Anda di halaman 1dari 1

HEBATNYA QIAMULLAIL

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3
akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah
SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai
untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada
waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang
yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya. (At-Tirmizi)
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan
atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan
dihapuskan dosa2 mereka.
Nabi SAW bersabda; Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh
sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah
dosa. (HR; Muslim)
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya
membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak
mungkin rakaat mengikut kemampuan.
Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
1. Solat Sunat Tahajjud
2. Solat Sunat Taubat
3. Solat Sunat Tasbih
4. Solat Sunat Hajat
5. Solat Sunat Witir
Disamping itu kita juga boleh beramal dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir,
beristighfar, berdoa dan sebagainya.
Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri
melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan: Bahawa Rasulullah SAW
bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah)
berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan
hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian? Jawab Baginda SAW: Bukankah aku
ini hamba yang bersyukur.
Lihatlah walaupun Rasulullah SAW. itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan
kesalahannya, Baginda tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada
sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda SAW.
Adakah kita yang mengaku umatnya masih berasa sombong dengan pekara2 lagha (sia2), tanpa
mahu menauladani sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini. Semoga
dengan tazkirah ini dapat membuka pekung di dada dalam kalangan kita bersama.

Anda mungkin juga menyukai