Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU KM 36, JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI 27 91009 TAWAU, SABAH

KERTAS KERJA PROGRAM UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN TANAH TINGGI PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JUN 2011

TARIKH : 23 HINGGA 25 MAC 2014

TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN RANAU


ANJURAN:

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

1.0

TAJUK PROGRAM UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN TANAH TINGGI

2.0

PENGENALAN Program Pengukuran dan Penilaian ialah salah satu komponen kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani, kumpulan pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011 unit PJ 1 dan PJ 2. Untuk semester 6 ini, Pengukuran dan Penilaian merupakan salah satu program yang perlu disertai dan diwajibkan untuk lulus bagi penilaianpenilaian yang dijalankan.

Program Pengukuran dan Penilaian yang akan dilaksanakan ini merangkumi aktiviti yang dilaksanakan di lokasi tanah tinggi. Adalah diharapkan program yang dirancang ini akan dapat mencapai matlamatnya dan selaras dengan kehendak proforma PJM3115 Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Jasmani dan Sukan disamping membantu pelajar memahami definisi, konsep, ujian, pengukuran dan penilaian.

3.0

RASIONAL Kursus ini meliputi konsep asas ujian, pengukuran dan penilaian di dalam bidang pendidikan jasmani dan sukan, pemilihan jenis-jenis ujian, prosedur pengukuran serta penggunaan statistik di dalam pengukuran dan penilaian, pembinaan ujian, interpretasi serta menggunakan hasil ujian. Tambahan pula pelajar akan didedahkan kepada proses penyelidikan seperti yang diamalkan dalam kesihatan, pendidikan jasmani dan sukan.

4.0

MATLAMAT Memperkenalkan kepada konsep ujian, pengukuran dan penilaian di samping mempelajari dan mentadbir item dan jenis bateri ujian dalam pengukuran dan penilaian pendidikan jasmani dan sukan.

5.0

OBJEKTIF Objektif program ini adalah untuk: 5.1 Menjelaskan konsep ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani dan sukan; 5.2 Berupaya memilih, merancang dan mengurus ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani dan sukan; 5.3 Boleh menganilasis data dan maklumat yang dikumpul dengan statistik deskriptif dan penggunaan SPSS; 5.4 Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam teori ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani dan sukan; 5.5 Menginterpretasikan bahan kurikulum yang releven untuk

meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mengenai ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani dan sukan; 5.6 Mengintegrasikan kemahiran pengujian dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan dan bermakna.

6.0

ANJURAN PPG Pendidikan Jasmani Unit 1 dan 2 semester 6 Ambilan Jun 2011.

7.1

TARIKH PROGRAM 7.1 Tarikh 7.2 Hari 7.3 Tempoh : : : 23 hingga 26 Mac 2014 Ahad hingga Selasa 3 hari 2 malam

8 LOKASI PROGRAM Kompleks Sukan Ranau, Sabah.

9 KUMPULAN SASARAN 50 orang pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011 (Kohot 1) Pendidikan Jasmani Unit 1 dan Unit 2. Sila rujuk Lampiran A

10 AJK PERLAKSANAAN Sila rujuk Lampiran B

11 TENTATIF PROGRAM Sila rujuk Lampiran C

12 ANGGARAN BELANJAWAN Sila Rujuk Lampiran D.

13 PENGANGKUTAN

BIL JENIS KENDERAAN 1 Bas IPG Kampus Tawau

KUANTITI 2

CATATAN Kenderaan untuk pelajar

14 MAJLIS PERASMIAN PENTUPAN 14.1 14.2 14.3 14.4 14.5 Tarikh Hari Masa Perasmi : : : : 23 Mac 2014 Ahad 09.00 pagi En. Amir Kasan Ibnu Hassan Rujuk Lampiran 1.

Aturcara Majlis :

15 PENUTUP Program Ujian, Pengukuran dan Penilaian Tanah Tinggi adalah merupakan program wajib bagi memenuhi kehendak pembelajaran untuk semester ini bagi guru-guru pendidikan jasmani. Adalah diharapkan program ini dapat memenuhi keperluan diri bakal guru pendidikan jasmani untuk menguasai konsep pengukuran dan penilaian. .Oleh yang demikian Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek dapat diterapkan melalui program yang dijalankan.

Disediakan oleh,

______________________ (NORAZIZAH BINTI PADU) Setiausaha, Program Ujian, Pengukuran dan Penilaian Tanah Tinggi, Taman Banjaran Crocker, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah.

Disokong oleh,

___________________________ (MDM. GLOREA LIM FUI CHIEW) Penyelaras Program Ujian, Pengukuran dan Penilaian Tanah Tinggi Taman Banjaran Crocker Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah.

Disemak oleh,

(EN. ISMAIL BIN HUSSIN) Penyelaras Program Pensiswazahan Guru, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah.

Disahkan oleh,

___________________ (NAIMA BINTI KADIR) Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah.

Diluluskan oleh,

____________________ (HAJAH MASNI BINTI MADAT) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah.

Ulasan : ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai