Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan Sindrom down

Mungkin ramai yang pernah mendengar perkataan sindrom down namun ramai juga yang cetek pengetahuan mengenai penyakit ini. Sindrom down bukanlah penyakit moden atau penyakit orang kaya , malah adalah tidak tepat sindrom down itu dikatakan sebagai penyakit.

Nama sindrom down telah diambil sempena nama seorang doktor British iaitu Doktor John Langdon Handon Down. Beliau merupakan orang yang pertama menjelaskan sindrom ini pada tahun 1886.

Di Malaysia, kelahiran bayi sindrom down yang berlaku adalah satu dalam setiap 660 bayi. Secara perbandingan, kelahiran bayi sindrom down di Amerika Syarikat hanya berlaku satu dalam setiap 1000 bayi. Hal ini bermakna kelahiran bayi sindrom down di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat.

Sindrom down ini tidak boleh diubat namun ada beberapa kaedah yang dapat membantu mereka dalam memperkembangkan fizikal ,kogniti,sosial semaksima yang boleh. Oleh itu kanak -kanak yang mempunyai sindrom down perlu dihantar ke sekolah yang mempunyai program pendidikan khas seawal yang mungkin agar dapat membantu mereka berdikari.

Anda mungkin juga menyukai