Anda di halaman 1dari 6

http://wanitakelantan.ikram.org.

my/2015/04/qiamullail-kepentingan-tuntutan-pendakwah-
jalan-allah/

Ta’rif

Qiamullail diambil dari bahasa Arab, gabungan dua patah perkataan iaitu
qiam dan al-lail yang membawa makna ‘bangun’ dan ‘malam’ untuk tujuan
beribadat sama ada bersolat, berzikir atau berdoa. Amalan qiamullail ini
adalah sangat-sangat dituntut dalam Islam berdasarkan banyak ayat-ayat
Al-Quran dan hadits-hadits. Ia merupakan amalan Nabi-nabi, rasul-rasul dan
golongan salaf.

Tuntutan & Kelebihan Qiamullail

Sebagai contohnya, firman Allah dalam surah Al-Muzammil ayat 1-5 yang
bermaksud: “Wahai orang yang memakai pakaian! Bangunlah berjaga malam
(bersolat) selain sedikit waktu saja, seperduanya atau kurangkan lagi
daripada itu, dan bacalah Al-Quran dengan terang dan perlahan-lahan. Kami
akan memberimu perkataan yang berat.”

Juga firman Allah dalam surah As-Sajadah ayat 16 yang bermaksud: “Mereka


meninggalkan tempat tidur mereka menyeru Tuhan mereka dengan penuh
kecemasan dan pengharapan….”

Manakala di dalam banyak hadits terdapat gesaan dari Rasulullah s.a.w agar
umat Islam berqiamullail, sebagai contohnya apa yang diriwayatkan oleh At-
Tirmizi dengan sanad yang sahih bahawa Nabi pernah bersabda bermaksud:
“Wahai umat Islam, tebarkanlah salam, dan berilah makan, dan jalinlah
silaturrahim sesama kamu dan solatlah ketika orang lain tidur, nescaya kamu
akan masuk syurga dengan salam (selamat)”.

Hassan Basri r.a pernah berkata: “Aku tidak pernah jumpa suatu ibadat yang
lebih utama dari bersolat pada waktu tengah malam.”
Beliau kemudiannya ditanya: “Mengapa orang-orang yang bangun
bertahajjud (qiamullail) lebih baik wajahnya pada hari dibangkitkan di
padang mahsyar dari orang lain?”
Beliau menjawab:

“KERANA MEREKA SENTIASA


BERTEMU DENGAN ALLAH SECARA
BERSENDIRIAN MENYEBABKAN
ALLAH MEMAKAIKANNYA DENGAN
NURNYA.”
(Mukthosar Minhajil Qosidin)

Qiamullail Amalan Nabi-nabi dan Salafussoleh

Qiamullail merupakan amalan salafussoleh (golongan terdahulu) seperti yang


disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadits yang lain
bermaksud: “Hendaklah kamu berqiamullail sesungguhnya ia adalah amalan
orang-orang soleh sebelum dari kamu , ia adalah jalan menghampiri Tuhan
kamu dan cara menghapuskan dosa-dosa kamu serta cara menjauhi dosa-
dosa.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Nabi s.a.w sendiri pun sentiasa bangun malam untuk bertahajjud, berzikir
dan beristighfar sehingga bengkak-bengkak kaki baginda. Al-Mughirah bin
Syu’bah meriwayatkan hadits yang bermaksud: “Tidakkah telah diampunkan
dosamu wahai Rasulullah?” para sahabat bertanya. Nabi menjawab:
“Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?” (Muttafaqun Alaihi)

Menunaikan Solat Dua Rakaat Untuk Menghadapi


Kesunyian Kubur

Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya bangun malam untuk


bertemu dengan Allah, bersolat dan mengabdikan diri kepadanya. Di dalam
buku Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah karangan Al-Ustaz
Prof. Dr. Fathi Yakan, ada disebutkan betapa penting para pendakwah
bangun berqiamullail dengan harapan semoga Allah memberi kekuatan
kepadanya, keikhlasan dan ketabahan dalam menghadapi liku-liku
perjalanan dakwah yang dilalui.

Kesusahan yang dihadapi dalam menjalankan kegiatan dakwah dan amal


islami akan menjadi ringan dengan cara menjalin hubungan langsung dengan
Allah menerusi aktiviti qiamullail yang menjadi rutin kehidupan seseorang
pendakwah itu.

PENDAKWAH HARUSLAH
MENGINGATKAN DIRI MEREKA
BAHAWA TIDAK ADA TEMPAT LAIN
BAGI MEREKA MEMOHON
PERGANTUNGAN MELAINKAN HANYA
KEPADA ALLAH.
Di dalam satu hadits yang panjang, Nabi s.a.w. menyebut yang bermaksud:
“Dan tunaikanlah solat dua rakaat dalam kegelapan malam bagi menghadapi
kesunyian alam kubur.“

Sembahyang malam tidak dapat ditandingi oleh sebarang ibadat. Ia


membekalkan kita dengan potensi dan daya juang yang hebat seperti yang
disebut oleh Allah swt.

Dalam surah Al-Muzammil ayat 6 yang bermaksud: “Sesungguhnya jiwa


yang terbentuk di waktu malam itu lebih mantap ( keperibadiannya ) dan
lebih jitu kata-katanya.”

Berpandukan kepada ayat di atas, para pendakwah yang ingin melihat


perubahan pada diri orang yang didakwahnya haruslah tidak
mengabaikan tanggungjawab berqiamullail.

Diriwayatkan bahawa Jibril datang bertemu Nabi s.a.w. lalu berkata: “Hai
Muhammad, hiduplah seperti mana yang engkau mahu namun engkau akan
mati. Berbuatlah apa yang engkau mahu namun engkau pasti akan dibalas
kelak. Cintalah sesiapa yang engkau kehendaki namun engkau pasti akan
berpisah dengannya. Ketahuilah kemuliaan seseorang Islam disebabkan
qiyamullail manakala kehebatannya disebabkan tidak mengharapkan sesuatu
dari orang lain.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Jika seseorang itu tidak mampu mengamalkan perkara ini dan


membudayakannya dalam kehidupan maka kegiatan dakwah yang
dilakukan menjadi kurang berkesan.

Bencana yang menimpa umat Islam hari ini adalah disebabkan kekurangan
individu yang mempunyai ciri-ciri dakwah dan akhlak yang sepatutnya.

Bagaimana Memudahkan Qiamullail ?

Sayugia diingatkan bahawa terdapat beberapa halangan yang pasti dihadapi


untuk melaksanakan ibadat ini. Dalam hadits disebutkan apabila seseorang
hendak menunaikan sembahyang malam datanglah malaikat seraya berkata
kepadanya: “Bangunlah, hari telah pagi , solat dan ingatlah kepada
Tuhanmu.”
Syaitan pula datang dan memujuknya dengan berkata: “Malam masih
panjang, tidurlah lagi. Nanti engkau bangunlah.”
Sekiranya dia bangun maka badannya menjadi ringan dan cergas (sihat ).
Jika tidak bangun dan tidur hingga ke siang hari maka syaitan telah pun
kencing dalam telinganya.
Di antara langkah-langkah yang patut diambil bagi mengelakkan
diperlakukan oleh syaitan sedemikian rupa, di mana Al-Imam Al-Ghazali
memberikan kepada kita beberapa teknik supaya mudah berqiamullail.
Antaranya termasuklah:

1. Kurangkan makan.
2. Kurangkan kerja-kerja berat yang menyebabkan badan menjadi letih dan
tidak mampu bangun pada malam hari.
3. Hendaklah tidur sebentar di waktu siang sebelum atau selepas zohor
seperti yang diamalkan oleh Nabi s.a.w.
4. Elakkanlah daripada melakukan sebarang dosa sama ada melibatkan
percakapan, perbuatan dan niat. Sufian At-Thauri berkata: “Aku tidak dapat
berqiamullail selama lima bulan disebabkan dosa yang kulakukan.”

Tingkatan Mereka Yang Berqiamullail

Menghidupkan malam atau berqiamullail mempunyai beberapa cara.


Antaranya :
1. Menghidupkan keseluruhan malam. Ini ada diriwayatkan pernah
dilakukan oleh ramai Salaf. Barangkali ini sesuai dilakukan pada hari-hari
cuti secara berjemaah.

2. Menghidupkan separuh malam. Cara yang dilakukan ialah malam


dibahagikan kepada enam bahagian. Sepertiga yang pertama untuk tidur,
seperdua kedua untuk qiamullail dan seperenam yang akhir adalah untuk
berehat.

3. Menghidupkan sepertiga malam. Iaitu dengan cara tidur seperdua


yang awal dan seperenam yang akhir. Menurut athar ini adalah amalan Nabi
Daud a.s. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim ada disebutkan sebaik-baik
qiamullail adalah apa yang dilakukan oleh Nabi Daud a.s, baginda tidur
seperdua, qiyam sepertiga dan tidur seperenam yang baki. Tidur di akhir
malam itu sebelum subuh boleh menghilangkan mengantuk pada waktu
siang nanti. Tetapi haruslah diingat agar tidak terlajak tidur hingga
mengakibatkan tertinggal solat subuh  Paling baik bagi golongan muslimin
ialah bersolat subuh secara berjemaah pada pagi itu kerana seperti yang
disebut dalam hadits sahih, solat subuh berjemaah menyamai ibadat
Qiyamullail seluruh malam.

4. Mendirikan seperenam ataupun seperlima malam dan sebaik-


baiknya pada separuh yang terakhir.

5. Berqiamullail tanpa mengambil kira mana-mana bahagian


malam kerana tidak mampu mengikuti panduan di atas.
Qiamullail Untuk Golongan Yang Uzur

Halangan seperti sakit, haid, nifas dan keuzuran syar’ie yang lain, tidaklah
menyebabkan gugurnya tuntutan berqiamullail.

MEREKA BOLEH DUDUK MENGHADAP


KIBLAT SAMBIL MENGINGATI ALLAH
DAN BERDOALAH APA YANG
DIKEHENDAKI.
Jika tidak berkemampuan maka bolehlah dilakukan dalam keadaan baring.
Ini kerana Nabi ada bersabda dalam satu hadits Sahih yang bermaksud:
“Pada waktu malam ada satu waktu Allah swt. menerima segala permintaan
hambanya iaitu sewaktu qiamullail.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jika seseorang itu yang biasanya berqiyamullail tiba-tiba tidak terbangun


pada malam itu, maka bolehlah diqada`nya pada waktu dhuha keesokan hari
.

Amaran Bagi Mereka Yang Meninggalkan Qiyamullail

Di dalam hadits sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi saw bersabda
maksudnya: “Janganlah jadi seperti fulan itu, dahulu dia berqiamullail,
sekarang tidak.“

Anda mungkin juga menyukai