Anda di halaman 1dari 12

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (ASK 2202W)

TAJUK 11: PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM


1. Matlamat dan objektif Pendidikan Alam Sekitar

2. Konsep Pendekatan Sekolah secara menyeluruh


3. Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar

4. Nilai-Nilai Murni Alam Sekitar 5. Strategi Perlaksanaan Pendidikan Alam Sekitar

Matlamat Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah

Membentuk pelajar yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar Memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

Objektif Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah


Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:
mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya. lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya. memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang. menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya. berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.

Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh


Merujuk kepada penglibatan warga sekolah termasuk pihak pentadbir, staf sokongan, guru- guru dan para pelajar sekolah. Proses membudayakan Pendidikan Alam Sekitar kepada warga sekolah dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Merupakan payung kepada aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan di sekolah.

Pendekatan Kurikulum
Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan kurikulum Pendidikan Alam Sekitar? Pendidikan Alam Sekitar adalah satu proses pembelajaran yang berupaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran manusia tentang alam sekitar serta mengukuhkan pemikiran kritikal, kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang efektif. Ia juga mengajar individu untuk menilai pelbagai isu alam sekitar supaya dapat membuat keputusan yang bermakna dan bertanggungjawab

Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar


Terdapat tiga elemen penting dalam pendekatan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi dasar ataupun asas kepada perancangan kurikulum Pendidikan Alam Sekitar iaitu Pendidikan mengenai alam sekitar, pendidikan untuk alam sekitar dan pendidikanmelalui ataupun dalam alam sekitar itu sendiri (Kartini Abdul Mutalib,2008). Modul Pendidikan Alam Sekitar Kursus Pendek Kelolaan Maktab.

Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar


Menurut Palmer dan Neal (1994), ketiga-tiga elemen ini iaitu pendidikan untuk alam sekitar, pendidikan mengenai alam sekitar serta pendidikan melalui alam sekitar merupakan komponen yang saling kait mengait. Saling hubungan antara ketiga-tiga elemen perlu difahami dan diambilkira semasa membina kurikulum Pendidikan Alam Sekitar.

Tiga elemen pendekatan Pendidikan Alam Sekitar Model Palmer dan Neal (1994)

Model Palmer dan Neal (1994) menegaskan bahawa pendidikan mengenai alam sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan tentang alam semula jadi dan sistem semula jadi mengunakan aktiviti penyelidikan dan juga untuk membentuk pemahaman terhadap alam sekitar, nilai alam sekitar serta interaksi kompleks elemen semula jadi dan manusia.

Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembangan sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman manusia dan tingkah laku. Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada hubungan dengan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap alam sekitar.

Pendidikan melalui atau dalam alam sekitar pula bertujuan untuk membolehkan perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh kanak-kanak, membentuk pengalaman individu dan kemahiran menyiasat serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara menggunakan alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini adalah sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan bukan formal.

Anda mungkin juga menyukai