Anda di halaman 1dari 7

Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya.

Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian. Pengarang kitab Shafwah al-Shafwah menceritakan tentang seorang ahli ibadah melihat seekor burung yang selalu membawa sepotong daging setiap hari. Burung itu hinggap di atas pokok kurma. Ahli ibadah itu merasa hairan kerana tidak ada seekor burungpun yang mempunyai sarang di situ. Beliau berkata: Saya memanjat pokok itu, saya melihat di sana ada seekor ular yang buta matanya. Setiap kali burung itu mendekatinya iapun bersuara lalu ular itu membuka mulutnya, sang burung meletakkan sepotong daging itu ke mulut ular dan kemudian terbang. Perbuatan itu dilakukannya setiap hari. Kisah tersebut mengajar kepada kita bahawa kemuliaan itu terletak pada seberapa besar manfaat yang boleh anda berikan kepada orang lain. Manakala kehinaan itu adalah kerana mensia-siakan potensi dan kekuatan jasmani dan rohani yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Sedangkan binatang bekerja mencari makanan tanpa tangan dan kaki yang sempurna. Tetapi manusia masih lagi diulit mimpi angan-angan yang panjang. Binatang dan alam semesta semuanya berzikir kepada Allah SWT, tetapi manusia sebahagiannya sibuk melupakan Allah SWT.

Allah

SWT

berfirman

menyeru

kepada

orang-orang

yang

mengaku

beriman

yang

maksudnya:Bekerjalah kamu, nescaya Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surah al-Taubah Ayat 105)

Bekerja adalah ibadat. Bahkan nafkah yang dihulurkan kepada ahli keluarga adalah sedekah yang paling utama. Tetapi sifat malas sering timbul sewaktu melakukan jihad ini. Ia sentiasa hadir dalam kehidupan para pekerja yang beriman. Di manakah kelemahannya hingga semangat bertempur untuk mendapatkan keuntungan dunia yang halal itu menjadi kendur? Padahal Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: Jika datang hari kiamat dan di tangan seorang daripada kamu ada satu bijian tanaman, maka jika dia mampu menanamnya, hendaklah dia melakukannya. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Ahmad) Semangat kerja Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya:Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi. (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris

menjawab: Saya tidak tahu wahai Tuhanku. Allah berfirman: Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir. Allah berfirman yang maksudnya: Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh. (Surah Fatir: Ayat 10) Demikianlah keutamaan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang empat diucapkan iaitu; Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, wa Allahu Akbar. Pekerjaan yang dilakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi Allah dan boleh menyuntikkan semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredaan Allah.

Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan tetapi amat berat pahalanya. Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu al-Fatawa menyatakan; Amalan yang paling utama selepas amalan yang fardhu adalah zikrullah. Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: Mahukah kamu aku tunjukkan amalan yang paling utama dan yang paling bersih di sisi Allah? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah. Rasulullah bersabda: Zikrullah. Demikianlah zikir yang dilakukan. Ia tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan. Sungguh senang tetapi ramai manusia yang meninggalkannya. Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan: Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas, kala berdiri, duduk dan berbaring, gerak geri baginda adalah zikir kepada Allah. Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling sibuk dengan dunianya dan paling bersedia untuk bekalan akhiratnya. Baginda adalah seorang Ketua Negara yang amanah, Mahaguru yang dihormati, pakar motivasi, Jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat, ketua rumah tangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang, saudara lelaki yang penyantun. Seluruh masa dan tenaga dikerahkan untuk memastikan mereka yang hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Begitu juga dengan kita yang memenuhi hari-hari dengan kerja dan zikrullah, pastikanlah ianya tidak terhenti kecuali kedua kaki ini telah sampai di pintu kenikmatan tertinggi, syurga yang abadi! drjuanda
moga lidah ini senantiasa berzikir memuji keagunganmu wahai yang mana pencipta.

Bacaan Doa Dan Zikir Isnin hingga Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad
Posted 7th April 2012 by AlhafizNet

ZIKIR HARIAN
HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X ) HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X ) HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X ) HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X ) HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X ) HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...


ZIKIR HARI JUMAAT
YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH ~ Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah.

ZIKIR HARI SABTU LAA ILA HA ILLALLAH ~Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya.

ZIKIR HARI AHAD YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM ~ Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita.

ZIKIR HARI ISNIN LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL ALI YIL AZIM ~ Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah
kepadanya.

ZIKIR HARI SELASA ~ ALLAHUMMA SALLI 'ALA 'ABDIKA WARASULIKA WANABIYYIKAL AMIINA WA'ALA ALIHI WASAHBIHI WASALLIM ~ Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat.

ZIKIR HARI RABU AS TARG FIRULLAH HAL AZIM ~Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberikeampunan hambaNya.

ZIKIR HARI KHAMIS SUBHA NALLAH HIL AZIMI WA BI HAMDIH ~ Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah.

ZIKIR HARIAN
HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X ) HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X ) HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X ) HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X ) HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X ) HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

19. Zikir

Harian

Soalan: Saya sebenarnya ingin meminta jasabaik pihak tuan jika sekiranya dapat pihak tuan memberitahu saya zikir harian yang dapat saya ucapkan pada setiap hari contohnya : isnin yaallah, selasa - subhanallah. sbb saya masih mencari cari zikir harian tersebut. Saya harap dapatlah sekirannya tuan memberitahu. Saya berharap agar pihak tuan akan mendapat keberkatan dengan adanya sesi ini? Noraihan, KL Jawapan: Ada ulama yang membahagi masa tertentu dalam melafazkan zikir-zikir menurut masa atau hari. Walaupun begitu berzikir dan berdoa kepada Allah tidak mengenal batas dan waktu yang boleh kita kerjakan bila-bila masa saja dan dimana sahaja asalkan bukan tempat-tempat yang makruh melafazkannya seperti dalam tandas dan sebagainya. Zikir-zikir yang diamalkan dengan jumlah tertentu dengan hari tertentu ini mungkin disusun untuk memudahkan orang awam melatih diri dalam memperbanyak zikir kepadaNya. Diantaranya: Hari Ahad: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X ) Hari Isnin: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )

Hari Selasa: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) Hari Rabu: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X ) Hari Khamis: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X ) Hari Jumaat: Ya Allah ( 1000 X ) Hari Sabtu: La ilaha illallah ( 1000 X )
Kembali ke atas

Anda mungkin juga menyukai