Anda di halaman 1dari 6

FORUM BMK 3023 : HJ MOHD ZAWAHIR BIN ABDUL HAMID D20112054933 GROUP UPSI02A131PJJ

Forum 1

1. Huraikan dengan jelas apakah yang anda faham dengan proses komunikasi? Moderator : Mohammed Zin Nordin

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua perbuatan menghantar matklumat dan proses untuk bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

Tajuk Forum 2

Bincangkan lima (5) kaedah bagaimanakah seseorang itu boleh meningkatkan keberkesanan komunikasinya? Moderator : Mohammed Zin Nordin Dalam komunikasi ini, terdapat tujuh ciri asas yang digunakan untuk menyampaikan maklumat terhadap dua belah pihak. Antara ciri tersebut yang menjadi asas dalam komunikasi Pertama ialah sapaan atau pun salam. Apabila seseorang individu atau diri kita sendiri berjumpa dengan orang yang lain, kita perlulah membuat sapaan atau salam yang akan mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Dengan sapaan dan salam seperti ucapan selamat pagi, dengan secara tidak langsung akan membolehkan dua belah pihak dapat berkomunikasi. Keduanya adalah sikap ikhlas dan jujur dalam diri individu juga akan membentuk komunikasi. Jika diri kita tidak jujur dan ikhlas, maka sesuatu komunikasi mungkin tidak akan terjadi kerana tiada siapa yang akan mempercayai seseorang individu jika tidak jujur. Jadi untuk melepasi halangan ini, sifat jujur dan ikhlas sememangnya penting dalam diri setiap individu. Bagaimanakah komunikasi akan wujud jika jujur dan ikhlas tidak ada pada seseorang individu? Jadi, untuk mewujudkan sesuatu komunikasi diantara dua pihak, sifat jujur dan ikhlas perlu ada pada masyarakat masa kini supaya komunikasi dapat diwujudkan dan akan akan mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat. Ketiganya adalah mendengar dengan aktif yang menjadi asas supaya halangan komunikasi dapat dihindarkan. Semasa kita menerima dan memberi maklumat kepada sesuatu pihak yang lain, kita perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Bukan setakat itu, kita juag mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Kalau seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain tetapi tidak mendengar dengan aktif, maka komunikasi itu akan terhalang kerana pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan mendengar dengan baik. Ini akan menyebabkan penerima maklumat akan mendapat maklumat yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif dan akan juga boleh menyalah tafsirkan sesuatu maklumat. Keempatnya adalah mengemukakan soalan yan disukai oleh pihak yang lain. Dengan mengemukakan soalan yang yang disukai, maka komunikasi ini akan menjadi sesuatu yang lebih menarik. Ia juga akan menjadikan sesuatu perbincangan menjadi lebih bermakna dan kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi akan memahami sesuatu maklumat yang diberi dan diterima daripada kedua-dua belah pihak. Dengan adanya soalan yang dikemukakan, ini akan membolehkan sesuatu masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah seterusnya mewujudkan komunikasi seara tidak langsung dalam kehidupan seharian kita.

Kelimanya reaksi wajah seperti senyuman dan mimik air muka juga boleh mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Misalnya dengan memberikan senyuman kepada seseorang akan menunjukkan kita menghormati orang lain dan juga menunjukkan budaya kita. Dengan senyuman dan menunjukkan mimik air muka terhadap seseorang, orang itu akan memahami sesuatu masalah yang kita hadapi. Jadi dengan keadaan ini, tentu pihak itu akan menegur dan menanya terhadap diri kita, maka terjadilah komunikasi dengan langsungnya. Komunikasi akan juga terjadi kerana senyuman menjadikan seseorang itu membuat sapaan tehadap diri kita. Dengan adanya ciri-ciri asas yang dinyatakan tadi, komunikasi akan menjadi berkesan lagi dan sebarang halangan dapat dihindarkan semasa berkomunikasi.

Forum 3

Jelaskan jenis-jenis komunikiasi bukan lisan. Mengapakah mahir komunikasi bukan lisan adalah penting dalam proses berkomunikasi?

1. Komunikasi Lisan

Alat utama komunikasi lisan adalah dapat berbahasa dengan baik dan efektif,padat dan jelas dalam menyampaikan pendapat atau perasaan dengan sopan adalah kunci kepada komunikasi lisan yang baik.Jenis komunikasi ini sangat dipengaruhi oleh beberapa aspek,iaitu: Perbendaharaan kata Kelajuan Intonasi Humor Singkat dan jelas

2.Komunikasi Bukan Verbal

Komunikasi lisan dan komunikasi bukan verbal sering berlaku secara serentak.Harrison (1974) telah mencadangkan bahawa sebarang situasi komunikasi boleh dilihat sebagai satu penggabungan komunikasi lisan dan bukan verbal. Aspek-aspek komunikasi bukan verbal dan pengaruhnya meliputi hal-hal berikut:

Ekspresi wajah:Menyebabkan komunikasi berkesan atau sebaliknya.Contoh ekspresi muka, Pandangan mata:Melakukan pandangan mata ketika berinteraksi bererti orang tersebut terlibat dan enghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memerhatikan bukan sekadar mendengar sahaja. Sentuhan:Proses komunikasi akan berjalan dengan lebih baik dengan adanya sentuhan. Gaya tubuh dan gaya berjalan:Kedua-dua gaya ini mencerminkan emosi,konsep diri dan tahap kesihatan seseorang Isyarat:Isyarat seperti mengerakkan tangan dan mengetuk-ngetukkaki ketika berbicara,sebagai keseluruhan komunikasi merupakan ekspresi keadaan seseorang.Contoh:

Tajuk Forum 4

Jelaskan jenis-jenis mendengar. Mengapakah kemahiran mendengar penting dalam komunikasi? Moderator : Mohammed Zin Nordin

Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu :

JENIS- JENIS MENDENGAR i) Mendengar Secara Aktif.

Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif. Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut. Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan soalan tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula. Jadi, pelajar tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan di dalam kelas. Mereka berpeluang mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran itu.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, masa yang sedikit diperuntukkan tidak dapat membantu pelajar secara maksimum penguasaan kemahiran itu. Pelajar tidak berpeluang menjadi pendengar yang baik. Hal ini disebabkan guru lebih banyak meperuntukkan isi pengajarannya bagi menyediakan pelajar dengan keperluan penguasaan kemahiran yang berkaitan dengan peperiksaan. Penekanan ini juga menjadikan pelajar diabaikan dalam aspek kemahiran mendengar. Penguasaan untuk menguasai kemahiran mendengar secara efektif yang terbatas boleh mengakibatkan pelajar tersebut gagal dalam mengaplikasikan kemahiran mendengar tersebut dalam kehidupan seharian.

Dari segi kenyataan, aktiviti mendengar wujud dalam situasi yang berbeza dengan penutur yang berbeza. Fikirkan semua individu berbeza yang sudah bertutur dalam jangka masa 24 jam dengan kita. Anda sebenarnya mendengar beberapa individu bertutur dengan cara yang berbeza. Berdasarkan kepelbagaian pengalaman dalam aktiviti mendengar, pelajar sebenarnya memerlukan latihan tambahan untuk menyediakan diri sebagai pendengar yang baik.

Pendengaran secara aktif juga merupakan suatu kemahiran dan seperti kemahiran yang lain, latihan dan amalan adalah penting. Kita boleh mempelajarinya untuk berbuatnya secara baik serta berkesan. Tambahan pula, kita boleh menambahbaikkannya sepanjang hayat kita. Pendengaran aktif adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan kita. Kita perlu mengubah tabiat buruk pendengaran kita dan menjadi sebagai seorang pendengar aktif yang baik. Anda menjadi pendengar aktif apabila anda membuat suatu ringkasan atau rumusan mengenai hujah atau alasan penting yang dikemukakan oleh seseorang, menilainya dan menanya soalan bagi mendapat penjelasan mengenai apa yang diutarakan oleh seorang penutur. Tumpuan perhatian kepada minat ,kebimbangan

atau kerisauan, bunyi bising, gangguan dan rupa serta perawakan penceramah menjadi halangan kepada pendengaran yang berkesan atau aktif.

Dalam mewujudkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam sesebuah organisasi pelbagai cara dan kaedah boleh digunakan. Untuk menjadi pendengar yang baik, kita perlu menghayati apa yang diperkatakan. Menghayati memerlukan perhatian, penganalisisan dan mengingati setiap stimulasi yang didengar. Kedua-dua aspek ini penting untuk membolehkan seseorang menjadi pendengar yang aktif. Mendengar tanpa menghayati adalah perkara yang sia-sia sahaja.

Sebagai panduan, adalah wajar seseorang itu mendengar dengan aktif dan serius tentang apa yang diperkatakan dari segi :

i. Intensif. ii. Empati. iii. Membina kemahiran mendengar yang efektif. iv. Membina kemahiran bertindak balas.

i. Intensif. Seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama mampu menganalisis beribu jenis maklumat. Sebenarnya otak manusia dikatakan mampu menerima kadar pertuturan sekurang-kurangnya empat kali dari kelajuan purata pertuturan seseorang penutur. Proses ini memberi peluang kepada minda untuk berfikir semasa mendengar. Otak manusia juga dapat meringkaskan dan mengintegrasikan apa yang diperkatakan ketika proses mendengar sedang berlaku.

ii. Empati Empati memerlukan pendengar menganggap diri mereka sebagai penutur. Pendengar yang aktif sedia untuk menerima di samping meninjau lebih jauh apa yang disampaikan oleh penutur. Cabaran kepada seseorang pendengar yang aktif ialah menerima dan menganalisis apa yang diperkatakan dan menyimpan segala pertikaian yang timbul dlam hatinya sehinggalah penutur selesai brcakap. Pendengar juga perlu mempunyai kesanggupan untuk menerima masalah yang dihadapi di samping bersedia emberi buah fikiran dari kacamata pendengar dan penutur.

iii. Membina Kemahiran Mendengar Yang Efektif.

Terdapat beberapa ciri penting untuk membina kemahiran mendengar yang efektif. Antaranya ialah :

i. Mengadakan interaksi secara berhadapan. ii. Mengelakkan dari melakukan halangan dari segi gerakan badan. iii. Menunjukkan tanda pemahaman atau persetujuan seperti anggukan kepala, perubahan air muka dan sebagainya. iv. Mengutarakan soalan yang berkaitan dengan ikhlas. v. Mengelakkan diri dari mencelah kata-kata penceramah jika tidak perlu. vi. Tidak keterlaluan ketika berbicara sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pendengar. vii. Mewujudkan aliran maklumat yang sempurna antara penutur dan pendengar.

iv. Membina Kemahiran Bertindak Balas.

Tindak balas yang diperlukan dalam kemahiran mendengar ialah tindak balas yang positif bukannya tindak balas yang negatif. Untuk membina kemahiran tindak balas yang positif seseorang itu perlulah menumpukan kepada gelagat tertentu dan bukannya secara umum. Contohnya memberi pujian sertamerta terhadap kerja yang baik oleh subordinat serta memberi alasan mengapa dia perlu mendapat pujian. Jika dia membuat kesalahan, maka perlulah ditegur dengan baik dan ikhlas supaya dapat diperbaiki .

Selain itu, menjadikan tindak balas tersebut sesuatu yang tidak formal dengan tidak mengkritik orang lain secara individu atas sesuatu kegagalan yang berlaku kerana ini akan menyentuh emosi seseorang. Sebaliknya perlu ditegur dengan teguran yang membina dan dapat diterima oleh penutur. Hal ini juga dikatakan tindak balas yang positif dalam kemahiran mendengar.

Untuk membina kemahiran bertindak balas secara positif, seseorang itu perlu menjadikan tindak balas tersebut bertepatan dengan masa supaya tindak balas tersebut lebih rasional dan praktik. Hal ini juga adalah untuk tindak balas tersebut mudah difahami dan diterima oleh semua pendengar.

ii) Mendengar Secara Pasif.

Mendengar secara pasif tidak melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar. Seringkali juga wujud situasi mendengar secara pasif ini dalam kalangan pelajar semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang mendengar semasa guru sedang mengajar tidak berpeluang memberikan respons secara verbal terhadap mesej yang didengar.

Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan suasana berkomunikasi yang baik, pendengar perlu bersedia dengan situasi itu. Hal ini terjadi di mana pendengar tidak boleh mencelah dengan mengemukakan soalan ataupun ingin mendapatkan penjelasan yang terperinci dari penyampai.

Tajuk Forum 5

Berikut adalah tajuk forum 5: Kaedah komunikasi tradisional semakin lama semakin terhakis penggunaannya. Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi tradisional dan antara jenis-jenisnya? Jelaskan tiga (3) cadangan anda bagaimana kita boleh mempertahankannya?

Komunikasi tradisional adalah proses penyampaian pesan dari satu pihak ke pihak lain, dengan menggunakan media tradisional yang sudah lama digunakan di suatu tempat sebelum kebudayaannya tersentuh oleh teknologi modern. Pada zaman dahulu, komunikasi tradisional dilakukan oleh masyarakat primitif dengan cara yang sederhana. Seiring dengan perkembangan teknologi, komunikasi tradisional mulai luntur dan jarang digunakan, namun masih ada sebagian orang yang masih tetap komunikasi tradisional, misalnya masyarakat pedesaan di daerah menggunakan Bali, contohnya: tari kecak . Komunikasi tradisional sangat penting dalam suatu masyarakat karena dapat mempererat persahabatan dan kerjasama untuk mengimbangi tekanan yang datang dari luar. Komunikasi tradisional mempunyai dimensi sosial, mendorong manusia untuk bekerja, menjaga keharmonisan hidup, memberikan rasa keterikatan, bersama-sama menantang kekuatan alam dan dipakai dalam mengambil keputusan bersama. Bentuk-Bentuk Komunikasi Tradisional: 1) Lambang Isyarat Pada awalnya, orang menggunakan anggota badannya untuk berkomunikasi bahasa badan dan bahasa non-verbal. Contohnya dengan gerak muka, tangan, mimik. 2) Simbol Simbol-simbol dalam komunikasi tradisional dapat dilihat pada saat pembukaan Olimpiade yang ditunjukkan dengan penyalaan obor. 3) Gerakan Gerakan-gerakan dalam semaphore disampaikan dengan menggunakan bendera, yang bertujuan untuk menyampaikan sebuah pesan/informasi. 4) Bunyi-bunyian Bentuk komunikasi tradisional dalam hal ini berupa tanda bahaya yang disampaikan dengan sirine atau kentongan.

Anda mungkin juga menyukai