Anda di halaman 1dari 3

Nota Bahasa Melayu Tingkatan Empat

KATA MAJMUK Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada dasarnya semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk yang ditulis terpisah. Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contohnya : guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, Setiausaha Politik. Kata Majmuk yang merupakan istilah khusus. Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk. Kata Majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa. Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang. Namun begitu, terdapat juga kata majmuk yang ditulis secara bercantum kerana penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan. alam !atabahasa e"an #disi Baharu $%&&':()*, antara kata majmuk yang ditulis bercantum ialah antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kerjasama olahraga matahari kakitangan setiausaha sukarela tanggungjawab tandatangan warganegara pesuruhjaya suruhanjaya

Selain itu, kata majmuk yang ditulis akan berubah menjadi kata majmuk yang ditulis serangkai apabila menerima apitan , misalnya pengenalpastian, disatupadukan, menandatangani, melipatgandakan dan dikuatkuasakan. Cara Mengenal Kata Majmuk +ata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuk kata majmuk, contohnya: Tandatangan tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk tanda yang tangan. Urus setia tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk urus yang setia. Kakitangan tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk kaki dan tangan Tanah air tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk tanah dan air.

Selain itu, kata majmuk mempunyai makna yang tertentu, yang berbe,a daripada kata-kata asal yang membentuk kata majmuk tersebut. Misalnya:

Sapu tangan merupakan kata majmuk kerana merujuk kepada kain segi empat dan berlainan daripada makna biasa sapu dan tangan. Bumiputera yang membawa makna tertentu yang terdiri daripada dua kata dasar bumi dan putera.

Golongan Kata Majmuk +ata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut ini. enggolongan Kata Majmuk !ontoh erkataan +ata Nama Majmuk guru besar, balai raya, tapian gelanggang, cakar ayam, bulan madu, Menteri Besar, Naib Canselor, ketua murid, "arganegara, ketidakadilan, persuratkhabaran, kebolehpercayaan, tandatangan, "arganegara, setiausaha. +ata +erja Majmuk hapus kira, ambil alih, lipat ganda, kenal pasti, terima kasih, gulung tikar, bersatu padu, mereka bentuk, menandatangani, bertanggungja"ab, berlatarbelakangkan. +ata Adjekti. Majmuk merah jambu. !erang hati, kuning langsat, muda remaja, panas terik, sukacita, dukacita. +ata !ugas Majmuk bagaimana, apabila, barangkali, kadangkala, "alhal, daripada, kepada, mana lagi. +esilapan dalam ejaan kata majmuk berganda. Penggandaan unsur pertama akan dieja terpisah dan penggandaan hanya berlaku pada unsur pertama sahaja. Surat khabar-surat khabar dijual di kedai itu $/* Surat-surat khabar dijual di kedai itu. $0* 1bu bapa-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. $/* 1bu-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. $0*

2A!13AN !A!ABA3ASA Arahan : Betulkan kesalahan ayat berikut. %. 4uru-juru terbang pasukan !5 M itu akan menjalani latihan di 2aut Cina Selatan pada bulan Mei nanti. 6. Ahli sukan kita sering gagal dalam pertandingan sukan yang bertara. antara bangsa. '. ia ialah anak emas kepada guru yang mengajarkan matapelajaran Matematik itu.

7. Pada "aktu tengahari, kami biasanya akan membaca buku di perpustakaan dan membuat ulang kaji matapelajaran Sejarah. ). ia telah mendapat tara. "arga negara !hailand pada tahun yang lalu.

8. Alat tulis-alat tulis yang dijual di kedai buku itu sangat mahal. (. 9erhana mata hari yang berlaku pada hari semalam menyebabkan berlakunya perubahan cuaca di beberapa buah negara di #ropah. :. Syarikat itu telah di jual dan menjadi hakmilik #ncik Mikato dari negara 4epun. &. Bandaraya +uala 2umpur telah dipilih untuk mengajurkan Sukan ;limpik pada tahun 6<67. %<. ia merupakan anakemas ibunya dan sangat disayangi. %%. Setia usaha syarikat itu telah ditahan oleh pihak Suruhan jaya Pencegahan =asuah Malaysia. %6. 9olongan bumiputra hendaklah sentiasa berusaha untuk memajukan diri agar setanding dengan kaum yang lain. %'. ia memakai baju birulaut dan berseluar "arna merah jambu. %7. Penyanyi antara bangsa ituakan datang ke Malaysia pada bulan hadapan. %). Setiap ibubapa mempunyai tanggung ja"ab mendidik anaknya agar menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai