Anda di halaman 1dari 52

Tajuk 5

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

Sinopsis Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan

murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru, modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih, menentu dan menggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan murid.

Hasil Pembelajaran 1. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan 2. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.

Kerangka Konsep
Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks

Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Pengenalan Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuat taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain itu, kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara

mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspek kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan. Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasai perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu, dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang

betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula.

Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya,

bahasa Melayu mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem

panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi. Tegasnya, pengguna bahasa Melayu

perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya, penilaian dan pengujian terhadap

kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini.

Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur Penilaian bertutur terbahagi kepada dua: Pertama: penilaian kemahiran menyebut Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan muridmurid pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-murid bukan Melayu, mereka masih memperlihatkan

pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan. Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f. Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem, suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan, hentian dan intonasi.

Penilaian kemahiran bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat, kehendak dan sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan.

Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan dan pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-ciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Dengan itu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersama ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan pendapat secara spontan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

Teknik menguji kemahiran bertutur

Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan. Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau disebut sendiri, mengikut gaya sebutan yang betul mengikut konteks dan situasi. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita.

Membaca kuat. Ujian membaca kuat boleh digunakan untuk murid yang telah tahu membaca. Dengan membaca kuat, murid dinilai dari segi kelancarannya membaca dengan nada, intonasi dan gaya mengikut wacana dan konteks ayat-ayat dalam petikan yang dibaca itu.

TEKNIK MENGUJI KEMAHIRAN MENYEBUT

Menyebut perkataan pasangan minimal Murid menyebut pasangan perkataan yang sukar disebut dan dideikriminasikan bunyinya. Guru memaparkan perkataan dan menyuruh murid menyebutnya. Kemudian guru memaparkan perkataan lain yang hampir sama bunyi dan menyuruh murid menyebut. Kemudian guru merumuskan perbezaan bunyi kedua perkataan tersebut.

Pemarkatan.
Untuk memudahkan pemarkatan ditentukan bahawa hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah.

Bertutur dengan gerak balas terhad Bertutur mengikut arahan

Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya,

Guru

Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke

rumahnya esok. Murid : Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.

Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini. Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu kenali. Tuturkan

bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu.

Bertutur berdasarkan gambar

Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. memberi gerak balas kepada soalan-soalan itu. Murid perlu

Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambar di atas.

Misalnya: (a) (b) (c) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini? Apa yang sedang mereka lakukan? Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis).

Membaca Kuat (a) Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan intonasi.

(b)

Bahan

- sederhana panjang, sesuai dengan umur murid dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang

sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit. Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap dan terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut bunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan

mengikut unit makna dan nahu, dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada, intonasi, dan tekanan yang betul. Kelemahan: Tidak menunjukkan ciriciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. Oleh itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat, spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.

Bertutur Secara Berpandu Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentukbentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Walau bagaimanpun, batasan masih ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru. Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah:

Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru. (a) (b) (c) (d) (e) Guru memberi murid petikan cerita pendek; Murid membaca senyap; Guru membaca kuat petikan; Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru; Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika

petikan dibaca oleh murid). Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul.

Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:


Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu

mengenainya. Misalnya: percutian


semasa cuti sekolah. Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guru

Main peranan Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu

memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang dikehendakinya. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan. Misalnya: Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan, murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara spontan. Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang

sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.

Temu bual dan Temu duga

Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.

Pemarkatan Ujian Bertutur Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji

kemahiran berturur, iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik. Pemarkatan Secara Objektif Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar. Soalan yang dikemukakan pula

berbentuk item yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar; menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk menentukan markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan.

Bahagian A Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul i. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah ii. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu. iii. Dengan siapa adik bermain bola tadi iv. Wah, besarnya rumah awak!

Bahagian B Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap. i. Apakah cita-cita kamu? ii. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu? iii. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu? Bahagian C Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan.

Soalan:

i.
ii. iii.

Apakah yang dilakukan oleh orangorang itu? Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka? Bagaimanakah cara mereka melakukannya?

Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut: (a) memadankan memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya; memadankan pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya. (b) megelompok misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buahbuahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya. (c) menyusun dan melengkapkan menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur, kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll. (d) menyelesaikan masalah menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat; (e) (f) (g) berinteraksi melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll simulasi main peranan dalam lakonan, forum dll projek perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos, pelaporan dll.

Senarai Semak untuk Pemarkatan.

Nama Murid: .....................................................................................................

Markat Bahagian No: Gambar Nombor Soalan 1 A 2 3 4 5 1 2 3 4 5 J = J= 2 1 0

Nilai Markat (cadangan) 2 1 0 Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa. Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau tatabahasa. Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara.

Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian dengan 2. Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan

semuanya dengan 2; menjadi 12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.

Pemarkatan Secara Holistik Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan, bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan. Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu: i. ii. iii. iv. v. sebutan kefahaman ketatabahasan keluasan perbendaharaan kata, dan kelancaran pertuturan.

Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru. Rumusan Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting, awal diajar dan perlu dikuasai oleh murid, maka guru mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan muridmuridnya. Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan

berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu, guru harus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan cara memberi markah. Diharap modul ini

dapat memberi kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan baik dan berkesan.

(a) (b)

Huraikan tentang lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik. Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. Pada pendapat anda, kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu?

Tajuk 6

Kemahiran Membaca Matlamat dan Jenis Bacaan Peringkat Pengajaran Bacaan Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan dan teknik bacaan. Empat teknik bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif, ekstensif, skimming dan scanning. Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Semuanya harus bermula daripada

yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasai

kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar

Dalam dengan

menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan. Hasil Pembelajaran 1.1 Menjelaskan kemahiran membaca; matlamat, jenis bacaan dan peringkat pengajaran bacaan 1.2 Menghuraikan teknik bacaan.

Kerangka konsep Matlamat dan Jenis Bacaan: Mekanis Mentalis Intensif Ekstensif Peringkat Pengajaran Bacaan: Kesediaan membaca Prabacaan Mekanis Bacaan dan Kefahaman Teknik bacaan: Intensif Ekstensif Skimming Scanning

Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU

Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan Aplikasi Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning

Fikirkan:

Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di sekolah rendah?

Arahan: Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran membaca di sekolah. Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca, sila fahami jenis bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini.

Matlamat Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.

Anda perlu tahu matlamat anda mengajar kemahiran membaca kepada pelajar-pelajar ! Kini, fahami pula jenis-jenis bacaan.

Jenis Bacaan Bacaan mekanis Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan

sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Bacaan Mentalis Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini

dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran.

Bacaan Intensif Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk

memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.

Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas; bahan bacaan

perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur. Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan, lakukan

rujukan untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanakkanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal,

kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahanbahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat

kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanakkanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah.

Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar.

Prabacaan Prabacaan merupakan kesediaan prabacaan meliputi kemahiran murid untuk membaca. Peringkat pendengaran, kemahiran

pengamatan

pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka

mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

Bacaan Mekanis

Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.

Bacaan dan Kefahaman

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.

Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda.

Teknik Bacaan

Banyak bahan yang perlu kita baca ! Bacaan Intensif

Kita boleh gunakan pelbagai teknik yang telah diajar oleh guru kita. Teknik bacaan ini akan meningkatkan pemahaman kita.

Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan

memperkembang kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang

berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru.

Konsep-konsep bacaan intensif (a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru; (b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; (c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya; (d) Memperkembang usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan; dan (e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting.

Tujuan: (a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik; (b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus; (c) (d) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya; Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca; (e) Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa; (f) Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai; dan

(g)

Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.

Bacaan Ekstensif Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkaraperkara berikut: (a) (b) (c) membaca tinjauan membaca sekilas membaca dangkal

Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan. Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan. Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek

pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan. KONSEP BACAAN EKSTENSIF (a) (b) (c) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru; Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok; Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar; dan Bahan-bahan yang berbeza.

(d)

Tujuan Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar: (a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain; (b) (c) (d) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari; Mendapat pengetahuan sambil berhibur; Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan sebagainya; (e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif; (f) (g) (h) (i) (j) Menambah minat membaca; Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik; Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca; Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa; Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan

menggunakan perpustakaan;

(k)

Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa;

SKIMMING Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu perenggan untuk mendapatkan idea utama. Prosedur Skimming Langkah-langkah skimming: (a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk; (b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya; (c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk skim; (d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. Konteks ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya; (e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan anda akan dapati idea yang penting dan fakta; dan (f) Baca perenggan akhir dn teliti di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan. atas sesuatu

Perkara

penting

ialah

memahami

perhubungan

antara

idea

yang

dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.

SCANNING Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental. Prosedur Langkah-langkah untuk scanning: (a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari. (b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain. (c) Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca. (d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat. (e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.

Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam modul ini. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan kemahiran membaca anda.

Tajuk 7

PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa Kaedah Pandang Sebut Kaedah Abjad Kaedah Fonik

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan, cerakinan, komunikatif dan pengalaman bahasa. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialah kaedah pandang sebut, kaedah abjad dan kaedah fonik Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau bagaimanapun, untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalam pembacaan. Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya

memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat.

Dalam konteks ini

bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran kemahiran membaca

Hasil Pembelajaran

1.1

Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa

Kerangka konsep Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa : Binaan Cerakinan Komunikatif Pengalaman bahasa

Kaedah Bacaan Pandang Sebut Abjad Fonik

Pengajaran Kemahiran BAHASA MELAYU: Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas

Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa. Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut, Abjad dan Fonik

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

Pendekatan Binaan Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsurunsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid

diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan

menjadi suku kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.

Pendekatan Cerakinan Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu

dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan hurufhuruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik

Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi

dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif. Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita, teater pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking.

Prinsip pendekatan komunikatif: (a) (b) (c) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya; pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana; pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar;

(d)

mempelbagaikan aktiviti komunikasi.

Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan. Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat, murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soal pelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan. Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut; (a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain;

(b)

Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka;

(c)

Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep;

(d)

Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca; dan

(e)

Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca.

Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan. Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah:

Kaedah Pandang Sebut


KAEDAH PANDANG SEBUT

Menyebut Perkataan

Mencerakinkan perkataan dan kata

Membina dan membaca ayat

Membaca ayat

l a t i h a

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataanperkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang. Kaedah Abjad KAEDAH ABJAD

Menyebut nama huruf abjad a z; huruf besar dan kecil

Menyebut suku kata V dan KV

Mengeja suku kata, perkataan dan frasa

Membaca ayat

l a t i h a

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja

perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.

Kaedah Fonik KAEDAH FONETIK

Membuny

Membata

Membac

Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.

Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya. Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Selamat mencuba dan berjaya!

Tajuk 8

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read, Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain (b) Teknik Bercerita (c) Teater Pembaca

Sinopsis Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Teknik yang akan dijelaskan ialah teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater pembaca. Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid, justeru dapat

meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. bergantung kepada pengolahan teknik

Keberkesanan pengajaran

yang dapat merangsang dan

menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif.

Hasil Pembelajaran 1.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran

kemahiran-kemahiran bahasa.

Kerangka konsep TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read, Review,Recite (3R); (b) Know,What,Learn,How, (c) (KWLH); dan lain-lain (a) (b) (c) Lingkaran Soalan, Tatacerita Bimbingan Menjangka, Teater Pembaca

Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU

Bimbingan Menjangka, Teater Pembaca

Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R, KWLH , Lingkaran Soalan,Tatacerita , Bimbingan Menjangka dan Teater Pembaca

Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R) 1. SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) Tinjau Q (question) Soal/tanya R (read) Baca R (recite) Imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) Baca semula Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca,

pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang

melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga.

Knowledge, What, Learn, How (KWLH) KWLH adalah singkatan bagi yang berikut: K (know) W (want) L (learned) H (how) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Melalui Teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya). Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.

Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR) RADAR adalah singkatan bagi yang berikut: R (Read) A (Analogize) D(Discuss) A( Apply) R(Review/Research) Membaca Menganalogi Berbincang Mengaplikasi Menyemak/ Menyelidik

Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima langkah RADAR ialah: R Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain. A Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan. D Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat. A R Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan. Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan. RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.

Teater Pembaca Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi

menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

Langkah pelaksanaan (a) (b) (c) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan; Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon; Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog; (d) (e) Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai; Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa

persembahan; (f) (g) (h) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan; Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.

TEKNIK BERCERITA Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat

disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan. Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: (a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat

permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita; (b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan;

Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: (a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat muridmurid; (b) (c) (d) (e) (f) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan; Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa; Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting; Lakukan latihan; BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan penceritaan; dan (g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan bahasa yang hendak disampaikan.

Terdapat beberapa teknik lain dalam meningkatkan kemahiran membaca, cuba layari internet untuk mengetahui teknik-teknik bacaan tersebut.

Tajuk 9 Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca Objektif Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar.

Tajuk 10

Penilaian Kemahiran Membaca Mengenal Pasti Idea Keseluruhan Mengesan Idea Utama dan Idea Sokongan Membuat Ramalan/Kesimpulan Pembinaan Instrumen Penilaian.

Penialaian

ialah

suatu

kaedah

bagaimana

seseorang

guru

boleh

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajarannya . Dalam konteks pengajaran kemahiran membaca,penilaian akan menjadi landasan terhadap kaedah,pendekatan dan teknik pengajaran yang digunakan. Dalam hal ini, perbincangan meliputi persoalan tentang tujuan, aspek dan pentadbiran dalam penilaian, bentuk-bentuk kefahaman. penilaian, dan criteria soalan-soalan

Tujuan ,Aspek dan pentadbiran penilaian Penilaian ialah satu aspek penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran iaitu suatu kaedah bagaimana kemajuan atau kelemahan sesuatu kemahiran yang diajarkan itu dikenal pasti. Dalam konteks kemahiran membaca, penilaian bertujuan untuk menguji sejauh mana pembaca

memahami bahan yang dibaca. Diperingkat rendah, penilaian juga dibuat untuk intonasi dan sebutan dalam bacaan. Dalam hal ini terdapat beberapa bentuk penilaian dan instrument yang boleh diguna pakai dalam pengujian kemahiran membaca.

Bentuk Penilaian Bentuk penilaian adalah seperti berikut : a)Penilaian kendiri Penilaian kendiri ialah bentuk penilaian yang dilakukan oleh pelajar atau

pembaca itu sendiri,berdasarkan senarai semak yang diberikan oleh guru. b) Penilaian rakan sebaya Penilaian rakan sebaya dinamakan juga penilaian berpasangan. Dalam penilaian ini,pelajar secara berpasangan akan menyemak dan menilai bacaan sesame sendiri.

c) Pemerhatian Pemerhatian dibuat untuk melihat sikap,kefahaman dan intonasi dalam bacaan. Dalam kaedah ini guru atau penilai perlu menyediakan senarai semak yang mengandung criteria atau perkara-perkara yang akan

diperhatikan.

d)Pengujian Pengujian boleh dibuat untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap bahan bacaan. Pengujian boleh dibuat dalam bentuk memadankan perkataan dan ayat, ujian bacaan, penyoalan terbuka, menyusun semula petikan,ujian kloz dan ujian aneka pilihan.

Instrumen Ujian Instrumen ujian kemahiran membaca boleh terdiri daripada petikan atau

bahan yang akan dibaca dan difahamkan oleh pelajar. Pada masa yang sama dokumen seperti senarai semak dan skala kadar juga digunakan sebagai instrument ujian, terutama yang melibatkan aspek afektif dan perlakuan dalam kemahiran membaca seperti intonasi,nada, tekanan suara dan sebagainya. Tujuan utama instrument adalah untuk mendapatkan ukuran atau data berkaitan dengan apa yang diuji.

a)Senarai semak Dalam ujian berbentuk pemerhatian, senarai semak yang mengandung perkara dan criteria pemarkahan perlu disediakan. Senarai semak yang mengandung criteria tertentu juga akan menjadi panduan kepada guru atau penilai untuk menilai dan menentukan tahap kefahaman seseorang pembaca.

b) Skala Kadar Skala kadar ialah dokumen yang mengandung kriteria yang menunjukkan tahap pencapaian dalam kemahiran membaca. Skala kadar kebiasaannya menetapkan markah atau pencapaian tertentu berdasarkan kriteria bacaan dan kefahaman yang ditetapkan.

Tajuk 11

Kemahiran Menulis Matlamat dan Peringkat Tujuan Penulisan Jenis Penulisan Karangan

Matlamat Menulis. Kemahiran menulis diajar kepada pelajar agar mereka dapat merakamkan apa sahaja perkara yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik iaitu tulisan. Dalam masa yang sama, pelajar juga dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin. Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik.

Matlamat mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah

untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu. Kemahiran ini juga dapat melatih para pelajar melahirkan idea dan mengembangkan idea mereka sendiri. Kemahiran menulis juga melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk

pemerengganan yang betul.

Kemahiran menulis ini turut melatih para pelajar untuk menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Kemahiran ini juga, melatih pelajar menggunakan format karangan yang betul. Selain itu, pelajar boleh menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari. Kemahiran ini juga menyiapkan muridmurid untuk menghadapi peperiksaan di masa akan datang.

Selain itu, kemahiran ini menyuburkan minat pelajar. Disamping itu, pelajar berpeluang untuk meluaskan kosa kata mereka apabila mereka berinteraksi dengan orang lain. Selain itu, Kemahiran menulis memberikan kepuasan jiwa kepada semua penulis kerana mampu melahirkan perasaan mereka menerusi tulisan.

Peringkat Menulis. Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis, iaitu: a)Peringkat pramenulis. Pada peringkat ini pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan selesa dan tepat. Dalam peringkat ini guru akan memberikan aktiviti-aktiviti pergerakkan tangan dan mata, supaya pelajar boleh mengkoordinasikan kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihan-latihan yang boleh dilaku untuk membentuk kemahiran ini ialah: i.Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putusputus. ii.Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan. iii.Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan sebaliknya.

iv.Latihan membentuk garisan lurus.

b)Peringkat mekanis Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah peringkat tulisan mekanis. Pada peringkat ini pelajar-pelajar dilatih

membentuk lambing-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya, pelajar akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk membentuk perkataan, dan seterusnya ayat. Secara umumnya, latihan-latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah:

i.Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal. ii.Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris. iii.Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas.

c.Peringkat pelahiran Pada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk huruf dan mengeja. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Antara latihan-latihan yang boleh diguna pakai dalam peringkat ini ialah: i. Mengisi silang kata ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat iii. Melengkapkan ayat

iv. Melengkapkan petikan atau cerita v. Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan gambar. vi. Menulis jawapan kefahaman.

Jenis Penulisan. Dari segi jenisnya, terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh diekspoitasi untuk tujuan pengajaran & pembelajaran kemahiran ini. Penjenisan ini dibuat berdasarkan bentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis, penentuan dan pemilihan jenis-jenis

penulisan ini perlu disesuaikan dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri. Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan kreatif. Jenis penulisan tersebut dijelaskan seperti berikut:

a)Penulisan terkawal Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuh oleh guru, sama ada dalam aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. Dalam penulisan terkawal, pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru atau menulis semula petikan, ayat-ayat atau karangan yang dianggap baik. Penulisan terkawal ialah tahap pertama kea rah penulisan bebas, kerana latihan-latihan penulisan terkawal akan membantu pelajar menguasai bentuk bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya penulisan yang baik. Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah: i. ii. iii. Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar Menulis surat Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar.

b) Penulisan Separa Terkawal. Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi. Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar dibenarkan menukarkan beberapa perkataan yang sesuai dalam petikan tersebut. Bentuk-bentuk penulisan separa terkawal adalah: i. ii. iii. iv. Mengisi tempat kosong Menuliskan cerita daripada gambar Membuat ayat daripada perkataan Menjawab soalan berdasarkan tajuk.

c) Penulisan Berpandu. Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau

menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu. Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis. Aktivitiaktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah: i. ii. Menukarkan dialog kepada bentuk naratif Menukarkan bentuk puisi kepada prosa.

d)Penulisan Separa Berpandu. Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru. Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan pemerengganan. Dalam penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kapada tajuk atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan yang boleh dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah: i. ii. Menyudahkan cerita Menulis karangan yang isinya disediakan guru.

e)Penulisan Bebas Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan tatabahasa yang baik, Penulisan jenis ini dijalankan setelah pelajar diminta memberikan tumpuan kepada apa yang akan ditulis. Tegasnya pelajar sepatutnya boleh mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan suatu tulisan yang baik dan bermakna.Dalam penulisan jenis ini,penglibatan guru adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan campurtangan jika terdapat kesalahan-kesalahan dalam penulisan sahaja. Secara umumnya terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakaukan dalam penulisan bebas; iaitu: Penulisan naratif Penulisan deskriptif Penulisan imaginatif Penulisan argumentative

f) Penulisan Kreatif Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam

penulisan bebas. Dalam penulisan ini,pelajar bukan sahaja telah mahir dalam pengolahan idea, tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman atau imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan. Penulisan kreatif mempunyai

keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan bentuk penulisan bebas yang lain kerana jenis penulisan ini bukan hanya memfokuskan terhadap isi yang akan ditulis.tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan mempersembahkan isi tersebut dengan cara yang berkesan dan menarik. Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah : Cerpen Puisi Drama Novel

Tajuk 12

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis Proses LEA (Pengalaman Bahasa)

Menulis ialah sesuatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana-wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan menyusun symbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang, yang memerlukan penggembelengan aspek psikologi dan kognitif. Oleh itu kemahiran mengarang ini boleh di capai melalui beberapa pendekatan iaitu:

1.Pendekatan Proses. Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan

membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan penulisan yang baik.

2.Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan

penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan.

Tajuk 13

Kemahiran Mengarang. Mencari isi-menggunakan Bahan Rangsangan Mengaitkan isi dengan Tajuk, kohesi, koheren, dan pemerengganan Kemahiran kosa kata, gaya persembahan, mengedit dan mengembangkan idea- peta minda

Objektif Mengarang Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh muridmurid pada sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk: Melatih murid-murid melahirkan idea

Melatih murid-murid menghujah danmengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan pemerengganan yang betul karangan dalam bentuk

Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharian

Mencari isi menggunakan bahan rangsangan Penggunaan bahan rangsangan dalam penulisan juga boleh disamakan dengan kemahiran penulisan berpandu. Bahan rangsangan dapat membantu murid untuk menulis karangan. Pada tahap ini berkemungkinan murid telah boleh menulis ayat-ayat mudah. Guru boleh memberikan kad-kad gambar bersiri ataupun gambar tunggal untuk membantu murid menulis ayat mudah berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.

Mengaitkan isi dengan tajuk, kohensi, koheren dan pemerengganan Terdapat empat aspek utama yang perlu dititik beratkan dan diambil perhatian iaitu tajuk,kohensi ,koheren dan pemerengganan. Keempat-empat ini saling berkait antara satu sama lain. Ia merupakan tunjang utama dalam menghasilkan sesebuah karangan yang baik. Dalam sesebuah penulisan, perenggan pertama merupakan pengenalan kepada tajuk. Isi yang ditulis dalam perenggan pertama menjurus kepada isi karangan yang hendak disampaikan dan dapat menarik minat untuk pembaca membaca isi-isi yang seterusnya. Setiap isi dipisahkan dalam satu perenggan yang berasingan supaya pembaca dapat memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Setiap perenggan isi mempunyai kohensi dan koheren nya yang tersendiri. Kohensi bermaksud tautan, manakala koheren pula bermaksud rentetan. Kedua-dua aspek ini boleh dilihat di dalam isi karangan tersebut. Bagi sebuah karangan yang baik setiap isi dalam sesuatu perenggan yang diasingkan tersebut mestilah mempunyai kohensi serta koheran antara isi-isi tersebut. Susunan isi-isi dalam sesebuah karangan juga hendaklah mengikut keutamaan dan kepentingannya. Kemahiran kosa kata, Gaya persembahan, mengedit dan mengembangkan idea- peta minda Peta Minda dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses, iaitu suatu pendekatan yang berdasarkan proses penulisan itu sendiri.

Teknik peta Minda digunakan untuk memandu pelajar kea rah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini. Guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Contoh Peta Minda

Tajuk 14

Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Ejaan Imlak Karangan

Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil kira prinsip-prinsip pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya prinsipprinsip yang dimaksudkan itu ialah : Ketepatan maklumat kandungan Ketepatan bahasa dan gaya Sesuai dengan umur,tahap dan keupayaan pelajar Sesuai dengan masyarakat, agama dan budaya Sesuai dengan objektif pengajaran Sesuai dengan masa pengajaran Mudah diguna dan dikendalikan

Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan seperti gambar,petikan, rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan, dan sebagainya),rakaman video, dan filem sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran. Ejaan

Imlak Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa kata Pastikan tempat hentian bacaan Petikan perlu dibaca dengan jelas Cara-cara pengajaran Imlak Berikan petikan teks dan minta murid baca Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulis Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca Karangan

Tajuk 15

Penilaian Pengajaran Kemahiran Menulis Mengenalpasti idea keseluruhan Mengesan idea utama dan idea sokongan Membuat ramalan/kesimpulan

Menurut Kamarudin Husin (1997), aspek-aspek yang boleh dinilai dalam kemahiran menulis adalah seperti berikut: Penggunaan bahasa-aspek tatabahasa Aspek mekanikal- pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya Ketepatan dan kesinambungan isi kesesuaian dan huraian isi

Gaya penulisan-penggunaan ungkapan/kosa kata menarik Kemahiran mengolah- menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran.

Aspek-aspek yang dinyatakan di atas boleh dilihat melalui aktiviti-aktiviti seperti mencatat nota,mengembangkan maklumat, mengisi borang. Menulis surat,menulis karangan (pelbagai bentuk) dan menulis laporan.

Anda mungkin juga menyukai