masalah murid-murid yang pasif. Analisis Jumlah murid yang terlibat secara langsung dalam mata pelajaran Pendidikan Moral ialah 6 orang. Saya telah diamanahkan untuk mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kelas 1 Bestari (seorang) dan 4 Bestari (seorang). Jadi, sudah pasti murid yang saya ajar tidak akan menunjukkkan reaksi yang seperti saya harapkan. Setiap kali saya menyampaikan isi pelajaran kepada murid, dia tidak memberikan respons yang baik. Malah, soalan yang saya ajukan kepada murid langusng tidak dihiraukan. Murid tersebut terus diam atau tidak berbuat apa-apa melainkan hanya menundukkan kepalanya sahaja. Akibatnya, sesi PdP tidak mencapai objektif yang telah ditetapkan. Antara punca-punca kepada permasalahan ini ialah kurang penglibatan murid dalam sesi PdP. Murid tidak disertakan dalam pelbagai aktiviti yang menarik seperti kuiz interaktif, tekateki, cerita teladan dan lain-lain. Guru hanya menerapkan isi pelajaran yang hanya berkonsepkan teori semata-mata tanpa memasukkan elemen-elemen yang mampu memberikan impak yang positif kepada murid. Pemahaman murid juga akan kurang dan sememangnya murid tidak faham terhadap isi pelajaran yang sedang dipelajari. Apabila ditanya bahawa adakah murid tersebut faham atau tidak mengenai topik yang sedang dipelajari, murid menggelengkan kepala sahaja tanpa memahami apa-apa. Pendekatan pembelajaran guru juga merupakan salah satu faktor mengapakah

permasalahan ini timbul. Guru hanya menggunakan pendekatan berasaskan guru yang menitikberatkan penyampaian serta interaksi satu hala sahaja. Jadi, murid hanya menjadi pendengar kepada setiap isi pelajaran yang dijelaskan oleh guru. Inilah faktor yang menyebabkan murid akan menjadi pasif keranya kurangnya penglibatan dia terhadap sesi PdP kerana guru hanya sibuk untuk menyampaikan isi pelajaran.

HAIRILEQHWAN FIRDAUS BIN FADZIL

PRAKTIKUM FASA 3 SK BANDAR KUALA KRAI

Cadangan Penambahbaikan Bagi mengatasi permasalahan ini, pelbagai cara dapat digunakan. Antaranya ialah guru perlulah menggunakan berbagai-bagai kaedah untuk menarik minat serta perhatian murid tersebut. Guru sudah sedia maklum bahawa murid itu hanyalah satu-satunya murid yang ada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Apa yang ingin dijelaskan ialah murid tersebut hanya boleh berinteraksi dengan guru sahaja. Jadi, inilah peluang dan ruang kepada guru untuk cuba menggunakan kaedah interaksi dua hala seperti soal jawab, tekateki, kuiz dan lain-lain. Pada masa yang sama, kefahaman murid diuji untuk mengetahui sejauh manakah murid dapat menguasai topik yang sudah dipelajari. Selain itu, guru perlulah mengaplikasikan bahan bantu mengajar dengan sebaik-baiknya. Murid akan mudah terjejas fokusnya jika tidak disertakan sesuatu bahan atau perkara yang mampu untuk membantunya untuk belajar. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar bagi menambah kefahaman murid di samping membantu guru untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran. Hasilnya, murid akan turut terlibat secara aktif dalam sesi PdP. Murid juga seharusnya dibimbing dari masa ke semasa. Guru boleh mengingatkan murid untuk cuba menelaah pelajaran seminggu lebih awal bagi persediaannya untuk mempelajari topik yang akan dipelajari. Pada masa yang sama, guru juga mampu untuk melakukan persediaan menyediakan aktiviti yang dilihat mampu untuk memberikan kesan yang efektif kepada pembelajaran murid terbabit. Tempoh Masa Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin. Saya akan cuba menanamkan kembali semangat ingin belajar dalam diri murid supaya sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilangsungkan dengan jayanya. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama daripada guru-guru bagi mata pelajaran Pendidikan Moral untuk terus memantau pergerakan dan gerak kerja murid berkenaan. Pada masa yang sama, guru kelas juga diperlukan bagi mengetahui perkembangan semasa murid tersebut, terutamanya prestasi akademik dan sahsiah murid.

HAIRILEQHWAN FIRDAUS BIN FADZIL

PRAKTIKUM FASA 3 SK BANDAR KUALA KRAI

Tindakan Susulan Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk sentiasa memberikan dorongan serta tunjuk ajar. Saya sentiasa memberi nasihat dan kata-kata perangsang kepada murid agar dia dapat meneruskan sesi pembelajarannya dengan lebih berkesan. Tindakan ini sewajarnya diambil bagi menanam semangat cintakan ilmu dalam diri murid tersebut. Pada masa yang sama, murid tidak akan bersikap pasif lagi dan terus bersemangat untuk belajar.

HAIRILEQHWAN FIRDAUS BIN FADZIL

PRAKTIKUM FASA 3 SK BANDAR KUALA KRAI

Anda mungkin juga menyukai