Anda di halaman 1dari 10

Refleksi WAJ 3107 Seni Dalam Pendidikan Dengan berasa bersyukurnya, saya dapat menerima kerja kursus subjek

WAJ 3107 Seni dalam Pendidikan. Dalam proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang betapa penting kepada saya terutamanya dalam bidang kerja saya pada masa yang akan datang iaitu sebagai seorang guru di sekolah rendah nanti. Pengetahuan yang paling bernilai bagi saya adalah tentang sejarah boneka dan jenis-jenis boneka di negara kita. Selepas menjalankan kerja kursus WAJ 3107 ini, saya telah memahami bahawa boneka berasal daripada Portugis iaitu dengan perkataan boneca, merupakan sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau haiwan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka biasanya dikatakan merupakan salah satu mainan yang paling tua, kerana pada zaman Yunani, Romawi atau Mesir, boneka sudah wujud. Namun fungsi, bentuk, mahupun bahan pembuatnya ternyata berbeza sekali antara dulu dengan sekarang. Secara umumnya, boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun kadang-kala digunakan untuk fungsi-fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun misteri misalnya berupa upacara-upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir ataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali boneka ditemukan pada makam-makam atau situs-situs sejarah mahupun prasejarah. Selain itu, saya juga mendapati bahawa boneka pada zaman 3000-2000 SM terbuat dari tanah liat, tulang, dan juga patahan kayu atau potongan kain. Bentuknya masih sangat sederhana dan memiliki fungsi ritual. Contohnya di Yunani dan Romawi. Setiap anak perempuan harus memiliki boneka, kemudian membuatkan bajunya, dan wajib menyimpannya sampai menjelang pernikahan. Saat menjelang pernikahan, boneka itu wajib diletakkan di altar Artemis atau altar Diana untuk upacara keagamaan. Di Mesir, boneka digunakan sebagai pengganti korban manusia. Pada zaman 600 SM, mula ada boneka yang bajunya boleh diganti dan kaki serta tangannya boleh digerakkan. Fungsi boneka masih sama seperti pada zaman sebelumnya, adalah untuk upacara ritual. Boneka juga merupakan gambaran humanis. Manakala pada masa abad ke-5, iaitu abad pertengahan, bahan boneka mulai ada yang dari kayu. Fungsi ritual boneka masih terasa pada zaman ini. Seperti di Meksiko, bonekanya banyak berwujud

keluarga suci dan digunakan untuk perayaan Natal. Bagi suku Indian Hopi, boneka menjadi bagian dalam upacara kesuburan bagi tujuan memohon supaya diberikan kesuburan atau kemakmuran. Pada zaman sekarang pula, boneka-boneka di pasaran kebanyakan terbuat dari plastik dan vinil. Kelebihan boneka tidak hanya dalam ekspresi tetapi juga style. Contohnya Barbie yang muncul pada tahun 1959 diciptakan oleh Ruth Handler. Boneka remaja tersebut memiliki aksesoris, baju dan perlengkapan yang bermacam-macam, dan rambutnya boleh dicuci, ditata atau disisir sama seperti rambut manusia. Fungsi boneka juga telah berbeza berbanding dengan zaman dulu, sekarang boneka hanya sekadar mainan sahaja bagi kanak-kanak. Saya juga telah mendapati bahawa di beberapa negara, boneka tidak hanya dipajang atau dimainkan secara perorangan, tetapi dirayakan bersama. Misalnya di Jepun yang meraikan perayaan yang bernama Hina Matsuri yang bermaksud Festival Boneka. Hina Matsuri tersebut diadakan setiap tanggal 3 Maret dan sering dinamakan festival anak perempuan. Pada tanggal itu, setiap keluarga yang memiliki anak gadis memajang koleksi boneka mereka dan berdoa supaya anak gadis mereka boleh tumbuh dewasa dan selaku diberi kegembiraan. Di India, terdapat festival boneka yang bernama Navaratri. Perayaan itu diadakan selama 9 malam untuk menghormati para dewi, Durga, Lakshmi, dan Saraswati. Selain daripada sejarah boneka, saya juga telah mempelajari banyak jenis boneka yang terdapat di seluruh dunia. Antara boneka yang paling diminati adalah boneka tongkat, boneka tangan, boneka wayang atau dinamakan sebagai wayang kulit, dan juga boneka tali. Semasa proses saya menjalankan kerja kursus saya tersebut, saya telah melalui beberapa halangan untuk mencapai kejayaan. Halangan yang pertama saya temui adalah semasa saya dan ahli kumpulan saya menerima kerja kursus ini di dalam kelas. Kami berasa begitu risau dan bimbang kerana kami langsung tidak mempunyai idea dan ilmu untuk menghasilkan boneka di mana ia merupakan salah satu hasil kerja kursus. Pada masa tersebut, kami memang rasa gelisah kerana tarikh hantar kerja kursus tersebut telah ditetapkan dan tidak lama daripada hari kami menerima kerja kursus tersebut.

Selepas beberapa hari berbincang, kami pun berjumpa dengan pensyarah kami untuk mendapatkan bimbingan daripada beliau. Dengan berasa bersyukurnya, selepas kami berjumpa dengan pensyarah kami untuk mendapatkan bimbingan, kami telah mempunyai idea dan konsep untuk menghasilkan boneka kami. Setelah proses undi dijalankan di antara semua ahli kelas, maka kami telah pun dibahagikan dengan menggunakan kaedah boneka tongkat bagi menyiapkan kerja kursus ini. Selepas itu, kami pun bermula untuk berbincang langkah-langkah untuk menghasilkan boneka tongkat tersebut. Pada masa yang sama, kami diminta untuk memilih sebuah cerita rakyat untuk menyesuaikan watak-watak di dalam cerita untuk menghasilkan boneka. Boneka-boneka tersebut dihasilkan adalah untuk persembahan yang akan datang di mana kami perlu memainkan boneka-boneka tersebut bersama dengan lirik muzik dan pergerakan boneka. Masalah seterus yang kami temui adalah semasa pemilihan cerita rakyat yang sesuai untuk kerja kursus kami. Cerita rakyat yang kami pilih perlu sesuai untuk pelajar sekolah rendah di mana cerita tersebut seharusnya tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, dan cerita tersebut haruslah menarik dan terdapat banyak watak di dalam cerita tersebut. Oleh sebab pengetahuan kami tentang cerita rakyat amat terhad, jadi, kami pun menuju ke perpustakaan untuk mencari maklumat tentang cerita yang sesuai untuk kerja kursus kami ini. Bak kata perpatah, Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Setelah beberapa jam kami mencari cerita rakyat yang menarik, akhirnya kami memperolehi beberapa cerita yang menarik dan boleh dijadikan cerita yang dapat disembahkan dengan menggunakan boneka yang kami ingin hasilkan. Dengan perasaan gembira, kami pun meminjam buku-buku cerita tersebut balik untuk membuat pilihan yang terakhir. Setelah berbincang selama satu jam, kami pun membuat keputusan untuk memilih cerita Putera Katak ini untuk menjadikan cerita pilihan kami bagi persembahan pada masa hadapan nanti. Dengan bersyukurnya, kami berjaya untuk mengatasi masalah pilihan cerita ini dengan cepat dan berkesan. Semasa kami sedang membahagikan watak-watak di dalam cerita Putera Katak tersebut, saya telah dibahagikan dengan watak puteri di dalam cerita tersebut. Seterusnya, kami diminta untuk menghasilkan boneka tongkat masing-masing untuk

persembahan pada masa yang akan datang nanti. Pada mulanya, saya berasa kecewa kerana mendapat watak yang begitu payah untuk dihasilkan kerana saya tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menghasilkan boneka tongkat. Akan tetapi, saya tidak pernah berputus asa dengan mencari maklumat tentang cara untuk menghasilkan boneka tongkat watak puteri dengan bersungguh-sungguh. Saya telah puas mencari maklumat dan rakaman video di internet tentang cara untuk menghasilkan boneka tongkat dan juga contoh-contoh boneka yang telah dihasilkan dan sedang dijual di pasaran untuk mendapatkan idea saya yang tersendiri. Untuk menghasilkan idea yang kreatif, saya telah mengambil gambar semua boneka yang telah saya jumpai untuk membuat rujukan bagi menghasilkan boneka saya. Setelah beberapa hari saya membuat kajian tentang boneka di pasaran dan di internet, saya pun bermula untuk melakar boneka saya sendiri. Kelemahan saya adalah melukis dan saya mengalami masalah yang paling rumit sekali adalah semasa saya membuat lakaran boneka saya. Saya telah melukis beberapa keping lakaran boneka saya tetapi masih tidak dapat menonjolkan idea yang terdapat pada minda saya dengan sempurna. Akhirnya, saya pun berjumpa dengan kawan saya yang mengambil opysen Seni untuk meminta tunjuk ajar tentang membuat lakaran boneka tersebut. Selepas beliau memberi tunjuk ajar terhadap lakaran yang saya patut hasilkan, saya pun bermula melakar mengikut cara tunjuk ajar beliau. Walaupun saya gagal beberapa kali pada mulanya, tetapi saya telah berjaya menghasilkan lakaran boneka yang saya inginkan pada minda saya dengan sempurnanya. Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada kawan saya yang banyak memberi tunjuk ajar terhadap lakaran boneka saya tersebut. Setelah membuat lakaran, kami diminta untuk mencari bahan untuk menghasilkan boneka masing-masing. Bagi saya, saya sudah mendapat idea untuk memilih jenis kain yang mana untuk menghasilkan boneka tongkat saya. Akan tetapi, pada masa tersebut, kami mengalami masalah kesuntukan duit untuk membelikan bahan-bahan yang berkualiti dan cantik untuk menghasilkan boneka kami. Jadi, kami pun membuat keputusan untuk membuat kajian tentang harga bahan-bahan yang murah tetapi berkualiti dan cantik di pasaran selama satu hari. Setelah penat mengkaji,

kami telah pun memilih beberapa bahan yang murah dan tidak begitu teruk kualitinya untuk menghasilkan boneka kami. Saya berasa bersyukur kerana dapat peluang untuk menghasilkan boneka ini dalam kerja kursus ini kerana saya telah banyak mempelajari kemahiran membuat kajian di pasaran semasa dalam masa yang suntuk dan dapat memilih bahan yang terbaik untuk tujuan kami. Dalam proses kami menghasilkan boneka masing-masing, kami telah mengalami masalah kekurangan kemahiran untuk membuat jahitan atas boneka kami masingmasing. Pada mulanya, kami berasa risau dan gelisah kerana antara ahli kumpulan kami, terdapat beberapa orang tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk menjahit dan menghasilkan boneka. Tetapi dengan berasa bersyukurnya, seorang daripada ahli kumpulan kami mempunyai kemahiran menjahit dan beliau sudi untuk menghulurkan bantuan terhadap kami semasa dalam proses menghasilkan boneka masing-masing. Beliau menunjuk ajar cara untuk menghasilkan jahitan boneka langkah demi langkah untuk memudahkan pemahaman kami. Walaupun antara kami terdapat juga yang gagal untuk menghasilkan boneka yang cantik dan kemas, tetapi akhirnya beliau membantu juga untuk membuat aturan dan hiasan terhadap boneka kami. Dalam proses menghasilkan boneka ini, saya dapat merasai kepentingan sikap tolongmenolong ini dalam kehidupan kami sebagai seorang manusia. Bak kata perpatah, Sikap budi akan dibalas dengan budi, setiap orang manusia mesti akan mengalami keadaan di mana kita memerlukan pertolongan orang lain, jadi, kita haruslah menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan di sekeliling kita. Dengan bersyukurnya, kami dapat juga menghasilkan boneka kami yang cantik dalam masa yang begitu singkat dan pendek. Selain daripada halangan dan pengetahuan telah saya pelajari, saya juga telah menguasai beberapa kemahiran yang penting dan berfaedah untuk pekerjaan saya sebagai seorang guru pada masa hadapan. Kemahiran yang pertama saya tuntut melalui kerja kursus ini adalah kemahiran untuk mencari maklumat dari pelbagai sumber. Sebelum bermulanya kerja kursus ini, kami mendapati bahawa sumber kami tentang maklumat boneka adalah sangat sedikit. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk mencari maklumat yang lebih tentang tajuk kami. Bak kata perpatah Nak seribu

daya, tak nak seribu dalih, sekiranya kita inginkan sesuatu, dengan usaha kita, kita mesti akan dapat pada akhirnya. Akhirnya, kami mampu juga untuk mencari maklumat yang secukupnya untuk menghasilkan boneka tongkat. Dalam proses ini, kami telah mempelajari bahawa maklumat tidak hanya boleh didapati di pusat sumber, maka kita juga boleh dapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada pasaran yang menjual boneka, laman web yang mengajar cara untuk menghasilkan boneka dan juga buku-buku yang menunjukkan cara untuk membuat boneka. Selain itu, saya juga telah mempelajari beberapa cara menjahit terutamanya dalam proses menghasilkan boneka tongkat saya. Sebelum ini, saya langsung tidak mempunyai pengalaman untuk membuat jahitan. Dengan adanya kerja kursus ini, maka saya dapat mencuba menjahit dengan menggunakan beberapa jahitan seperti jahitan lilit tubi. Pada pendapat saya, sebagai seorang guru, kita seharusnya mempelajari banyak kemahiran supaya kemahiran tersebut akan membantu kami pada masa yang akan datang. Pada mulanya, saya tidak dapat menjahit dengan betul dan cantik, tetapi rakan saya yang lebih pandai dan berkemahiran telah menghulurkan bantuan kepada saya. Beliau telah mengajar saya cara untuk menghasilkan jahitan secara perlahanperlahan dan langkah demi langkah. Sekiranya saya telah melakukan kesalahan, maka beliau telah membetulkan saya pada masa yang paling cepat. Akhirnya saya dapat juga menghasilkan boneka saya sendiri dengan jahitan saya yang tersendiri. Pada pendapat saya, saya rasa kemahiran menjahit ini amat berguna terutamanya bagi pekerjaan saya sebagai seorang bakal guru prasekolah. Dengan adanya kemahiran menjahit ini, saya dapat menghasilkan sebanyak boneka dengan kreativiti saya sendiri untuk menghiburkan pengajaran saya di dalam kelas. Maka dengan ini, kanak-kanak akan lebih tertarik dan pengajaran dan pembelajaran saya akan tercapai dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, saya dan ahli kumpulan saya juga bekerjasama untuk menyiapkan papan cerita untuk cerita putera kanak tersebut sebelum menghantar kerja kursus kami. Sebelum bermula untuk menghasilkan papan cerita tersebut, kami telah membuat perancangan yang teliti dan mendalam tentang cara untuk menghasilkan papan tersebut. Pada permulaannya, kami bercadang ingin menghasilkan papan cerita

kami dengan mencari gambar daripada internet dan menghiaskannya lalu menampalkan pada papan kami. Akan tetapi, kami mengalami sedikit kesusahan iaitu pensyarah kami tidak mengizinkan kami untuk mencetak gambar yang telah kami cari dari laman web tetapi beliau inginkan kami untuk menghasilkan papan cerita dengan lukisan kami sendiri dan warnakan mereka. Pada masa tersebut, kami berasa gelisah kerana antara kami, tiada sesiapa pun yang mahir dalam menghasilkan lukisan yang cantik. Dengan ini, kami pun berusaha untuk meminta tunjuk ajar daripada rakan kami yang mengambil major dalam pendidikan seni. Bersyukur kepada Tuhan, rakan-rakan kami yang beropsyen pendidikan seni sanggup untuk mengajar kami untuk melukis papan cerita kami. Dengan bimbingan rakan-rakan kami, kami mampu juga menghasilkan lukisan yang agak memuaskan. Walaupun penat, tetapi kami semua berasa bangga dan gembira kerana dapat peluang untuk melukis dengan sendiri. Pada masa tersebut, kami barulah faham kemahuan dan kehendak pensyarah kami untuk mengarahkan kami untuk melukis sendiri papan cerita tersebut. Beliau ingin kita semua untuk mencuba dalam semua kerja dengan tangan kita sendiri. Selepas siap melukis, kami pun bermula untuk mewarna papan cerita kami. Dalam proses menghasilkan papan cerita ini, saya telah mempelajari bahawa sekiranya kita inginkan sesuatu, kita akan mencari jalan untuk mendapatkannya tidak kira bagaimana. Sekiranya kita tidak berputus asa, pada akhirnya kita akan mendapat apa yang kita inginkan. Setelah siap papan cerita, kami pun bermula untuk menghasilkan latar belakang bagi boneka kami. Sebelum bermula, kami berasa risau kerana tiada idea untuk menghasilkan latar belakang yang kreatif dan berlainan. Dengan ini, kami pun mencari idea dari internet, buku dan juga majalah yang terdapat di pusat sumber. Akhirnya, kami bercadang untuk menghasilkan latar belakang dengan menggunakan mounting board yang lebih keras dan besar. Untuk mendapatkan idea yang lebih kreatif, kami telah menggunakan beberapa jam untuk berbincang tentang bahan yang kami ingin menampal pada latar belakang tersebut. Selepas puas kami berbincang, kami bercadang untuk mewarnakan board tersebut dengan warna air dan bagi gambargambar lain yang lebih kecil saiznya, kami bercadang untuk mencarikan gambar daripada internet dan mencetakannya lalu menampalkannya pada mounting board tersebut. Walaupun proses ini amat memakan masa, tetapi kami semua tetap berusaha

untuk menghasilkan latar belakang ini dengan sedaya upaya dan penuh semangat. Akhirnya, kami telah pun menghasilkan satu latar belakang yang memuaskan dan sesuai dengan boneka dan cerita kami yang bertajuk Putera Katak. Dalam proses ini, saya telah mempelajari satu pengajaran yang penting iaitu, semangat dan tenaga yang dihasilkan daripada sikap bekerjasama adalah kuat dan bertenaga untuk mengatasi apa jua halangan yang kami alami. Dengan adanya kawan ataupun rakan sepejuangan untuk bekerjasama, apa-apa sahaja kerja yang susah akan dapat kami siapkan juga. Bagi saya, saya mengalami masalah yang paling sakit kepala terutamanya dalam proses kami mencari kesan bunyi yang sesuai dengan cerita kami semasa mempersembahkan boneka kami. Seperti yang kami semua tahu, kesan bunyi ini memainkan peranan yang amat penting terutamanya dalam persembahan boneka. Sekiranya tiadanya kesan bunyi tersebut, maka persembahan boneka tersebut akan menjadi bosan dan kering. Jadi, untuk menyempurnakan persembahan kami, kami wajib mencari kesan bunyi yang sesuai dengan cerita masing-masing. Pada mulanya, kami telah berbincang bersama-sama apa kesan bunyi yang kami perlukan semasa persembahan. Selepas itu, kami pun bermula untuk mencari kesan bunyi tersebut dari internet. Oleh sebab saya tidak berapa mahir dalam menggunakan internet untuk mencari bahan atau maklumat, jadi, saya mengalami halangan yang paling saya risau dan gelisah. Saya langsung tidak mempunyai idea di manakan harus saya carikan kesan bunyi tersebut. Dengan ini, saya membuat keputusan untuk bertanya kepada kawan-kawan saya yang lebih mahir dalam menggunakan komputer terutamanya servis internet. Akhirnya saya mampu juga mencari beberapa kesan bunyi yang saya inginkan untuk membuat persembahan boneka kami. Bersyukur kepada Tuhan, kawan saya tersebut juga telah menunjuk ajar kepada saya cara untuk memuat turun kesan bunyi tersebut dari internet. Dalam proses kami mencari kesan bunyi ini, saya telah mempelajari banyak kemahiran dan pengajaran yang penting. Bak kata perpatah, Segan tanya sesat jalan. Itulah maksudnya sekiranya kita tidak mahir atau pan dai dalam sesuatu perkara, kita haruslah bertanya kepada mereka yang pakar atau lebih pandai. Jika kita malu untuk bertanya, kita tidak mungkin akan mendapat apa yang kita inginkan pada akhir nanti.

Dalam proses kami menghasilkan skrip bagi cerita kami, kami juga telah mengalami beberapa halangan. Pada masa tersebut, kami tidak mempunyai idea yang bagus untuk menghasilkan skrip yang sempurna bagi memaparkan cerita kami yang bertajuk Putera Katak. Dengan itu, kami pun bermula untuk mencari bahan bacaan kanak-kanak daripada pusat sumber untuk mendapatkan idea yang lebih kreatif. Selain itu, kami juga merujuk kepada sumber daripada internet untuk menjana idea yang lebih canggih dan berkualiti. Akhirnya, kami bercadang untuk mengikut format yang kami dapat daripada internet. Untuk menyempurnakan kerja kami, kami telah pun duduk bersama untuk berbincang skrip kami dan menghasilkan skrip kami bersama-sama. Oleh sebab tahap bahasa kami tidak begitu tinggi sehingga mampu menghasilkan sesuatu produk yang tiada kesilapan, kami telah pun meminta bantuan daripada beberapa kawan yang lebih mahir dalam bidang bahasa untuk menyemak semula skrip kami untuk menunjukkan kesalahan yang kami perlu baiki. Dalam proses ini, saya telah memahami bahawa setiap manusia mesti akan membuat kesilapan dan kesalahan, yang penting, kita semua haruslan mengakui kesilapan kita dan cuba untuk membaikinya. Kesalahan tidak memalukan tetapi sekiranya seseorang yang tidak mengakui kesalahannya adalah sesuatu perkara yang amat memalukan. Hal ini penting kerana, dalam proses kita mempelajari sesuatu, kesilapan dan kesalahan juga merupakan salah satu proses belajar. Sekiranya tiadanya kesilapan, maka kita pun tidak akan merasai perasaan berjaya pada akhir nanti. Selain halangan dan dugaan yang telah kami alami semasa proses menghasilkan kerja kursus Seni dalam Pendidikan tersebut, saya juga telah mempelajari beberapa pengajaran yang penting dan amat berguna terutamanya dalam profession perguruan saya pada masa yang akan datang. Yang pertama sekali adalah tentang pengurusan masa dengan baik dan berkesan. Dalam proses kami menghasilkan kerja kursus tersebut, kebanyakan masa kami menyiapkan kerja kami dalam keadaan tergesa-gesa. Dengan ini, kami tidak dapat menikmati setiap proses yang kami lalui bersama. Pada pendapat saya, bagi sesuatu kerja kursus tersebut, tidak sahaja hasil kerjanya adalah penting, tetapi proses kami semua ahli kumpulan menghasilkan juga merupakan proses yang tidak dapat disisirkan. Dengan adanya kerja kursus ini, persahabatan antara ahli kumpulan akan bertambah erat. Masing-

masing akan lebih memahami antara satu sama lain. Dengan ini, semangat bekerjasama akan dapat dipupuk dan akhirnya kerja akan dapat disiapkan dengan lebih cepat dan sempurna. Jadi, saya berpendapat bahawa kerja kursus seperti ini haruslah kami menguruskan masa kami dengan lebih baik untuk memanfaatkannya. Sekiranya kita gagal untuk menguruskan masa kita untuk menghasilkan kerja kursus kami, maka kita tidak dapat menikmati manfaat yang sebenarnya dapat diperolehi daripada kerja kursus tersebut. Selain daripada pengurusan masa, perancangan yang strategik juga merupakan langkah yang tidak boleh dilupai sebelum melaksanakan kerja yang seterusnya. Dalam proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat perancangan yang kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses saya menghasilkan kerja kursus saya menjadi lambat dan tidak lancar. Pada pendapat saya, perancangan adalah amat penting sebelum kita bermula untuk melaksanakan tugasan kita. Sekiranya kita tidak dapat merancang dengan baik, maka kerja yang kita akan laksanakan akan menjadi tidak tersusun dan akhirnya masa yang diperuntukkan untuk menjalankan tugasan tersebut akan menjadi lebih panjang. Jadi, untuk menghasilkan satu tugasan yang sempurna, kita mestilah merancang terlebih dahulu sebelum bergerak atau bermula.

Anda mungkin juga menyukai