Anda di halaman 1dari 5

FADHILAT ZIKIR (DIPETIK DARIPADA KITAB FADHAIL AMAL) BAHAGIAN 4/4 57.

Zikir adalah pengganti kepada ibadat-ibadat nafilah (ibadat-ibadat sunat). Sebagaimana yang diriwayatkan di dalam sebuah hadis bahawa segolongan orangorang miskin datang lalu merayu hal mereka kepada baginda Rasulullah s.a.w. dengan berkata:"Ya Rasulullah, saudara kami yang berharta benda telah meningkat darjat yang setinggi-tingginya disebabkan harta kekayaan mereka. Mereka bersembahyang seperti kami bersembahyang, mereka berpuasa seperti kami berpuasa tetapi kerana harta kekayaan, mereka telah mendahului kami dengan mengerjakan haji, umrah, jihad dan lain-lainnya." Sebagai menjawab, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mahukah kamu sekelian ku ajarkan sesuatu untuk mencapai yang mendahului dan untuk mendahului sesudah kamu sehingga tiadalah lagi seorang pun yang lebih afzal daripada kamu kecuali orang yang berbuat seperti yang kamu perbuat?" Selanjutnya baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:-"Bacalah kamu sekalian: SUBHANALLAHI ALHAMDULILLAHI ALLAHUAKBAR, selepas tiap-tiap sembahyang (masaalah ini akan dijelaskan dengan panjang lebar dalam menghuraikan hadis yang ketujuh yang termuat dalam fasal kedua dari bab ketiga risalah ini)." Ini menunjukkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menganggapkan zikir ini sebagai pengganti haji, umrah, jihad, dan lain-lainnya (bagi orang-orang yang tidak berada). 58. Zikir adalah pendorong bagi ibadat-ibadat yang lain. Dengan berzikir sebanyakbanyaknya maka ibadat-ibadat yang lain itu menjadi mudah dan senang dan kelazatan ibadat-ibadat itu pun dirasai benar, oleh itu semua ibadat itu dapat dikerjakan tanpa keberatan dan kesukaran apa-apa. 59. Dengan berzikir semua keberatan akan berubah menjadi ringan. Setiap kesukaran akan berubah menjadi senang. Setiap bebanan menjadi ringan dan semua bala bencana akan terlenyap. 60. Lantaran zikirlah maka segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar. Zikrullah adalah mempunyai kuasa yang terkhas untuk melahirkan ketenteraman dan untuk melenyapkan ketakutan. lanya mempunyai kesan yang teristimewa di mana semakin berzikir sebanyak-banyaknya semakin itulah akan mencapai ketenteraman dan akan lenyap ketakutan. 61. Zikir adalah melahirkan kekuatan dan tenaga yang terkhas pada manusia. Maka dengan kekuatan itu ia dapat menyelenggarakan urusan-urusan yang agak sukar. Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah s.a.w. merayukan halnya kepada baginda dengan berkata: "Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang ku alami dalam menyelenggarakan urusan-urusan rumahtangga ku." Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hendaklah kau ucapkan: SUBHANALLAHI sebanyak 33 kali ALHAMDULILLAHI sebanyak 33 kali dan ALLAHU AKBAR sebanyak 34 kali sebelum tidur di malam hari." Lantas baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Ini lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan itu." 62. Pemberes urusan-urusan keakhiratan adalah dahulu-mendahului di antara satu dengan yang lain dan di dalam mendahului ini yang kelihatan di hadapan sekali ialah orang-orang yang berzikir. Diriwayatkan dari Omar Khadam Ghufrah rah.a. katanya bahawa apabila amal perbuatan manusia diganjari pada hari Kiamat maka sebahagian besar dari manusia akan menyesal sambil berkata: "Alangkah bagusnya jika dahulunya kita memperbanyakkan amalan yang ringan dan mudah sekali iaitu zikir." Di dalam sebuah hadis ada dilapurkan baginda Rasulullah s.a.w. sebagai bersabda: "Telah mendahului mereka yang mufarrid." Para Sahabat bertanya: "Siapakah yang mufarrid itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Mereka yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya kerana zikir adalah meringankan bebanan mereka." 63. Allah s.w.t. sendiri membenarkan dan menguji orang-orang yang berzikir. Orangorang yang dibenarkan oleh Allah s.w.t. itu tidaklah akan dibangkitkan bersama-sama orang-orang yang dusta. Di dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa apabila seorang hamba mengucapkan: LAILA HAILLAHU WALLAHU AKBAR maka Allah s.w.t. berfirman: "Benarlah ucapan hambaKu bahawa tiada Tuhan melainkan Aku dan Akulah Maha Besar." 64. Zikir adalah menyebabkan terbinanya rumah di dalam syurga. Apabila seseorang hamba berhenti daripada berzikir maka para malaikat berhenti daripada membina rumah itu. Manakala mereka ditanyakan, "Mengapakah kamu berhenti daripada membina rumah itu?" Mereka menjawab bahawa perbelanjaannya belum lagi tiba. Di dalam sebuah hadis lagi ada disebutkan bahawa barang-siapa mengucapkan, SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBJHANALLAH HILAZIM sebanyak tujuh kali nescaya dibinakan satu menara untuknya di dalam syurga. 65. Zikir adalah perisai atau pendinding bagi neraka jahanam. Barang-siapa yang dimasukkan ke dalam neraka amal perbuatannya yang tidak baik maka zikirnya itu menjadi pendinding di antaranya dengan neraka jahanam. Semakin banyak berzikir dibuat maka semakin kuatlah pendinding itu. 66. Para malaikat beristighfar bagi orang yang berzikir. Diberitakan kepada Amar bin 'Aas r.a. yang beliau meriwayatkan bahawa apabila seseorang hamba mengucapkan SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI atau ALHAMDULLILLAHI RABBIL 'ALAMIIN maka para malaikat berkata, "Ya Allah, ampunilah dia" (dan termaklum bahawa doa para malaikat itu tidak ditolak malahan terus dikabulkanNya).

67. Jika seseorang yang berzikir di atas sebuah gunung atau di tanah datar maka tempat tersebut akan merasa amat bangga. Di dalam sebuah hadis ada diberitakan bahawa gunung-gunung bertanya-tanyakan di antara satu dengan yang lain bahawa hari ini adalah seseorang yang berzikir itu melalui di atas kau. Jika diberitahukan, "Ya, ada yang melalui maka ia berasa gembira lagi bangga. 68. Memperbanyakkan zikir merupakan sijil bagi kelepasan dari kemunafikin. Di dalam menerangkan tanda bagi orang munafikin, Allah s.w.t. telah berfirman: LAA YAZKURUNALLAAHA ILLAA QALIILAA ertinya: "Mereka tiada mengingati Allah melainkan sedikit." Ka'ab Akhbar r.a. berkata: "Barang-siapa berzikir sebanyakbanyaknya terpelihara ia daripada kemunafikan." 69. Berbanding dengan amalan-amalan yang baik maka zikir mempunyai suatu kelazatan yang tidak didapati pada amalan-amalan yang lain. Jika zikir tidak mempunyai satu fazilat pun selain daripada kelazatan tadi maka memadailah ia. Malik bin Dinar rah.a. berkata bahawa seseorang tidak akan berasa lazat dari suatu apa pun seperti kelazatan zikir. 70. Pada wajah orang yang berzikir itu didapati kegembiraan di dunia ini dan akan kelihatan nur padanya di hari kiamat. 71. Barang-siapa mengingati Allah sebanyak-banyaknya ditengah-tengah jalan, dirumah, di dalam safar dan ketika berada di kampung maka ia akan mempunyai pembela-pembela yang ramai sekali di hari hisab kelak. Di dalam menerangkan keadaan hari Kiamat, Allah s.w.t. berfirman: YAUMA IZIN TUHADDISU AKHBAARAHAA - ertinya: "Pada hari itu (yakni pada hari kiamat) bumi menceritakan berita-beritanya." Baginda Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat: "Tahukah kamu berita-berita bumi itu?" Mereka menjawab: "Tidak, kami tidak tahu, Ya Rasulullah s.a.w." Baginda Rasulullah bersabda: "Pekerjaan-pekerjaan yang dibuat oleh lelaki atau wanita (samada pekerjaan yang baik ataupun yang buruk) dipermukaan bumi ini, maka bumi akan menceritakan bahawa sifulan pernah melakukan sekian-sekian perbuatan disekian tempat dipermukaannya pada sekian masa. Oleh itu orang-orang yang berzikir sebanyakbanyaknya di tempat-tempat yang berlainan maka dia akan mempunyai saksi yang banyak di hari hisab nanti." 72. Selama lidah sibuk dengan berzikir maka selama itulah ia terpelihara daripada perbicaraan yang sia-sia, berdusta mengumpat dan sebagainya. Kerana lidah itu sememangnya tidak bisa diam, ia akan sibuk dengan berzikir kalau tidak sudah tentu dengan kesia-siaan. Demikian juga halnya hati jika ia tidak sibuk dengan mencintai Khaliq maka sudah tentu ia sibuk dengan mencintai makhluk. 73. Syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Ia mencampakkan manusia di dalam kancah kerunsingan dan kegelisahan dengan berbagai cara. la juga mengerumuni

mereka dari setiap penjuru. Orang yang halnya sedemikian rupa senantiasa berada ditengah-tengah lingkungan para musuh yang mana tiap-tiap seorang daripadanya ingin menimpakan ke atasnya penderitaan demi penderitaan. Maka tiadalah apa-apa untuk mematahkan serangan-serangan musuh itu melainkan zikrullah. Ada banyak hadis-hadis yang mengandungi doa-doa yang mana dengan membacanya syaitan tiada akan mendekati dan dengan membacanya sebelum tidur maka terpeliharalah dari serangan musuh-musuh itu semalam-malaman. Hafiz Ibnu Kaiyim rah.a. juga menukilkan doa-doa yang serupa itu. Selain daripadanya beliau memuatkan penerangan pembahagian zikir serta fazilat-fazilatnya yang tertentu di dalam enam bab. Sesudah itu beliau menyusun doa-doa yang harus dibaca pada masa-masa yang tertentu di dalam tujuhpuluh lima fasal. Doa-doa itu kami tidak nukilkan kerana khuatir risalah ini akan terlebih dari yang dianggarkan. Yang telah diterangkan itu memadailah bagi mereka yang mendapat taufik untuk mengamal dan bagi mereka yang tidak mendapat taufik maka beribu-ribu fazilat pun tidaklah berguna sama sekali. WAMAA TAUFIIQII ILLAA BILLAAH 'ALAIHI TAWAKKALTU WA ILAIHI UNIB. KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK MANUSIA

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir

disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita sebagai umat Islam terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. http://amalan-harian.blogspot.com/2008/12/kesan-zikir-terhadap-otak-manusia.html

FADHILAT ASMA UL HUSNA -NAMA-NAMA ALLAH http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/asmaulhusna.htm

Anda mungkin juga menyukai