Anda di halaman 1dari 3

BAB 1 SEJARAH DAN KITA

1.1 Pengertian Sejarah Istilah Arab Syajaratun yang beerti pokok atau pohon dan merujuk kepada salasilah, riwayat, keturunan, dan asal-usul. Ibn Khaldun "Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, peradaban manusia, tentang perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu." Herodotus "Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya." Muhd. Yusof Ibrahim "Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu." 1.2 Ciri-ciri Sejarah 1. Fakta yang tepat dan benar Fakta sejarah merujuk kepada peristiwa, tempat, tokoh, dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya. Fakta sejarah tidak boleh ditokok tambah dan direka. Fakta sejarah hendaklah dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya. 2. Penting dan bermakna Sesuatu peristiwa yang dianggap bermakna, penting, dan memberi kesan kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Contohnya, tarikh kelahiran dan tarikh mula bersekolah. 3. Sebab dan akibat Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa seperti apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana. Menimbulkan perasaan ingin tahu mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesannya untuk dijadikan panduan dalam kehidupan. 1.3 Sumber Sejarah 1. Sumber pertama atau sumber primer Bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak, dan keterangan lisan. Ia belum diolah, dicetak, bersifat asli, dan belum ditafsir.

Contohnya, fail rasmi jabatan, batu bersurat, diari, surat peribadi, dan manuskrip yang belum dicetak. 2. Sumber kedua atau sumber sekunder Bahan yang telah dikaji, diolah, dan dicetak untuk disebarkan kepada umum. Bahan tersebut ditulis oleh pengkaji sejarah atau sejarawan. Contohnya, majalah, jurnal, ensiklopedia, dan surat khabar. 1.4 Kaedah Pengkajian Sejarah 1. Kaedah lisan Mendapatkan maklumat sejarah dengan cara temu bual seseorang tokoh. Maklumat disampaikan melalui ucapan, penceritaan, pengisahan, dan perbualan. Terdapat unsur tokok tambah seperti mitos, legenda, dan dongeng. Sumber sejarah yang didapati daripada televisyen, internet, cakera padat, dan radio dikenali sebagai kaedah pandang dengar. 2. Kaedah bertulis Mendapat maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar, atau dipahat pada dinding gua, batu, kulit kayu, logam, gading, daun kayu, dan kertas. 3. Kaedah arkeologi Mendapatkan maklumat dengan cara membuat kajian saintifik daripada bahan tinggalan sejarah melalui proses cari gali. Kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon dapat mengesahkan ketepatan usia bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, dan kulit siput. 1.5 Pentafsiran Sejarah Tafsiran sejarah:- Menjadikan sesuatu peristiwa itu mempunyai makna. - Sejarawan perlu membuat penyelidikan untuk mendapatkan tafsiran yang betul dan tepat. - Berlaku perbezaan tafsiran sejarah disebabkan sejarawan kekurangan fakta dan maklumat serta tidak memahami budaya setempat. - Contohnya, sejarawan Barat menganggap tokoh yang menentang penjajah sebagai pemberontak tetapi sejarawan tempatan menyifatkan mereka sebagai pejuang tanah air. 1.6 Kepentingan Sejarah 1. Tujuan mempelajari sejarah a) Memperoleh banyak pengetahuan. b) Melahirkan jati diri dan membentukkeperibadian bangsa.

c) Menghargai jasa dan usaha pemimpin negara. d) Berhati-hati supaya kesilapan lalu tidak lagi berulang. 2. Faedah mempelajari sejarah a) Memberi iktibar dan pengajaran. b) Menjadi perangsang untuk mencapai kemajuan. c) Mengulangi keagungan zaman lampau. d) Memupuk semangat patriotisme atau mencintai tanah air.

Anda mungkin juga menyukai