Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI (ABDUL FATTAH AL BARRI BIN ILYAH)

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya dan rakan-rakan seperjuangan menamatkan penbelajaran subjek Pengantar Pengajian Profesional (GPP1013) ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek ini iaitu Encik Ang Boon Su. Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang bersama menghabiskan pembelajaran subjek GPP1013 ini. Dalam subjek ini, kekuatan dan kelebihannya ialah pengetahuan yang banyak dalam menjelaskan pengertian, konsep dan aspirasi pendidikan dapat saya ketahui. Bukan itu saja, malah saya juga dapat mengamalkan personaliti, etika dan perwatakan sebagai seorang guru pelatih setelah mempelajari subjek ini. Hal ini dapat saya amalkan agar menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa hadapan. Subjek ini juga menjelaskan kepentingan permuafakatan komuniti dalam pendidikan dan tentang cabaran-cabaran profesionalisme keguruan. Oleh itu, ilmu tentang subjek ini akan saya manfaatkan sehingga digelar seorang guru. Dengan hasil pengetahuan subjek ini, saya juga akan berusaha untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Pengalaman yang saya perolehi semasa mempelajari subjek ini ialah semasa menjalankan aktiviti dalam kelas yang amat menarik pada setiap minggu. Aktiviti dalam yang diarahkan oleh Encik Ang Boon Su dapat memberikan pengetahuan yang jelas pada setiap topik-topik yang dipelajari. Aktiviti ini juga membuatkan saya lebih keyakinan dalam cara berkomunikasi dengan berkesan. Di samping itu, kami sekelas banyak memperolehi cara dan kaedah pengajaran yang diajar dan diamalkan oleh Encik Ang Boon Su. Oleh itu, dengan cara pengajaran yang diamalkan oleh beliau akan saya jadikan sebagai role model dalam diri saya. Kelemahan yang saya perolehi ialah sikap saya yang selalu datang lewat menjadi punca utama Encik Ang selalu menegur saya. Kehadiran lewat ini disebabkan beberapa masalah tertentu antaranya masalah kesihatan, masalah peribadi dan sebagainya. Saya telah berusaha untuk pergi awal ke kuliah malangnya saya terbangun lewat. Walaupun demikian, saya hanya berjaya beberapa kali sahaja datang awal ke kuliah. Oleh itu, dengan terbuka hati saya sedia menerima teguran yang baik oleh beliau. Beliau juga tidak jemu memberi nasihat kepada saya agar mendisiplinkan diri. Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Ang Boon Su kerana selalu bimbimg saya untuk menjadi guru yang berdisiplin dan cemerlang.

Dalam menghasilkan tugasan yang diarahkan oleh Encik Ang Boon Su, komitmen yang tinggi telah saya berikan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Tempoh masa lima minggu yang diberikan oleh beliau untuk menyiapkan tugasan tersebut dapat saya siapkan pada masa yang tepat tanpa sebarang masalah. Selain itu, beliau memberikan taklimat berkenaan tugasan kerja kursus dengan jelas membuatkan saya dan rakan-rakan sekelas dapat menyiapkan dengan jayanya. Harapan saya ialah markah A harus saya perolehi kerana dalam kerja buat saya tidak ada unsur plagiat. Dengan kaedah membincang bersama rakan sekelas, huraian-huraian yang kukuh dilengkapkan dalam tugasan tersebut. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai